Selasa, 29 Julai 2008

Selamat Berkonvo...


Selamat Berkonvo buat sahabat seperjuangan di tanah air maupun dari Perlembangan Nil yang telah tamat pengajian di Kolej Universiti Insaniah (KUiN) & Universiti Al-Azhar, Mesir yang akan bergraduasi pada 19 Ogos 2008.Majlis Konvo kali akan disempurnakan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah.pada kali KUiN mencatat sejarah apabila kali pertama Majlis Hafla Takhorruj (majlis graduasi) dilaksakan atas status KUiN sebagai kolej universiti.

Kepada bakal-bakal graduasi yang akan bergraduasi pada hari berkenaan, sila layari http//pesko10.kuin.edu.my untuk mengetahui maklumat lanjut atau berhubung terus dengan Bahagian Hal Akademik (HEA), KUiN.

Kalam ucapan saya, selamat berkonvo & berkhidmat untuk masyarakat di tanah air.Walaupun kali ini saya tidak berkonvo dengan kalian.InsyaAllah, ada rezeki tidak ke mana.

Ahad, 27 Julai 2008

Kasih Tidak Bersyarat....

Seni kata nasyid oleh : Saudara Azahari NSH

Jauh telah langkahku jelajah,
Dakap pula menyangkul rindu,
Luas sudahku lihat dunia,
Senyummu ukiran terindah,
Tiap perilaku dan budimu,
Tiap air mata tumpah darah,
Menjadi perlambangan sejati,
Kasih tak bersyarat,
Ibu redup matamu,
Memayungi bahagiaku,
Hanya di tapak kakimu,
Terletaknya syurga buatku,

Seni kata lagu ini penuh makna, saya tujukan buat ibu tersayang yang berada di Taman Sri Wangi, Sg. Lalang, Bedong, Kedah.Mak saya penat memerah keringat, yalah kerja di Rumah Sri Kenangan, Bedong, Kedah.Hampir 30 tahun.Biarlah ibu bekerja di rumah kebajikan yang menempatkan warga emas yang tiada pembelaan daripada keluarga & anak-anak mereka.

Tetapi saya tidak akan membiarkan ibu & ayah menghuni rumah itu di zaman renta mereka, biarlah untuk bekerja mencari rezeki.Tetapi tidak untuk menjejaki buat kali kedua.Setiap kali da sahabat yang akan balik ke Malaysia, saya memohon untuk mereka berdoa semasa hendak bermusafir agar Allah menjadikan saya anak yang soleh, ringan tulang untuk kedua ibu bapa serta dapat berbakti kepada mereka.Disamping dijauhkan daripada menjadi anak derhaka.Kerana saya takut LAKNAT ALLAH di Hari Pembalasan kelak.Kita bebas memanggil mereka nama seperti ; mak, ibu, mama, mom, ummi dan sebagainya.Tetapi kasih mereka kepada kita tidak berbelah bahagi.

Ingatlah bahawa seorang ibu sanggup membela dan membesarkan dengan penuh kasih sayang.Walaupun anknya ramai.Tetapi belum tahu lagi seramai mana anak, dapat menjaga seorang ibu.Tatkala keputusan peperiksaan akan keluar, ibu juga yang dapat memberi semangat, walau macammana perangai seorang anak, ibu tetap mengaku bahawa itu adalah anaknya.Bagi mereka kita racun kita penawar.Betapa peritnya seorang ibu mengendong perut mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari tanpa mengenal erti malu.Semestinya kita bermuhasabah.Sebab suatu hari nanti kita juga akan berstatuskan ayah & ibu.

Saya pernah memohon agar mak mendoakan semoga saya dijauhkan daripada menjadi anak derhaka.Kerana itu yang sebaik-baik pengharapan.Sekarang apabila kita masih solo memang begitu, tapi apabila berkeluarga takut-takut kita melupakan mereka.Semoga merahmati mak dan ayah.Bahagia di dunia & akhirat, amin Ya Robb!


Sabtu, 26 Julai 2008

Satu Penantian


Ada orang kata, "penantian satu penyeksaan".Betulkah begitu?Ayat itu mungkin betul bagi orang yang sedang mengharapkan sesuatu penantian.Bagi saya ia memungkinkan.Tetapi entri kali ini saya bawa tajuk penantian natijah/keputusan(result) pepereksaan bagi pelajar Al-Azhar, Mesir.


