Jumaat, 14 November 2008

Berakhirnya pertemuan...


Di keheningan 1.09 pagi saya menerima panggilan telefon daripada Zulhaimi seorang sahabat yang rapat dengan saya tatkala kami di INSANIAH & sebilik di Kampus Al-Khawarizmi.Cumanya jika di sini, saya di Kaherah beliau di Mansourah.Rezekinya awal, beliau berjaya menamatkan pengajian di Tahun 4, Jabatan Pengajian Umum, Kuliah Bahasa Arab Cawangan Mansourah.

Panggilan telefon terakhir daripada beliau memaklumkan tentang kepulangannya bersama Masruddin & Piduih Sajak ke Malaysia melalui penerbangan Egypt Air.Cumanya kali ini saya tidak dapat menghantar beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah.

Doa saya buat beliau semoga Allah memudahkan urusannya di dunia & di akhirat terutamnya dalam memberi khidmat kepada masyarakat & agama, amin.

Penghijrahan....

Punggah jangan tak punggah...
Ketika menunggu giliran nama disemak..
Bersama Shukri siswa dari Perlis yang akan ke Tanta...

11 November- Seawal pagi seusai solat subuh, sempat saya menyediakan sambal sotong & ikan bilis untuk hidangan sarapan pagi buat ahli rumah.Kerana jam 8 pagi ini kami akan bergegas ke Hayyu 10 untuk menghantar seorang mahasiswa Perlis yang akan dihantar( tauzik) ke Tanta.

Kalau ikutkan jadual hari itu penghantaran mahasiswa baru ke 3 MuhafazahTanta, Zaqaziq & Damanhur.Tersirna di wajah mereka tanda kegembiraan walaupun terpaksa menunggu lama.Mungkin mereka tidak sabar lagi ke kuliah & menambah pengalaman baru di tempat yang mungkin asing bagi mereka & tidak asing lagi untuk mereka selepas ini.Itulah tempat mereka membesar dengan urusan pengkuliahan, tempat mengasah bakat & kendiri yang paling penting dapat mencari dan menambah pengalaman hidup.

Dari saya, selamat berhijrah buat kalian.Semoga dapat membuat yang terbaik dalam hidup yang penuh dengan ranjau berduri rona kehidupan.


Khamis, 13 November 2008

Berakhirnya penantian.....



Setelah penantian yang ditunggu-tunggu tiba, alhamdulillah pada pagi tanggal 12 November yang lalu, akhi Nureen, Piduih, Mat Nizam, Iman & Pak Wan selamat tiba dengan selamat ke bumi yang barakah ini.Walaupun sampai seawal jam 6.55 pagi mereka setia menunggu van yang ditempah hampir-hampir sejam.

Apa pun selamat kembali semoga ceria selalu.Jika sebelum ini, Rumah Ruhama' sunyi sepi.Selepas ini mungkin akan ceria kembali dengan hiruk pikuk kami.Dapur pula akan mula berasap.Kuliah lama sudah lama bermula dan kian rancak.Peperiksaan kian berkunjung tiba.Tetapi masih stabil lagi untuk membuat penelitian tentang dia.

Kad Matrik -كرنيه

Alhamdulillah, hampir sebulan membuat urusan pendaftaran kuliah; membayar yuran LE 77.65 sesi 2008/2009 & urusan kad matrik.Akhirnya kad tersebut siap pada minggu lepas (8 November lalu).Saya dapatkan dari Ust. Mohd Toha, penyelaras bahagian akademik kuliah.Dalam masa yang sama saya sedang menguruskan proses cabutan sijil untuk seorang sahabat.Setelah berkejar ke sana ke mari ( Kedutaan, Bahagian Pengesahan, Kementerian Luar di Abbasiyyah) akhirnya selesai jua urusan tersebut.Cuma tunggu sijil tersebut yang akan dikeluarkan pada 16 atau 17 November ini.

