Khamis, 30 Oktober 2008

Konvokesyen JPMK...






Suasana ketika di dalam dewan...
Sebelum perarakan masuk graduan ke dalam dewan..

1 Zulkaedah - Selepas menyambut ketibaan Musab dari lapangan terbang terus kami ke Dewan Malaysia Abbasiyyah kerana di sana akan berlansung Majlis Konvokesyen Mahasiswa Al-Azhar yang dianjurkan oleh Kedutaan Besar Malaysia, Kaherah melalui Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK).

Jumlah mahasiswa & mahasiswi juga ramai cumanya saya tidak mengetahui jumlahmereka secara tepat.Apa pun majlis graduasi kelmarin dilaksanakan secara sederhana setelah ditunda dari tarikh 20 Syawal ke tarikh 1 Zulkaedah disebabkan masalah teknikal.

Saya ucapkan syabas & selamat berkhidmat khususnya buat Fauzi, Faizul, Hamdi, Zul, Syafiq, Pak Din, Masruddin, Aizat & amnya kepada semua graduan & graduanita yang terlibat.

Sedap & lazat..


Sebelum menghadiri majlis konvokesyen di DMAK sebagai pemerhati, sempat saya beli 10 keping aish dengan harga LE 0.50.Murah sangat sebab aish ini subsidi kerjaan.Bolehlah untuk mengalas perut.Ful (kacang poi) LE 1.00 dan salatoh LE 0.50.

Inilah makanan asasi orang arab Mesir.Mereka sanggup berdemontrasi sekiranya harga aish (roti) dinaikkan.Kita kira baiklah pula.Yalah.Harga minyak naik hanya segelintir sahaja yang sedar.Maklumlah orang melayu terkenal dengan adat & sopannya.Sekadar renungan sahaja sahaja.Saya tidak menghasut rakyat Malaysia berbuat demikian apatah lagi menentang.Cumanya setiap ketidakpuasan kita mestilah disalurkan mengikut saluran yang betul.Berani berubah.Perubahan ke arah kebaikan.Sempena bermulanya sesi pengajian 2008/2009.Selamat berkuliah.

Pagi yang menggemparkan...

Seusai solat subuh berjemaah saya keluar menelusuri keheningan pagi untuk membeli roti fino untuk sarapan pagi sebelum bergegas bersama Ust. Firdaus Hat ke Lapangan Terbang Kaherah untuk menyambut ketibaan sahabat karib saya Musab yang akan tiba pada jam 7 pagi.Belum sempat sampai di kedai roti saya dihubungi oleh pemilik kereta sewa bahawa kereta yang saya tempah kelmarin sudah disewa oleh orang lain untuk ke destinasi yang sama juga.Saya pasrah apa boleh buat.Yalah jarum jam menunjukkan 6 pagi masa berbaki sejam sahaja lagi menantikan ketibaan sahabat saya itu.Disebabkan salah faham, saya pasrah.Terus saya membatalkan niat untuk membeli fino pada pagi itu.

Usaha dibuat di saat cemas dek kelam kabut, akhir sekali dapat juga kereta sewa daripada Ust. Yusof (Indonesia).Alhamdulillah Musab selamat tiba walaupun kami terlewat sampai di lapangan terbang lebih kurang setengah jam.

Sekiranya anda ingin menggunakan perkhidmatan kereta sewa di sekitar Kaherah, sila hubungi di talian berikut ;

  • Ust. Rahmat 0102009255.
  • Ust. Syed 0106868241.
  • Ust. Ahmmad 0104671651.
  • Ust. Dodi 0100922371.
  • Ustz. Sakinah 0161713752.
  • Ust. Nasir 0101584799.
  • Ust. Khalid 0124323624.
  • Ammu Azim 0101617484 (van).

Isnin, 27 Oktober 2008

Lembaran baru.