Mungkin bagi sesetengah mahasiswa yang sudah berhempas-pulas mengulangkaji, inilah masa bulan madu mereka dan saat inilah yang ditunggu.Ada yang sudah mengetahuinya dari kontrol kuliyah.Tetapi natijah itu bukan lagi muktamad.Ada yang sudah ke Maktab Tansiq, natijah itu mungkin betul, ada juga yang sudah mengetahui natijah rasmi yang telah dilekatkan di kuliah, itu memang sahih.

Manakala Kuliah Bahasa Arab, Kaherah antara kuliyah yang paling awal mengeluarkan natijah imtihan bagi tahun 1, 2 & 3.Tetapi tidak bagi tahun 4.Mungkin pada minggu ini.Info yang telah diperolehi, mungkin pada hari Isnin.Mungkin juga.Bagi saya segala keputusan terletak di bawah keputusan Dekan (amid) kuliyah / Syuun kuliyyah.

Kekadang dijanjikan sekian hari, tetapi tidak pun dilekatkan pada hari dijanjikan itu.Bayangkan ada juga mahasiswa yang dah berapa kali berulang-alik ke kuliyah untuk mengetahui natijah.Tetapi pulang dengan tanpa keputusan.Inilah Mesir, negara yang menguji & mengasah akan kesabaran insan.Kalau tidak manakan negara ini terkenal dengan ramainya para ulama dan auliya' Allah yang soleh.Di atas sifat kesabaranlah dan istiqomah dalam amalan darjat mereka diangkat oleh Allah s.w.t.

Bagi yang najah, teruskan pula dengan perancangan baru ke arah kebaikan & masa depan.Jika sebaliknya, kita mestilah bermuhasabah & berkongsi masalah dengan sahabat yang rapat dengan kita.Jangan pula apabila kita susah, sahabat rakan entah ke mana menghilangkan diri.Jangan pendam dalam diri, nanti rosak badan.

Apa pun ianya sebagai ujian Allah.bagi yang najah tahniah saya ucapkan.Bagi yang sebaliknya.Berdoalah kepada Allah agar diberi kekuatan & semangat untuk terus berjuang mencapai darjat yang terbaik.Semestinya kita berlapang dada kerana kita telah berusaha dengan sebaik mungkin.

Bagi saya pula, penantian bukanlah satu penyeksaan.Tetapi mengajar erti kesabaran.Penantian kali ini amat penting, mana tidaknya, satu penantian natijah imtihan.Satu lagi pula penantian natijah bagi tarikh keramat 18, 21 atau 31 Ogos depan.

Tarikh keramat apa ya?...Kita nantikan bersama.

Akhir kalam, perubahan ke arah kebijaksanaan.


MEMANG KENA BATAL...

Segala puji bagi Allah s.w.t Pecipta segala makhluk yang mempunyai kerajaan di langit dan menguasai segalanya, selawat & salam buat Saiyidina Muhammad s.a.w, buat para pecinta Allah & RasulNya.

Pertama kalinya, saya berbangga apabila Konsert Si Mak Cik Gelek Inul Darastista yang dijadual berlangsung pada Ahad ini dibatalkan dengan seta merta buat kali kedua oleh DBKL.Setelah ianya telah dibatalkan pada kali pertama di atas nama Konsert Inul Live in Johor Bharu.Hal ini menunjukkan betapa konsert separa lucah di negara Malaysia tidak mendapat tempat dan betapa hinanya mereka yang terlibat dan dilibatkan dalam program ini.Yalah, apabila kali pertama dibantah oleh rakyat Johor yang cintakan kesejahteraan dan dibatalkan permit penganjur.Tidak serik dengan kos kerugian RM300.000, mereka mengambil jalan pintas terus ke Kuala Lumpur dengan harapan kali ini berjaya.Tetapi malang, ia tetap dibatalkan.Kali ini dikhabarkan mereka rugi RM500.000.Bagi saya, biar mereka rugi di dunia.Tetapi tidak di akhirat.
Hairan bin Pelik, Pelik bin Ajaib.Yalah, kan negara kita masih ada lagi artis maupun karyawan yang bermaruah, beradab sopan walaupun tidak semua.Kenapa mereka sanggup menidakkan ataupun tidak mengiktiraf akan keupayaan warganegara sendiri.Kalau difikirkan seperti kes penggunaan kereta nasional & kereta luar negara ke atas kerajaan negeri & pusat samalah dengan penyertaan artis negara dengan luar negara.Cuma skripnya berbeza.Tetapi penganjur yang memikirkan keuntungan dunia bukan akhirat, bagi mereka mungkin gelek gerudi si mak cik Inul lebih mahal dari seisi dunia.Sedang moraliti pemuda pemudi kita jatuh mendadak, ditambah lagi dengan masalah sosial yang kian tenat, masih sempat lagi ada golongan yang suka memburukkan lagi keadaan dengan menggula-gulakan mereka dengan konsert murahan ini.

