Jumaat, 29 Mei 2009

Kawat Takziah

Takziah diucapkan kepada Ust. Mohamammad Zainureen Mahamud, Yang Dipertua Keluarga Pelajar- pelajar Perlis di atas kepulangan kekanda beliau Al-Marhumah Mahani Bt. Mahamud ke pangkuan Allah pada 2 Jamadil Thani 1430 - 26 Mei 2009 ( Selasa)di tanah air.

Semoga Allah merahmati Almarhumah serta ditempatkan rohnya bersama arwah para solihin auliya' & anbiya' Allah.Amin.

Selasa, 19 Mei 2009

Jumaat, 15 Mei 2009

Jadual....




جدول الامتحان الفصل الثاني السنة الرابعة /– شعبة عامة – كلية اللغة العربية بالقاهرة

16 مايو 2009 القرأن الكريم

23 مايو 2009 نصوص أدبية

26 مايو 2009 الصرف

30 مايو2009 الفقه اللغة

2 يونيو 2009 الأد ب الإسلامي

6 يونيو 2009 النحو

9 يونيو2009 البلاغة

14 يونيو2009 التعيين و الشفوي

Selamat Menghadapi Imtihan



Selamat mengahadapi peperiksaan buat sahabat-sahabat semua terutamanya buat akhina sekuliah; para sahabat seperti Norhan, Othman, Wahab, Zaki, Ibrahim, Firdaus, Syurbaini, Hafiz, Ahmad Kemboja, Ismail, Musa'b, Piduih, Syahid, rakan-rakan di Rumah Perlis Kaherah, saudara seISLAM di Kaherah di cawangan Universiti Al-Azhar di Mansourah, Zaqziq, Tanta, Dumyat, Syibin, Iskandariah, Damanhur.


Semoga Allah memudahkan semua urusan kita dalam menghadapi hari-hari yang penuh dengan cabaran & tribulasi terutamanya di waktu sekarang yang amat terdesak.Hanya kepada Allahlah sebaik-baik nya untuk kita berharap.

Mei bulan saya...


Al-hamdulillah Mei menjelma lagi...esok peperiksaan akhir semester akan bermula.1o Mei adalah sambutan Hari Ibu.16 Mei pula Hari Guru.Bagi saya sambutan ini mungkin satu simbolik sahaja selagi mana tidak menngugat akidah.Ianya dibenarkan.Akhir bulan ini pula adalah amat istimewa bagi diri ini.

Apa pun setiap tahun ia datang, cumanya dari alam bayi ke dunia kanak-kanak berpidah ke peringkat remaja beralih pula ke alam dewasa.Jika dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki ada jodoh berubah ke alam rumah tangga & kerjaya.seterusnya jika dipanjangkan umur terus ke alam warga emas.Cumanya bermula dari sekarang segala perangcangan perlu diisikan demi masa depan.

Diri ini kian membesar.Apakah bekalan ke alam baqa' cukup.oooo bermenung panjang memikirkan tentangnya.Sebagai manusia kita kekadang terlupa memikirkan tentangnya.

Semoga Allah mempermudahkan saya untuk mentaati perintahNya & meninggalkan segala larangNya.Amin

Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979


Saya dedikasi khaskan Selamat Hari Guru buat semua golongan pendidik yang tidak jemu-jemu memerah keringat untuk anak bangsa.Khusunya buat :

Para pendidik saya di Sekolah Kebangsaan Sungai Lalang, Bedong, Kedah.
  • Cikgu Azizah (darjah satu)
  • Cikgu Rohani (2)
  • Cikgu Zubir (3)
  • Cikgu Naimah Ijon (4)
  • Cikgu Mahazir ( 5 & 6)
Tenaga pendidik Al-Madrasah Al-Alawiyah Ad-Diniah, Arau Perlis yang kini diketuai oleh En. Ilias B. Kassim sebagai Pengetua.dari tahun (1998-2003).

Begitu juga kepada tenaga pendidik terdiri daripada ustaz & ustazah di pelbagai lapangan di desa maupun kota.

Tidak lupa juga buat rakan-rakan, sahabat-sahabat & teman yang menjawat jawatan sebagai guru (GSTT), tetap, j-QAF, DPLI baik di sekolah menengah maupun sekolah kebangsaan, baik di lapangan sekolah agama kerajaan negeri maupun sekolah agama rakyat.