Jam 5.38 pagi tadi, saya menerima khidmat pesanan ringkas daripada Pengarah USMB Pusat memaklumkan mengenai Senarai Mahasiswa/wi Baru mengikut Fakulti & Cawangan yang telah disahkan & diluluskan oleh Maktab Tansiq Universiti Al-Azhar di Hayyu Sadis, Madinah Nasr, Kaherah.

Mengenai perkara tersebut hanya 5 orang mahasiswa dan 3 orang mahasiswi baru daripadaUnit Sambutan Mahasiswa Baru (USMB) Keluarga Pelajar-Pelajar Perlis yang terlibat.Kesemua mahasiswi terlibat dapat cawangan Kaherah memandangkan senarai mereka telah dikeluarkan oleh Maktab Tansiq pada Sabtu lalu.Manakala mahasiswa pula akan diketahui pada tengah hari ini.Segala urusan pengumpulan maklumat tersebut akan dilakukan oleh Ust. Abd. Hadi selaku Timbalan Pengarah USMB KPP.

Buat masa sekarang mahasiswa/wi USMB KPP sedang mengikuti Kursus Bahasa Arab dengan Markaz Lisanul Arab, kelas Nahu mengikut jadual yang telah ditetapkan, tasmi' quran selain kuliyyah di universiti yang semestinya menjadi kewajipan setiap mahasiswa.

Selepas ini mahasiswa/wi terlibat akan membuat urusan pengkuliahan seawalnya minggu ini atau selewat-lewatnya pada minggu depan merangkumi pendaftaran kuliah, ujian kesihatan, semakan ejaan nama serta urusan yang berkaitan di bahagian hal ehwal akademik masing-masing.

Terakhir daripada saya, semoga kita dapat buat yang terbaik dalam hidup kerana itu semua khas untuk diri kita sendiri buat ummah yang dicintai.

*ini adalah catatan peribadi blogger buat makluman semua.

Sabtu, 25 Oktober 2008

Selamat Hari Lahir

Selamat Hari Lahir yang ke 62 didedikasi khas buat ayahanda tersayang Hj. Ismail Albakri B. Hj. Mohamad yang dilahirkan di Kg. Pelegong, Labu, Negeri Sembilan Darul Khusus pada 25 Oktober 1946.Didoakan agar ayahanda & bonda serta keluarga kita sentiasa bahagia sehingga ke akhirat, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dalam mengerjalan amal soleh, dipermudahkan segala urusan di dunia & di akhirat, amin.

Kalam nasihat & harapan ayahanda & bonda sentiasa D semat di hati terutamanya dalam menuntut ilmu di sini.Semoga D menjadi anak yang soleh buat ayahanda & bonda, amin.
Posted by Picasa

Khamis, 23 Oktober 2008

FKAMC...






Tanggal 22 Syawal yang lalu saya sempat mengikuti Festival Konvkesyen & Anugerah Mahasiswa Cemerlang (FKAMC) yang dianjurkan oleh Perseketuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) kali ke 16.Majlis apresiasi graduasi tersebut diadakan di Pusat Konveksyen Al-Azhar, Kaherah.

Penyertaan graduan & graduanita pada kali ini ialah seramai 247 orang yang terdiri daripada Fakulti Bahasa Arab, Syariah, Usuluddin, Al-Quran & Qiraat.Turut terlibat juga graduan & graduanita dari negara Singapura, Indonesia, Aceh, Kemboja, Thailand.

Festival konvo pada kali ini dihadiri oleh tetamu jemutan seperti Al-Allamah Ash Sheikh Muhammad B. Ibrahim Al-Husaini Al-Kittani (selaku perasmi), Dr Usamah Al-Azhari, Sheikh Hassan Rejab, Sheikh Abdul Nabi, Dr. Rifaat Fauzi ( Universiti Terbuka Amerika, Kaherah).

Majlis pada kali ni julung kalinya dihadiri oleh seorang graduan dari Fakulti Bahasa Arab, Kuliyyah Bahasa & Terjemah.