Ibarat si petani menanam padi, tetapi dalam masa yang sama baja ditabur pun tidak mencukupi, racun tidak disembur, air dibekakal pun tidak mencukupi.Akhirnya padi mampus, petani pun rugi.Begitu uga dengan pembinaan pemida & pemudi kita, mereka digula-gulakan dengan budaya hedonisme tetapi di masa yang sama apabila moral mereka kritikal, golongan ini dipersalahkan.Adilkah begitu?

Apa pun, saya dedikasikan Penghargaan Tahniah kepada pihak yang terlibat dalam menasihati, mencadang agar konsert ini dibatalkan.Ataupun yang membantahnya.kali ini suara kita telah i ambil berat oleh pihak kerajaan memerintah.Semoga Allah memberkati kalian.Walaupun saya tidak berada bersama kalian dalam kes ini.Tetapi saya mengikuti perkembangan tersebut dari jauh.Bagi mak cik Inul, maaf saya katakan, bahawa persembahan Mak cik tiada tempat di Malaysia.Begitu juga kepada pihak penyumbang atau penganjur bagi konsert murahan tersebut, kerja buat anda tidak dihargai oleh rakyat Malaysia yang cintakan Allah dan rasulNya.Saya doakan agar Allah mengampunkan dosa kita serta memberi petunjuk & hidayahNya kepada mak cik Inul si Darastista serta pihak penyumbang maupun penganjur konsert jalanan / murahan mak cik.Saya cadangkan kepada mana-mana penganjur, selepas ini kalian mestilah mengambil berat tentang sensiviti rakyat terutamanya yang beragama Islam.

Akhir kalam, buat renungan kita semua, ingat bahawa rakyat Malaysia sudah celik agama, setiap aktiviti yang hendak dijalankan mestilah bersesuai dengan Dinul Islam.baik aktiviti atau program itu dilaksanakan di bumi Mesir atau pun dimana saja.

Selasa, 22 Julai 2008

ALHAMDULILLAH.


Syukur kepada Allah s.w.t, sebentar tadi, mak memaklumkan kepada saya melalui sms tentang wang zakat saya yang diterima daripada Jabatan Zakat Negeri Kedah pada pagi tadi.Alhamdulillah dapat RM3500.00.Inilah rezeki namanya.Semoga saya tidak lupa diri.

Penghargaan menjunjung kasih dan Sembah Tahniah didedikasikan khas kepada KDYMM Tuanku Sultan Kedah selaku Ketua Agama Islam negeri Kedah, Dato' Setiausaha Zakat Negeri Kedah, para pegawai JZNK, Pegawai Anak Kedah Mesir, YDP serta AJKT Majlis Kebajikan Keluarga Kedah yang terlibat dalam menguruskan permohonan dan pengagihan wang zakat.Semoga Allah s.w.t memberkati dan murahkan rezeki kalian semua.

Sebagai renungan;

Wang zakat RM3500.00 amat bernilai buat mahasiswa/wi Al-Azhar.Oleh kerana kita tidak mempunyai biasiswa khas daripada kerajaan melainkan dengan wang zakat sahaja.Pun begitu diharapkan agar kita dapat berjimat cermat dalam berbelanja seharian.