Sesunguhnya tanpa kalian siapa lagi akan mengajar ilmu di tempatnya.

Selamat Hari Guru...Semoga Allah memberi ganjaran yang berlipat ganda kepada kalian.

Ahad, 10 Mei 2009

Selamat Datang



Majlis Ramah Mesra bersama Ybhg. Tuan Haji Mohd Zohdi bin Saad.
Pengurus Besar Yayasan Islam Negeri Kedah.


Tarikh : 11hb Mei 2009
Masa : Jam 8.00 malam ( Selepas Solat Maghrib)
Tempat : Dewan At-Tasamuh Wal Ikha', Asrama Darul Aman 3, Hayyu Sabiek.


Semua Ahli MKKK dijemput hadir.

Sabtu, 9 Mei 2009

Buat renungan...Selamat Hari Ibu

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)


Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak


Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti teringat....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.... .mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak


Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ...mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak


Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya.

Isnin, 4 Mei 2009

Apresiasi alfu mabruk...

Ust Yeih bersama Mohamamad Adam.



"Alfu Mabruk" buat pasangan ceria lagi bahagia Ust. Ilyas & Kak Nadia di atas kehadiran insan comel penyeri rumah tangga.Penyejuk di mata penenang jiwa keluarga pada 14 April 2009 yang lalu.Kini usianya sudah 21 hari.

Semoga dengan kehadirannya dapat menyerikan lagi mahligai idaman.Dimurahkan rezeki & dipermudahkan Allah segala urusan kalian.

Comel....

Baba dukung anak...;)..Muhammad 7 bulan & kakaknya Elham, anak bawab sebelah umah...

Ribut Pasiaq...


Tinjauan dari arah atas banggunan Rumah Perlis Kaherah...

Bermula hari Jumaat lagi Kota Kaherah beriklimkan mendung & redup saja.Rupa-rupa ribut pasir berkunjung bermula kelmarin & hari ini 9 jamadil Awwal - 4 Mei.Satu kebiasaan pada musim panas di sini.Kekadang sebulan sampai 2 atau 3 kali terjadi.

Bermula pada 20 April lalu musim bunga (Eid Robi') & pada 24 April (jumaat) jam bertukar masa iaitu awal sejam dari kebiasaan musim sejuk.Bermakna masa di Mesir lewat 5 jam dari detik masa di Malaysia.Berbanding lewat 6 jam pada musim sejuk.Sekarang musim panas telah menjengah.Maknanya siangnya panjang dari malam.Berbeza pada musim sejuk malam lebih panjang.

Di akhir musim sejuk juga putik-putik bebunga tamar semakin berkembang.Pada awal bulan Ramadhan hasilnya akan dituai.Banyak lagi buah-buah di musim panas.Seperti aprikot, anggur, buah kaktus & sebagainya.

Majlis Resepsi Pertunangan...


Pada 7 Jamadil Awwal -2 Mei yang lalu satu majlis ringkas Resepsi Pertunangan telah diadakan di kediaman Sungai Petani.Keluarga kami bakal menerima ahli baru.Semoga jodoh berpanjangan.Abang ada maklumkan semua berjalan lancar.

Hanya tunggu orang sana ja...Biasalah.Tengah sibuk peperiksaan semester ada saja yang nak perangat.Semoga semuanya dipermudahkan Allah.

Sabtu, 2 Mei 2009

Majlis ramah mesra




Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.



Majlis Ramah Mesra Bersama Rombongan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Tarikh : 4 April 2009 (Isnin).
Masa : 8 malam.
Lokasi : Dewan Malaysia Abasiyyah, Kaherah.




Aturcara.


Ketibaan Pimpinan Persatuan Mahasiswa Mesir.
Ketibaan Tetamu Kehormat.
Jamuan Makan.
Sesi Dialog bersama Dato' Ketua Setiausaha kementerian.

* Antara yang dijemput adalah Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN).

Walaupun majlis ini di ambang peperiksaan.Diharapkan pimpinan mahasiswa dapat memberi cadangan yang memfokuskan kebajikan & akademik pengajianuntuk kebaikan semua.

Semangat berjuang....