Alhamdulillah majlis pada kali ini berjalan dengan lancar.

Tahniah diucapkan khas buat Zulhaimi, Syafiq, Abd. Hadi, Ust. Yeh, Hamdi, Fauzi, Mizan, Imam, Zulkhairi, Zamir Aizat, Ust. Nizam kelate, umumnya juga buat semua graduan & graduanita yang terlibat pada FKMAC pada kali ini.Didoakan semoga kalian dipermudahkan segala urusan terutamanya dalam berhadapan dengan alam kehidupan realiti apabila berangkat pulang ke tanah air.Kerana di sana ilmu kita akan diasah & kepulangan kita sentiasa dinantikan oleh orang tersayang terutamanya emak & ayah disamping seluruh umat islam di sana dahagakan khidmat kita, amin.

* Entri ini sekadar maklumat peribadi blogger ini bukan kenyataan rasmi dari pihak AJK FKAMC 08.Sekian, terima kasih.


Pakej Haji...


Sekadar iklan buat tatapan kalian yang mampu & berminat unuk mengerjakan haji pada tahun ini.

Pakej Haji PMRAM 1429 H berharga USD 1695 menawarkan perkidmatan seperti berikut ;
  • Visa haji.
  • Tiket kapal (pergi & balik)
  • Rusum Bank Faisal.
  • Bayaran Muasasah untuk khemah di Arafah.
  • Pengangkutan (Kaherah/ Suez / Kaherah).
  • Penginapan di Mekah & Madinah.
  • Pengangkutan semasa lawatan di Mekah & Madinah.
Jika berminat anda perlu menyediakan dokumen seperti berikut ;
  • Surat sokongan haji daripada Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (dalam bahasa arab).
  • Visa anda mestilah sah sehingga 1 Mac 2009.
  • Ta'syir audah daripada Pejabat Imegresen (Mujamma' Tahrir).
  • 3 keping gambar berukuran pasport belatar belakang warna putih.
  • Sijil kesihatan beserta resit.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
Saudara Mohd Adlan ( 0165275927)

Ke Zaqaziq....




Di hadapan kedai tersebut.

Berikut adalah baju kemeja yang telah siap :




Tampak kemas .....


Pada minggu lepas saya bersama akhi Abd Hadi & Ikram pergi ke Zaqaziq.Tujuan saya ke sana unuk mengetahui di manakah kedai yang masyhur dikalang pelajar Malaysia untuk menempah baju di Kedai Opera tengah-tengan pekan Zaqaziq.

Saya fikir kedai tersebut besar, rupanya ruangnya hanyalah kecil sahaja.Pun begitu pekerja kedai tersebut dapat menjahit baju yang tampak cantik dan kemas sekali.Sememangnya negara Mesir terkenal dengan kain kapasnya selain daripada pembuatan kot & blazer.Harga pun murah.

Untuk tempahan baju hanya dikenakan bayaran sebanyak LE 25 tidak termasuk kain.Tempoh tempahan siap dalam masa 10 hari.Pelanggan bebas memlih fesyen baju yang difikirkan sesuai dengan citarasa masa kini.

Tidak dinafikan di sekitar Kaherah terutamanya sekitar Medan Opera berdekatan dengan Atabah pun banyak kedai yang boleh kami buat tempahan baju.Tetapi saja hendak rasa citarasa Zaqaziq.

Mungkin minggu ini sahabat akan pergi mengambil tempahan tersebut.

Selasa, 14 Oktober 2008

Cinta & Persahabatan...


Cinta adalah satu naluri perasaan yang dicipta oleh Allah buat hambanya.Menurut kamus dewan pula adalah perasaan kasih, asyik, sayang di antara lelaki & perempuan.Apa pun takrifannya, cinta tidak dapat ditolak akan kelahirannya & kehadirannya di saat ianya berputik.Cuma waktu & ketikan sahaja yang akan menentukannya.