Yang paling penting sekali, jika kita berstatus "penghutang" ataupun "pemiutang" gunalah saat ini untuk melangsaikan hutang kita dengan pihak terlibat; baik dengan orang perseorang, persatuan, maupun badan kebajikan anak negeri.Jangan pula penghutang buat-buat tidak kenal pemiutang.Yalah, masa berkehendak, bicaranya semanis madu.Bila sudah senang bayang entah kemana.Oleh itu gunalah peluang ini sebaik mungkin.Nasihat saya mudah, jika kita hidup beserdahana usah jadikan kehidupan seperti orang yang berduit.Semua barang hendak berjenama.Tidak salah, tetapi biarlah berpada.Bak kata pepatah "ukur baju di badan sendiri".

Tidak rugi kalau kita berjimat cermat untuk masa depan...

Masa depan?Fikir-fikirlah sendiri pa itu masa depan...

Isnin, 21 Julai 2008

Selamat Hari Lahir kali ke 52...



Kelmarin saya sempat menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada ibu saya, Mapuziah Bt. Baharom untuk mendidekasikan ucapan Selamat Hari Lahir ke 52 buat mak yang tercinta disamping mendoakan semoga mak dan ayah bahagia di dunia & akhirat serta dimurahkan rezeki.Disamping memohon maaf kepada mak kerana tidak sempat menelefon kerana saya akan ke Dewan Malaysia Abbassiah sehari suntuk untuk menghadiri Konveksyen Anak Kedah.


Alhamdulillah mak membalas sms dengan mengucapkan terima kasih kerana masih mengigati tarikh lahirnya.


Sedikit renungan buat semua...
Seorang ibu akan terasa bahagia kiranya seorang anak dapat :
  • Mendoakan kedua ibu bapa.
  • Berakhlak mulia terhadap mereka.
  • Membalas jasa mereka.
  • Menjadi anak yang berguna terhadap keluarga, bangsa, Islam dan negara.

Faktor di atas adalah perkara yang umum, tetapi bagi saya seorang ibu tidak meminta duit atau harta.Bagi mereka cukuplah kita membalas jasa mereka dengan memberi perhatian terhadap mereka.Dalam erti kata lain, perhatian kasih sayang.Bagaimana untuk kita menzahirkannya?Bagi saya mudah sahaja, paling kurang seminggu sekali kita menelefon mereka untuk bertanya khabar.Pada hari lahir / ulang tahun perkahwinan mereka kita sampaikan ucapan atau hadiah.Tampak ringkaskan?Tapi ianya amat bermakna buat seorang ibu.

Bayangkan hari ini, mungkin ada segelintir kita yang mengingati tarikh lahir teman rapat, kawan maupun kekasih atau isteri.Tetapi berapa ramaikah di antara kita yang mengingati tarikh lahir ibu - bapa?Berapa ramaikah yang mengucap "Mak Ayah selamat Hari Lahir ke...", Terima kasih kerana melahirkan saya serta memberi kasih sayang..Di doakan agar ALLAH merahmati & memberkati Mak dan Ayah"..Amin.Ucapan ini amat ringkas, tetapi ianya amat bermakna buat seorang ibu maupun ayah.Tambahan pula sekarangkan zaman teknologi, kalau berada di Mesir pun dalam masa beberapa saat sms sudah boleh sampai ke Malaysia.

Kita juga berdoakan agar Allah s.w.t meringankan tulang belulang kita agar dapat berkhidmat buat kedua ibu bapa dalam membantu mereka serta melindungi kita daripada menjadi anak yang menderhaka terhadap mereka.

Ingatlah wahai sahabat, tidak rugi untuk kita berbakti kepada mereka.Walhal nanti kita juga akan mempunyai keluarga sera anak anak-anak.Kalau sekarang kita berbakti da berkelakuan baik terhadap mereka.InsyaAllah, di hari kemudian Allah akan kurniakan kepada kita kebaikan untuk keluarga kita.Tetapi jika kita melakukan sebaliknya, fikir-fikirlah.Apa pun ruang & masa masih ada untuk kita memohon maaf jika itu yang berlaku.Tetapi jika mereka telah kembali ke alam abadi.Mohon ampunlah kepada Allah disamping kita dituntut untuk berbuat bakti pada sesiapa yang rapat dengan mereka.