Bukan senang hendak berurusan dengan syuun kuliah.Cumanya kena kreatif dalam mengambil hati mereka.Ikut mood juga.Silap hari bulan "bukroh"lah jawabnya.

Jumaat, 7 November 2008

Seminggu berlalu..

Bersama Dr. Rosni sebelum beliau berangkat pulang ke Malaysia...
Kelihatan Pak Long Zainal Asri sedang berucap...



Buat pelawat menggunakan panggilan (Guest & bkn exco) sudah seminggu beralu, papan kekunci tidak disentuh untuk menaip entri.Entah mengapa selepas peristiwa Sabtu lalu semangat tetiba sahaja terumbang-ambing.Tambahan pula selsema berkunjung tiba setelah beberapa bulan ia bermusafir entah ke mana.Kali ini kembalinya bersempena berlambuhnya bahtera musim sejuk ke perlembahan ini.Mungkin peristiwa Sabtu membawa hikmah.Ke kuliah pun tidak ketika selsema bertandang cuma sempat ke Kedutaan Malaysia di Mohandesin pada Isnin lalu untuk urusan peribadi & mahasiswa baru.

Itulah kami dalam melaksanakan tugas kebajikan mahasiswa bukan kerana elaun, tuntutan kewangan, saguhati, gaji.Tetapi ianya sudah tanggung-jawab sosial yang patut diberikan ketika mana tibanya rombongan mahasiswa baru ke perlembahan ini.

Pada Khamis lalu, setelah kebah daripada demam saya meneruskan rutin mingguan bersama Sheikh cumanya kali ini terlewat (jam 9.30pagi).Selalunya saya akan sampai sekitar jam 8.30 pagi.Seusai pengajian talaqqi terus ke kuliah Tarikh Adab yang diajar oleh Dr. Mahmud Lasyin.Lepas itu berusan di Syuun tahun 2 untuk urusan Surat Wakil Pelajar untuk urusan mencabut sijil asal STAM untuk seorang sahabat saya di Malaysia.Rupanya surat tersebut mestilah dicop di Pejabat Urusan Bahagian Luar Negara Mesir berdekatan dengan DMAK.Inilah pertama kali saya berurusan.

Sesampai di sana pegawai berkenaan menolak permohonan berkenaan kerana surat itu dicop oleh Atase Pendidikan JPMK.Sepatutnya ianya dicop oleh Kanselor Kedutaan Besar Malaysia Kaherah.Sebagai pengajaran, nampaknya Ahad ini sekali lagi saya ke kedutaan.Belum selesai lagi urusan itu, saya terus ke Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah (DMAK) untuk mengambil Resit Pembayaran Yuran Permohonan Pelajar Baru & terjemahan Surat Pengesahan Pengajian Tahun 4.

Sesi petang selepas Asar program bersama Dr. Rosni B. Samah, Dekan Fakulti Pengajian Bahasa Utama (USIM).Program di Rumah Kedah Hayyu Sabieq (lama) berkenaan berkisar tentang pengalaman beliau ketika menuntut di Mesir, cara penyediaan kertas kerja peringkat sarjana & penerangan ringkas tentang temuduga kerja.

Sesi malam pula selepas maghrib saya bertolak pula ke Rumah Kedah Baru Hayyu Sabieq untuk Majlis Ramah Mesra Bersama Al-Fadhil Pak Long Zainul Asri seorang murabbi merangkap penyarah di KIDU, Kedah.Maklumlah sudah 10 tahun tidak berjumpa beliau.Kali terakhir bersama beliau tatkala program kuliah subuh di Al-Madrasah Al-Alawiyah Ad-Diniah, Arau, Perlis.Ketika itu saya baru menjangkau umur 13 tahun di Tingkatan Peralihan.Segala amanat beliau akan saya cuba laksanakan sebaik mungkin khususnya dalam proses menuntut ilmu.