Ada orang sejak di bangku sekolah lagi sudah bercinta, itu mungkin minoriti sahaja.Ada orang cintanya ditemui di tepian jalanan, itu mungkin rezekinya.Ada juga ketemu cintanya di alam siber, itu memungkinkan.Ada yang terserempak cinta saat berpesatuan, itu sudah terbukti.Tidak ketinggalan ada yang bertemu cinta di tempat kerja, sememangnya itu jodohnya.Tak kurang juga ada yang bergantung pada restu keluarga, itu memang baik untuk dirinya.Jangan terlupa lelaki soleh untuk wanita yang solehah.

Saudara & saudari sekalian,

Apa pun cara & lokasi dimana sahaja kita ketemu cinta, hal itu sememangnya rezeki masing-masing.Semuanya sudah tertulis di Louz Mahfouz.Teringat nasihat seorang teman, katanya "Kalau Allah tentukan jodoh seseorang itu dengan hambaNya maka ia tetap juga menjadi jodohnya, tiada perkara yang boleh menghalang".

Jika kapas warna putih & bersih.Putih lagi cinta.Jika kapas rasa lembut.Lembut lagi cinta.Cumanya ianya dicorak & diolah oleh kita.Cuma hati & perasaan sahaja boleh berceritera tentang rasanya.Islam telah menghalalkan cinta sesama lelaki & wanita dengan hubungan perkahwinan.Mana ada orang bercinta yang main-main & hipokrit kepuraan-puraan melainkan mereka tergolong dalam orang yang bercinta tanpa arah tuju & prinsip tanpa berminat untuk berumah tangga.Disamping membelanjakan material yang banyak dalam berkomunikasi setiap hari siang & malam.Itu tidak lagi ada yang hampir-hampir mendapat anugerah pelakon terbaik di abad ini gara-gara pandai mementaskan sandiwara atas nama cinta.Cumanya belum sempat dinobatkan pelakon terbaik sudah terkantoi.

Saudara & saudari seagama..

Mungkin ada yang sanggup mengetepikan keluarga saat manis bercinta.Tidak kurang juga yang melupakan sahabat & kawan tika di klimaks percintaan.Sedangkan perkenalan dengan sahabat & kawan sudah lama dijalinkan, dengan kekasih mungkin tidak setua jagung pun proses perkenalan mereka.Hakikatnya sahabat dilupakan.Tetapi yang menghairankan apabila golongan ini gabra dalam percintaan dalam erti kata lain bahtera mereka dilanda badai, masalah salah faham atau merajuk berbulan-bulan.Pandai pula mencari kawan minta petua & pertolongan baik dari aspek material kewangan, spritual, psikologi percintaan.Apabila bahagia sahabat & kawan dilupakan tika musibah cinta membobrokkan diri, mereka diruntun dalam cinta 3 segi atau sebaliknya.

Mungkin perkara ini pernah berlaku dalam alam realiti kalian, cumanya bukan semua golongan yang bercinta begitu.Kemungkinan mereka baru ketemu cinta yang sebelum ini tiada peluang buat mereka.Itulah berlaku perubahan & kejutan buadaya dalam alam mereka.Saya bukan tidak katakan cinta membawa musibah, perselisihan faham dalam konteks bersahabat.Cumanya kitalah yang mencorakkan cinta itu tersendiri.

Saudara & saudari,

Walaupun tiada pengalaman dalam percintaan, saya juga berlindung daripada Allah daripada khayal bercinta sehingga melupakan tanggung-jawab denganNya, islam, ummah, kedua ibu-bapa, sahabat & rakan-rakan seperjuanagan.Mungin ada orang kata" tak palah, hang tak rasa lagi kemanisan bercinta, nanti hang tau la macam mana".Saya akui.Tetapi kita masih ada peluang untuk menguruskan konsep cinta ke arah perkahwinan.Pesan saya berdoalah kepada Allah, dengan izinNya kita akan dapat melalui dugaan serta rencam kehidupan.