Bayangkan seorang ibu ia juga mempunyai perasaan, hatinya cepat terasa.Oleh itu, semestinya kita berhati-hati dalam tindakan.Agar kita menjadi anak yang soleh.Disamping banyak lagi cara untuk kita berbakti kepada mereka.Bagaimana pula cara kalian, ya?

Khamis, 17 Julai 2008

Semoga Allah memberkati pihak Ustaz..


Perutusan Penghargaan Alfu Mabruk & Selamat Pengantin Baru didedikasi khas buat pasangan mempelai; Ustaz Abd Malik dan Ustazah Wahyu Zarira.
Saya dan sahabat - sahabat di perlembahan ini mengankat tangan berdoa pada Allah s.w.t agar pihak Ustaz dan isteri bahagia dunia & akhirat, dipermudahkan segala urusan disamping dapat melahirkan generasi "Jailu Masyud"- generasi harapan ummah dan dimurahkan rezeki.

(ustaz Abd. Malik berjubah putih & bercermin mata).

*Beliau sempat memegang jawatan Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Shoubro, Mesir.Kalu tidak salah saya pada sesi 2004-2005.

Ahad, 13 Julai 2008

Rehlah ke Ain Sokhnah..




Alhamdulilllah, pada hari ini..letih tetapi puas rasanya kerana dapat menyertai Rehlah ke Pantai sekitar Ain Sokhnah عين السخنةlebih kurang 130 km dari Kaherah.Perjalanan ke sana memakan masa hampir 2 jam 30 minit.

Rehlah kali ini, best punya, mana tidaknya; 2 keluarga yang ikut serta ; keluarga Bang Met & Bang Long.Saya pula suka budak-budak.Mulanya kami sampai di tempat mandi pertama, sungguh zahmah (sesak) sekali dengan minah arab & mat arab, Alhamdulilah Ammu Ali & Ahmad (pemandu setia umah perlis) mereka amat rapat dengan Syed Aisam.Ini yang menyebabkan mereka memahami kami walaupun bukan dalam semua perkara.Akhirnya Ammu Ali membuat keputusan untuk beralih arah ke pantai Za'faroniah berdekatan dengan tempat tadi.Yuran masuk ke kawasan pantai hanya LE 15 seorang.Di situ bagi kami amat sesuai dan boleh tahan.Bila kami memasuki kawasan tersebut, terasa laparlah pula, kami jamah;Nasi lemak+ sambai teloq+ayam bakaq+ kantalob+ayaq limau = kenyang.

Saya amat berpuas hati, yalah, baru kali pertama terjun laut Mesir.Tetapi satu pengajaran yang saya dapat pada hari ini iaitu apabila kita sudah rapat dengan orang arab yang baik maksud saya yang saling percaya mempercayai antara satu sama lain, maka mudahlah kita untuk berurusan dengan mereka.

Al-Fatihah buat Almarhum Megat...

اللهم إغفرله وارحمه وعافه واجعل قبره روضة من رياض الجنة

Saya terkedu seketika apabila mengetahui sahabat ex-Al-Maad sesi 1998-1999 Almarhum Megat Mohd Amirul Adha Sobri, 23 telah kembali ke ke pangkuan Allah seminggu yang lalu.Terkenang kembali di kala saat ketika kami sepengajian.Almarhum seorang yang baik, aktif dan suka berkawan dengan semua apatah lagi beliau seorang yang ceria.Namun atas sebab peribadi mungkin, pada tahun 1999 tika itu di tahun 2 beliau berpindah ke sekolah lain.Sejak dari itu, kami terputus hubungan.

Sehinggalah 2 hari yang lalu (Sabtu) saya menerima khabar sedih ini daripada Mat Azan..., Tapi apa boleh buat.Perginya tidak kembali.Saya sedih, tetapi lebih sedih lagi ibu yang mengandungkannya.Apa tidaknya, semasa berada di pusat bimbingan rohani (kononnya) si ibu tidak dibenarkan berjumpa dengan anak.Peraturan kejadah apa ni?Islam tidak pernah mengajar untuk memisahkan perasaan kasih sayang.Apatah hubungan pertalian darah di antara anak an ibu.