Apa pun terima kasih kepada Guest & bkn exco kerana mengambil berat tentang penambahan entri baru dalam Monolog Jiwa ini.Terharu & terkesima dibuatnya.Rupanya blog ini ada peminat setia.Saya insan biasa yang hanya mempunyai sedikit kelebihan dan banyak lagi kekurangan yang perlu saya tampung dan perbaiki demi untuk masa depan yang sememangnya akan kita tempuhi.


Peristiwa 1 November...

Sheikh Abd. Azim berjubah putih.

Pada 31 Oktober saya bersolat jumaat di Asyirah Muhammadiah Sheikh Zaki Ibrahim, Qatbay kerana selepas itu menyertai Majlis Bacaan Quran bersama Sheikh.Di akhir majlis Sheikh memberi wang sebanyak LE20 kepada saya untuk diagihkan pada 3 orang murid beliau.Cumanya setelah keluar dari rumah niat saya untuk mengagihkan wang tersebut di hadapan beliau.Saya terlupa akan nasihat beliau agar setiap hadiah atau pemberian untuk beliau jangan diserahkan di khalayak ramai, berlah di dalam rumah beliau sendiri kerana perkara tersebut aib bagi masyarakat arab Mesir.Bagi saya tiada masalah kerana duit itu untuk 3 orang sahabat.Tetapi bagi orang awam yang nampak ianya boleh membawa fitnah.Oleh kerana Sheikh mengajar kami tanpa mengenakan bayaran yuran melainkan untuk yang takhassus sahaja mereka dikenakan LE550.

Oleh kerana itu, pada pagi Sabtu yang lalu seperti biasa setelah memberi salam saya terus masuk ke rumah beliau meneruskan rutin mingguan untuk pengajian al-quran.Belum sempat saya duduk saya diberi peringatan oleh sheikh.Semestinya saya akan ingat sepanjang hayat.Kebetulan pagi tersebut ada Majlis Khatam Al-Quran & Penyampaian Sanad kepada Ustaz Nizam.Saya tidak dapat lupakan ketika mana Sheikh membacakan doa serta menyebut nama "Ridzwan", nama timanganku yang diberi olehnya.Ketika itu, sesekali bebola mutiara jernih mengalir dari mata.

Akhir sekali saya memohon maaf kepada Sheikh.Dan beliau mengatakan bahawa jangan lakukan perkara tersebut buat kali kedua.Bagi saya cukup berharga apabila Sheikh memaafkan saya dengan beliau melafazkan سمحنا serta menyebut nama saya ketika berdoa.Itulah menyebabkan hati ini tersentuh.

Sebagai renungan, untuk pengetahuan kalian, di Mesir kebanyakan ulamak di sini apabila mengajar mereka tidak mengenakan bayaran.Sheikh Abd Azim B. Sya'ban B. Sultan adalah salah seorang daripada golongan mereka.Cumanya beliau berpesan jika hendak memberi hadiah atau buah tangan maka semestinya pemberian tersebut diserahkan di dalam rumah beliau.Jika diberi di khalayak ramai dikhuatiri akan menjadi fitnah.Sudahlah beliau mengajar tidak mengambil wang daripada kami, ditakuti orang awam akan katakan bahawa beliau meminta-minta & hidup di atas bantuan anak murid.Sedangkan hakikatnya tidak.Sheikh tidak pernah meminta daripada kami bahkan beliaulah yang memberi wang & menyediakan makanan untuk kami.

Sheikh pernah menceritakan pada masa dahulu beliau memiliki kereta.Disebabkan pernah satu ketika ada orang mengatakan bahawa kereta yang dimilikinya itu adalah hasil daripada wang anak muridnya.Maka terus beliau menjual kereta tersebut.Sehingga sekarang beliau tidak mempunyai kereta.Itulah sifat tegasnya dalam berpendirian.

Semoga kita dapat berkhidmat pada masyaeikh & paling tidak dapat berkhidmat buat ibu-bapa kita.