Jika kita masih di kerusi pengajian buatlah pilihan adakah perlu mendirikan rumah tangga ketika di pengajian atau di alam kerjaya daripada mengundang fitnah cinta.Segerakan ke alam perahwinan.Kerana di situ membuktikan kesetiaan pasangan kalian.Setiap kita mesti ada perancangan masa depan.Baik untuk pencapaian akademik, alam kerjaya atau perkahwinan.Bukannya kalau bercinta main redah sahaja.Orang berkahwin kita pun mahu juga.Ukurlah baju di badan sendiri jika mampu segerakan.Jika belum tangguhkan buat sementara.Kalau ada jodoh tidak kemana.Meminjam bicara seorang teman, " jikalau ada jodoh & sudah bersedia di suatu saat nanti lambat atau cepat itu semua takdir Allah".Yang penting adalah perediaan ke arahnya untuk setia & ikhlas.Itu yang perlu.

Yang penting setiap hubungan mestilah dalam pengetahuan keluarga masing-masing.Kerana mereka juga bakal bapa mertua & mak mertua.Itu yang sebaiknya.Kalau sudah bertunang, ianya tetap bukan muhrim hanya hubungan melalui hubungan perkahwinan sahaja yang menghalalkan matlamat itu.

Dalam pada itu mintalah nasihat & pendapat sahabat yang berpengalaman (sudah berkahwin), kedua ibu bapa atau orang yang boleh memberikan pendapat.Janganlah buat sesuatu perkara ikut kepala sendiri.Nanti ianya menatijahkan keputusan yang kontra.Ingatlah perkara ini bukan sehari dua untuk bersama, ianya melibatkan hidup & mati.Sebab dengan perkahwinan juga kita juga ada zuriat, itulah masa bercinta ke arah alam perkahwinan segala hubungan terlarang wajib dijauhi.Takut dikhuatiri akan diwarisi oleh zuriat yang bakal dilahirkan kelak.Saya pohon dijauhi sifat demikian .

Hubungan perkahwinan membawa ke akhirat.Jangan di dunia masing-masing manis mulut ibarat tanam tebu di tepi bibir.Tetapi di akhirat kelak masing-masing menuntut hak & saling tuduh menuduh.Semoga hubungan perkahwinan membawa ke syurga.Kerana jika keluarga diberkati Allah.Isteri kita di dunia akan menjadi ketua kepada bidadari di syurga kelak.Insyaallah jika ada jodoh tidak kemana.Yang penting persediaan ke arahnya pelu baik dari aspek rohani (ilmu, pengetahuan rumah tangga & kekuatan dalaman) & aspek fizikal ( kekuatan minda, kesabaran, kekuatan jasmani).Kerana sudah asam garam rumah tangga bukan langit selalunya cerah.Kekadang disangka panas hingga ke petang, tetapi hujan di tengah hari.

Saudara & saudari sekalian....

Maaf dipinta jika ada yang terasa dengan entri kali ini.Saya bukan orang yang berpengalaman dalam perkara ini cumanya insan biasa yang mempunyai sekeping hati & secebis perasaan dalam mengoreksi diri untuk renungan kita bersama.Ingatlah bahawa jika kita tersesat jauh maka masa masih ada untuk kita berpatah balik ke jalan yang diberkati Allah.Jika kita terjatuh, ayuh kita bangkit kembali dari lembah itu.Jika kita terlena, mari kita bangun semula membina jati diri.Ingatlah kedua ibu-bapa masih menanti bila pengharapan itu menjadi realiti buat mereka.Marilah kita berdoa agar kita menjadi suami & isteri yang soleh & solehan disamping melahirkan zuriat dapat berkhidmat untuk Allah & rasulNya serta bahagia di dunia & di akhirat, Amin!

Perubahan Ke Arah Kebaikan....