Apa pun, saya berdoa agar Almarhum Megat dirahmati Allah dan ditempatkan rohnya di sisi arwah para solihin..Amin.Walaupun urusan Almarhum sudah slesai di dunia ini..Tetapi bagi saya, urusan pihak pentadbir pusat terbabit belum selesai.Diharapkan kes ini disiasat secara terperinci agar (kefahaman islam) itu sendiri tidak disalah ertikan.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Setempat/20080712144613/Article/index_html

Rabu, 9 Julai 2008

Jaulah Ke Giza & Hadiqoh Al-Azhar.

Tanpa dirancang saya menjadi bidan terjun untuk menyertai Jaulah ke Masjid Sultan Hassan, Hadiqoh Al-Azhar& Piramid di Giza pada 5 Rejab - 8 Julai yang lalu.Jaulah kali ini bersama dengan sahabat saya ;Akhi Piduih, Rosman serta Waqi & Faimie masing-masing daripada UK dan Ireland.

Yalah, pertama kali turun ke kawasan kontang di Piramid panasnya makin terasa.Kalau ikutkan ada apa sangat pergi melihat jutaan bongkah batu yang haus dimamah proses pengluluhhawaan.Tapi ianya membuktikan bahawa sebongkak-bongkak iblis, bongkak lagi Si Maha Firaun.Apa tidaknya, mengaku tuhan.Kami sempat melihat betapa hadharinya Piramid di zaman itu.Tetapi sayang, apabila material lebih utama daripada ketauhidan kepada Allah s.w.t.maka akhirnya si Firaun lupa diri.Akhirnya bangkai -bangkai mereka tidak dimamah bumi.Sehingga ada yang telan Laut Merah.

Tetiba teringat akan ibu, ayah & tok, terus saya memaklumkan kepada ibu melalui sms, sekarang kami sedang berada di Piramid.Satu lagi sms saya lampirkan ke Tanjung Pengharapan, selalunya sebelum itu saya akan "miscall" dahulu.Belum sempat dihantar, tetiba satu sms saya terima dari Malaysia, saya kaget adakah sms daripada emak?Rupanya tidak, penantian yang cukup lama, akhirnya persoalan saya dijawab jua.Cuba positifkan fikiran, mungkin sibuk dengan kerjaya, apatah lagi melibatkan aktiviti khidmat ummah.Apa pun itu yang terbaik.

Kunjungan kami berakhir di kawasan Sphinx Abul Haul.Kemudian sang Matrik meluru terus ke kawasan Kubu Salehuddin dan sekitar Masjid Sultan Hassan dan destinasi terakhir sekali di Taman Al-Azhar.Alhamdulillah akhirnya dapat juga Waqi berziarah sebelum pulang ke kota London kemarin.http://profiles.friendster.com/20870832

Semoga selamat sampai ke Tanjung Pengharapan.






Isnin, 7 Julai 2008

Keluh kesah, entah mengapa?

Majlis Ramah Mesra bersama Dr. Abd. Aziz B. Hanafi di Rumah Tamu KPP.

Sejak kebelakangan ini, naluri jiwa saya terasa keluh, kesah, sunyi, kekadang sedih pun ada.Tapi mengapa ya?Adakah kerana warkah yang telah dicoretkan tempoh hari?Mungkin juga...Adakah kerana saya tidak menelefon mak, ayah dan tok?Tidak juga, kerana baru 3 hari lepas saya menghubungi mereka semua.Ooo mungkin juga resah menungu natijah peperiksaan akhir di Al-Azhar.Adakah kali ini nasib menyebelahi saya atau tidak.Wallahua'lam.Semoga semua sahabat najah.

Minggu - minggu terakhir dalam bulan ini, sememang mengerunkan mahasiswa/wi Al-Azhar, apa tidaknya, bermula minggu lepas lagi, semua natijah boleh dilihat di kontrol kuliah, itulah bicara sahabat saya dari Mansourah.Kemudian semua keputusan tersebut akan dihantar ke Maktab Tansiq, Hayyu Sadis, Kaherah untuk disahkan.Selepas itu, baru dipaparkan kepada pelajar di cawangan masing-masing secara rasmi.Kemungkinan di akhir bulan Julai ini atau pada awal bulan Ogos, semua natijah akan diketahui umum.

Di sini saya kemukakan amalan-amalan yang boleh dikongsi tatkala jiwa kita terasa gundah gulana dek kerana masalah perbadi ataupun sebaliknya.Selain daripada membaca al-quran, kalian juga boleh mengamalkan bacaan seperti berikut ;

صلوات كاملة / تفرجية

اللهم صلاة كاملة , وسلم سلاما تاما على سيدنا محمدن الذي تنحل به العقد, وتنفرج به الكرب, وتقضى به الحوائج, وتنال به الرغائب, وحسن الخواتم, ويستسقى الغمام بوجهه الكريم, وعلى آله وصحبه في كل لمحة ونفس بعدد كل معلوم لك

*Selawat ini diijazahkan daripada As-Sheikh Ahmad Jamhuri (alim dan guru kepada Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki)dan diijazahkan olehAyahanda Dr. Abd Aziz B. Hanafi pada bulan Jun yang lalu.

Selain menenangkan hati, apabila membacanya berulang-ulang, dengan izin Allah s.w.t setiap hajat akan dipermudahkanNYa.Tetapi dengan syarat kita yakin bahawa Allah akan permudahkan segala hajat kita.


Satu lagi surah amalan yang sempat diterima daripada Tuan Guru saya, Al-Marhum Al-Fadhil Ustaz Shaari B. Ishak(semoga Allah merahmati beliau) iaitu amalan membaca surah Asy_Syarh (Alam Nasyroh) yang dibaca 3 x selepas subuh tatkala jiwa tidak tenang dek terkena panah arjuna.

Sekiranya kalian mempunyai bayi atau anak saudara yang masih kecil, eloklah dibaca surah ini kemudian meniupnya di ubun-ubun kanak-kanak tersebut sambil berdoa kepada Allah agar hatinya dilembutkan dan dijauhi daripada bersifat keras kepala.Selepas itu tawakkallah kepada Allah.Hanya Dia sahaja yang berkuasa.

Selamat mencuba.Saya insan kerdil, ini sahaja yang dapat dikongsi bersama untuk menjayakan misi "Perubahan Ke Arah Kebaikan".


Redho_Elbadry

Perlis Student Hostel,Hayyu 7,Nasr City.



Warkah coretan tentang hati & perasaan.


Saya bersyukur ke hadrat Allah setelah sekian lama mendiamkan diri, akhirnya dapat jua diberi kesempatan untuk menulis beberapa baris ayat yang menceriterakan tentang hati dan perasaan.

Bayangkan bagaimana untuk memikir ayat-ayat yang sesuai untuk dicoretkan.Uihhh, sukar diungkap buat yang memahami diri ini.

Saya mula melakarkan kronologi ceritara itu sejak 19 Jun yang lalu, akhirnya pada 6 Julai 2008 lebih kurang jam 11.20 malam, warkah itu siap ditaip setelah disemak dengan teliti.Ianya memakan masa yang lama kerana ia melibatkan maruah, hati, perasaan mungkin juga saya sibuk dengan perkara lain menyebabkan ia tertangguh begitu lama.Maklumlah tunggu ilham datang.

Apa pun, inilah jalan terbaik untuk saya melakar inspirasi diri.Bilangan helaiannya, biarlah menjadi rahsia.Yang penting ia sudah dikemukan buat tatapan insan yang berhak ke atasnya.Hanya yang memahami sahaja akan menginterpretasikan dalam fikiran.

Akhir kalam, saya memang insan lemah, kurang pengalaman, entah apa lagi yang perlu diungkapkan buat diri ini tatkala saya berhadapan dengan kes yang pertama kali seperti ini dalam hidup.Warkah itu akan dilayarkan ke Tanjung Pengharapan mungkin esok atau lusa.Beruntunglah sesiapa yang dapat membacanya dengan mata hati.

بسم الله توكلت على الله



Jumaat, 4 Julai 2008

Selamat Hari Lahir kali ke-66 buat Mak Ngah.