Sanata Helwa Ya Gamil...

Apresiasi Khas ini didedikasi buat Sahabat Ahmad Shakir B. Omar yang menyambut Ulang Tahun Kelahirannya pada hari ini, 14 Oktober buat kali ke 23 tahun.Didoakan agar beliau sentiasa dirahmati Allah, dipermudahkan segala urusan di dunia & di akhirat terutamanya dalam proses memohon kerjaya & jodoh, dimurahkan rezeki & dipanjangkan umur dalam melakukan kebajikan & ketaatan kepada Allah, amin!
Posted by Picasa

Isnin, 13 Oktober 2008

Jadual Kuliyyah...

Jadual kuliah sudah keluar sejak 25 Ramadhan yang lalu.Berikut adalah madah yang telah disusun oleh Syu'un Tahun 4, Kuliyyah Bahasa Arab, Jabatan Pengajian Umum, Universiti Al-Azhar, Kaherah.

Sabtu : Qaah Bahas, Ilmu Dilalah, Balaghah.
Ahad : Nahu & Sorf.
Isnin : Nahu & Tarikh Adab Arabi.
Selasa : Naqdul Adab & Usul Fiqh.
Rabu : Usul Fiqh & Hadis.
Khamis : Naqdul Adab & Tarikh Adab Arabi.

Semoga sesi ini membawa kebaikan & kejayaan...

Ahad, 12 Oktober 2008

Penantian penuh kesabaran....

Rasa gerun, malas, letih, menyampah, tak larat...entah apalagi prasa kata yang sesuai digunakan sekiranya ada urusan yang melibatkan visa di Jabatan Imegresen di Madinah Bu'uth Islamiah berdekatan dengan Abbasiah.Sabtu lalu saya pergi berurusan di sana.

Perasaan tersebut bukan dirasai semua orang, mungkin segelintir sahaja yang merasai keperitan menunggu giliran.Baik untuk penyerahan (taqdim) borang permohonan visa & proses pengesahan untuk tempoh visa pengajian yang dipohon (taslim).Borang boleh didapati di kaunter 7 dengan harga LE 8 sahaja.

Seperti biasa, untuk proses taqdim, setiap pemohon mestilah melampirkan bersama :
  1. Surat pengesahan kuliah (tasdiq),
  2. Sekeping gambar,
  3. 2 salinan pasport,
  4. 2 salinan halaman visa semenjak berada di Mesir sehinggala yang terkini,
  5. 2 salina tasdiq kuliah.
Bayaran dikenakan sebanyak LE 1.Manakala proses taslim akan dibuat 2 minggu atau lebih selepas taqdim borang.

Pagi ini saya sampai agak lewat, jam 8.15 pagi.Setidak-tidaknya pelajar Indonesia sudah beratur panjang di bahagian taqdim.Fuh yoo..2 barisan pula, nasib baik urusan tersebut sudah saya langsaikan 27 September lalu.Alhamdulillah hanya 7 orang sahaja yang sedang menunggu pasport mereka dicop oleh Mama (panggilan untuk mak long yang bertugas di kaunter tersebut).Bayaran dikenakan sebanyak LE 3.10.

Tiba giliran, saya terus menghulurkan pasport untuk pegawai tersebut mencari borang yang telah diserahkan 2 minggu yang lalu.Syukurlah, akhirnya jam 9.04 pagi segala urusan dapat diselesaikan.

Berbeza dengan pengalaman tahun lepas, saya terpaksa beratur dari jam 7.45 pagi sehingga 2 petang untuk proses taslim.Biasalah kalau sudah berada di negara orang.Setiap pengalaman ada keperitan & kemanisannya.Cuma kita sahaja yang menentukan adakah ianya manis atau pahit...

Urusan Kuliah

Pada 9 Syawal yang lalu sesusai pengajian talaqqi dengan Sheikh Abd. Azim saya terus meluru oleh kerana hari itu kuliyah bersama Dr. Syafiq madah Naqdul Adabi.Setibanya di depan pintu kuliah, tampaknya Dr. tidak kunjung tiba sedangkan jam di tangan menunjukkan 9.20 pagi.Terus saya bergerak pula ke Syuun Pelajar Tahun 4 untuk urusan pendaftaran, pembayaran yuran & kad pelajar.

Alhamdulillah disebabkan proses urusan hari ini tidak sesibuk seperti selalunya mudah untuk saya jelaskan yuran pengajian universiti sebanyak LE 77.65 setahun bersamaan RM 52 malaysia.kadar yang terlalu murah kerana ianya dibiayai dengan dana waqaf tersendiri.

Tetapi untuk urusan kad pelajar tidak dapat diuruskan kerana pesan Ust. Mohammad Toha ianya mesti disertakan dengan salinan Pasport, visa pengajian yang terbaru.Oleh itu saya tangguhkan urusan tersebut ke hari Ahad.

Semoga semester kali ini membawakan perubahan...

Sabtu, 11 Oktober 2008

Rabu, 8 Oktober 2008

Apresiasi Khas



9 Oktober 2008 sudah setahun kepulangan Almarhumah Mak Ngah ke pangkuan Allah s.w.t.Terkenang saat 22 tahun dulu tatkala kita pernah bersama.Tetapi apa boleh Mad D buat.Ianya tidak boleh dihalang apalagi ditegah.Kerana ianya sudah suratan Ilahi yang wajib kita beriman tentangnya.
Mad D doakan semoga roh Mak Ngah dicucuri rahmat, mendapat keampunan Allah serta semoga kita berjumpa di syurga Allah kelah.Rindu sangat...Orang dekat lagi kenang inikan pula berjauhan.

Posted by Picasa

Selamat Hari Lahir...


Buat Akhi Sharul Ikram B. Sya'bi ..Selamat Menyambut Ulang Tahun kali ke 24 pada 6 Oktober lalu..Didoakan agar akhi sihat, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan terutamanya dalam menuntut ilmu, Amin.Maaf lambat buat ucapan....
Posted by Picasa

Rumah Terbuka..

* sila klip di gambar untuk lihat dengan lebih jelas....


Menu Rumah Terbuka Perlis di Hayyu Sabieq Kaherah pada tahun ini seperti biasa, nasi daging & ayaq asam.Target 200 orang sahaja akan hadir.Rupanya melebihi jangkaan.3 kali masak nasi.Daging pula 47 kg.Antara tetamu yang hadir para pegawai dari Kedutaan Malaysia Kaherah,Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, Pimpinan mahasiswa Malaysia di RAM serta rakan - rakan seperjuangan.Bermula jam 12.00 tengah hari sehingga 4 petang.Tetapi ianya berlarutan sehingga 8 malam.

Terima kasih buat para tetamu yang sudi hadir ke majlis rumah terbuka pada kali ini.Buat para sahabat mohon maaf kranya saya tidak sempat melayan kalian.Buat ahli jawatankuasa pelaksana yang diketuai Akhi Rafiz & Akhi Nasrul sekalung tahniah khas untuk kalian di atas kelicinan perjalanan majlis.....
Posted by Picasa

Selasa, 7 Oktober 2008

MAT KPP kali ke 33


Bakal pemimpin masa depan...

Senarai Calon menang tanpa bertanding..

Keluarga Pelajar-Pelajar Perlis (KPP) baru sahaja mengadakan MATnya pada 4 Syawal yang lalu..Saya tiada apa-apa cuma menggalas tugas Pengacara Majlis Perasmian MAT kali ini.Syukurlah MAT berjalan lancar bermula jam 8.35 pagi dan tamat pada jam 2.30 petang.Buat saf kepimpinan baru, saya maklumkan Selamat Berjuang untuk kebaikan & kebajikan mahasiswa.