Buat ibu angkatku (pengasuhku sejak kecil) yang telah bermusafir jauh dari dunia yang fana ini, aku masih terkenang saat kegembiraan kita bersama, saat tika aku bersedih, kaulah pembakar semangatku selepas kedua ibu-bapaku, kaulah pemberi semangat tika aku lemah.Segala nasihatmu akanku kenang.

Tetapi apa boleh buat, Allah s.w.t lebih menyayangimu, tanggal 27 Ramadhan 1428 ( 9 Oktober 2007 )tika subuh nan hening kau redha dengan ketentuan Allah s.w.t kerana ianya telah tertulis buat mu untuk bermusafir jauh dari alam ini.Dalam benak fikiranku kita hanya terpisah di antara dua benua.Tetapi tidak.Rupanya kau pergi tanpa kembali.Hati siapa tidak sedih.Tetapi apa boleh buat.Takdir Allah s.w.t lebih tinggi daripada segala urusan.

Apa pun esok tanggal 5 Julai.Itulah tarikh lahirmu yang ke 66.(5 Julai 1942).Pada tahun lepas aku tidak sempat melafazkannya buat didedikasikan untukmu.Tahun ini dan selama-lamanya, aku sudah terlambat untuk melafazkannya buatmu.Pun begitu, aku hanya mampu mendoakan kesejahteraanmu di alam abadi.

Al-fatihah buatmu..........sedih terkenang 23 tahun lalu ketika kelahiranku di bulan Ramadhan, kaulah yang membantu ibuku tika saat yang getir di masa itu.
Semoga rohmu dirahmati Allah & ditempatkan bersama golongan solihin.
Amin ya Robb..

Khamis, 3 Julai 2008

Bersantai ketika bercuti.

Alhamdulillah, sekarang adalah fatrah cuti semester buat mahasiswa dan mahasiswi Al-Azhar.Apa yang menariknya pada setiap tahun, cuti semester bermula pertengahan bulan Jun hingga bulan September dalam ertikata yang lain bermulanya musin panas di negara ini.Pun begitu pelbagai aktiviti mahupun program yang telah dirancang oleh kita.Baik aktiviti secara peribadi ataupun persatuan.
Tidak kurang juga ada yang pulang ke Malaysia, bermusafir ke negara jiran atau mengerjakan umrah.Tetapi bagi sahabat-sahabat yang terus berada di sini.Musim cuti ini mesti ada perancangan tersendiri.Apa tidaknya,ada yang berazam untuk mengulang kembali hafalan al-quran yang telah dihafaz, ada yang ingin mendirikan "rumah baru".Manakala yang berminat untuk bertallaqqi maupun mengikuti kuliah pengajian.Berkampunglah di Kaherah.Mana tidaknya kalau di Zon Asyir, kita ada Kuliah Subuh di bawah kelolaan Madrasah Imam As-Syafie di Rumah Pahang, Kuliah Subuh Ust Aidil di Rumah Kedah, Kuliah Pengajian Bahasa di Masjid Walidain.Kalau di zon Sabieq kuliah pengajian di Rumah Kelantan dan Perlis juga sudah bermula.Begitu juga di Zon Darrosah; Masjid Al-Azhar serta Mudhoifah Sheikh Ismail As-Sodiq, Sahah Yaman.
Tinggal lagi ia terpulang kepada kita untuk menghadirinya, bagi saya tidak semestinya semua kuliah perlu dihadiri.Tetapi ianya mesti mengikut kemampuan kita serta istiqomah dalam menghadirinya.Itu sudah memadai.Ibarat satu pakej hidangan bertaraf 5 bintang sudah disaji di hadapan kita, cuma perlu kita menjamah atau tidak hidangan tersebut.
Buat sahabat -sahabat yang pulang ke Malaysia, sama ada untuk bercuti atau sudah tamat pengajian di sini.Selamat berjuang dan bekhidmat!saya ucapkan kepada kalian.Kerana medan kita yang sebenarnya adalah di Malaysia.Buat diri ini dan sahabat-sahabat yang masih berada di sini, marilah kita sama-sama berdoa agar Allah memberi kekuatan dalam menuntut ilmu.Disamping segala gerak kerja kita diberkatiNYA.Rebutlah peluang yang ada di depan mata.Agar kita tidak akan menyesal di kemudian hari.
"PERUBAHAN KE ARAH KEBAIKAN".