Semasa sidang penangguhan untuk berehat di sesi petang saya bergegas pula ke Pejabat Jamiyyah Syariah yang terletak di Masjis Mustofa, Syari' Solah Salim untuk mengambil bantuan bulanan saya sebanyak LE5o serta barang-barang makanan asas seperti makrunah, gula, beras, minyak, teh.Alhamdulillah saya masih lagi tersenarai untuk penerima bantuan.
Posted by Picasa

4 Tahun ...


Sudah 4 tahun sahabat saya; Mat Azan, Abd. Hadi, Pak Kram & Rafiz berada di Ardil Kinanah.Mana tidaknya mereka sampai di sini pada 2 September 2004.Maka 2 september yang lalu sempatlah kami adakan haflah sederhana.Makan kek coklat....
Posted by Picasa

Di keheningan Eid di Dataran hayyu Asyir..

Posted by Picasa

Jumaat, 3 Oktober 2008

Sambutan yang sederhana..

Alhamdulillah, teringinlah pula nak makan kuih kapai terbang & kerepek cakaq harimau, petang eid terus sahaja saya menguli tepung gandum sebanyak 2 kg.Walaupun sukar & rimas hendak menyediakannya.Tapi bila di negara orang kenalah berdikari.Kalau sudah teringin kenalah sediakan.Kerana ianya tidak akan turun dari langit melainkan berusaha untuk mendapatkannya.

Walaupun penyediaannya ringkas tetapi tak menang tangan tau.Penat pun ada.Suka pun ada.Berbuka puasa bersama Ahmad Kemboja di Komplek Wami di Hayyu 8.Seusai program Gema Takbir di Rumah Perlis, Kaherah, saya sambung lagi buat kerepek.Sehinggalah jam 1.30pagi saya berkesempatan menelefon keluarga, keluarga angkat, sahabat & teman di Malaysia untuk menitipkan Salam Eid buat mereka.

Keesokan pagi pula bersolat sunat eid & Rumah Terbuka di Hayyu Asyir anjuran Kedutaan Malaysia Kaherah bersama persatuan-persatuan mahasiswa Mesir.Khutbah dibacakan oleh Dr. Jamil Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah.Seusai solat & khutbah, kami disajikan dengan juadah hari raya.Nasi daging dan sate ayam(tak sempat jamah).Sambil itu, sempat juga saya bermaafan dengan sahabat di situ.

Bila sampai di Rumah Perlis, kami membuat pula nasi daging, acar & gulai daging untuk hidangan makan petang.Selepas asar proses penyediaan sate pula.Yalah, malam nanti makan sate 23 cucuk seorang.Alhamdulillah sekadar inilah catatan 1 Syawal buat insan biasa seperti saya.

Yang mana satu....?

Kad yang dikirimkan pada yang dikenang lagi disayanagi...

Alhamdulillah sempat juga kirimkan kad raya buat tatapan keluarga, sahabat, teman, penyumbang zakat di tanah air.Agak-agak yang mana yang menjadi pilihan hati?

Apa pun banyak cara untuk kita menjalinkan ukhwah islamiah.Baik melalui khidmat pesanan ringkas, e-kad raya, evois dan sebagainya.Jangan pula lupa untuk mengucapkan Selamat Hari Raya buat penderma/penyumbang peribadi (zakat) kepada kita dalam menuntut ilmu di Perlembahan Nil ini.

Pagi raya tipon kuarga...tanya pasal kad & gambar yang dikirimkan pada mak, umah almarhumah mak ngah, kuarga angkat.Alhamdulillah semua sampai..Tetapi bila tanya jaa pada teman saya adakag beliau dapat kad ucapan?Katanya belum sampai.Hairan juga, mungkin tiada rezeki.Sempat juga saya katakan dlm SMS, pa pun xpa.Kalau ada rezeki xkmana....

Selamat Hari Raya..Maaf Zahir & Batin....