Gambar kenangan Al-Marhumah Tok bersama Al-Marhumah Mak Ngah.Mereka saling melihat sesuatu tatkala saya berpelukan dengn mak pada 5 September 2007 lalu di LTSAH..Kini mereka seiring dalam menuju "Alam Abadi".

Antara nasihat mereka;

Mak yang dicintai..

"D maka harap bersungguh-sungguh, jangan main-main,kali ini bagi LULUS dengan cemerlang.Mak selalu berdoa agar anak mak berjaya" inilah ayat yang selalu mak saya ulangkan tatkala bersms.

Saya balas
" D akan buat yang terbaik untuk Mak & Ayah, segala nasihat mak akan D ikuti".

Tok yang diingati..

"Kalo di sana kawan dengan orang baik-baik, belajaq elok-elok, nanti boleh balik sini.Jangan dok bat yang bukan-bukan.Ingat, sana tempat orang".Pesanan Al-Marhumah Tok bat kali terakhir.

Saya sempat balas dengan berkata
" Tok jangan risau, sini semua orang baik-baik.InsyaAllah tok doalah noo".

Mak Ngah yang dikenangi..

"Boleh gak g sana, P Sana belajaq bersungguh-sungguh, jaga diri & berjimat cermat".Kalam nasihat Al-Marhumah Mak Ngah.

Rasa terkilan juga tika saya tidak sempat melihat kedua-duanya.Tetapi ada hikmah di sebaliknya.Mereka pergi dengan baik.Mereka menepati janji terhadap seruan Allah.Semoga roh mereka dicucuri rahmat & diampunkan dosa.

Terima kasih saya ucapkan kepada Abg. Lutfi yang telah mengirimkan gambar kenangan tersebut.

Jadual .....

Jadual peperiksaan Lisan (Al-Quran &Ta'ayin Nahu & Balaghah )

Jadual peperiksaan bertulis (tahriri)



Untuk melihat Ketetapan Universiti Al-Azhar ....klik sini


  • Peperiksaan di semua Kuliah Pengajian Islam sesi 2008/2009 akan bermula pada 16 Mei 2009.

  • Peperiksaan Tasfiah sesi 2008/2009 pada 5 September 2009.

  • Pengajian Semester Baru sesi 2009/2010 bermula pada 1 Oktober 2009.



Selamat Mengahadapi Peperiksan Semester Akhir sesi 2008/2009....

Sibuk...

Jadual peperiksaan Kuliah Bahasa Arab.....

Jadual periksa Kuliah Syariah....


Sekitar kawasan Kuliah Usuluddin....

Kedai Photostat diserbu...nak photostat nota, jangan photostat yang lain daah...



Jumaat, 1 Mei 2009

Minggu - minggu terakhir,...

Bersama Dr. Abdullah, penyarah subjek Sorf....




Kenangan Dr. Ahmad Abd. Tawab, pendidik subjek Fiqh Lughah...

Di hadapan pintu utama Kuliah bahasa Arab, Kaherah....

Di dalam dewan Kuliah Lughah Arabiah, Syu'bah Ammah

Kuliah subjek Balaghah ( Bukhyatul Idhodh) brsama Dr. Nazih....

Dr. Muhammad Abu Musa, pensyarah balaghah ( Dalail I'jaz)....


Dr. Muhammad Said, penyarah subjek Nahu & Sorf...



Majlis Ramah Mesra...

Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian tinggi Malaysia.



Majlis Ramah Mesra Bersama Rombongan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Tarikh : 4 April 2009 (Isnin).
Masa : 8 malam. \
Lokasi : Dewan Malaysia Abasiyyah, Kaherah.

A


Aturcara.


Ketibaan Pimpinan Persatuan Mahasiswa Mesir.
Ketibaan Tetamu Kehormat.
Jamuan Makan.
Sesi Dialog bersama Dato' Ketua Setiausaha kementerian.

* Antara yang dijemput adalah Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN).

Walaupun majlis ini di ambang peperiksaan.Diharapkan pimpinan mahasiswa dapat memberi cadangan yang memfokuskan kebajikan & akademik pengajianuntuk kebaikan semua.

Madad Ya Saidina Hussain...

Suasana di dalam Makam Saidina Hussaien R.A...


Sheikh Amin Dishnawi...Antara jemputan yang membacakan Madaih Nabawiyah...

Antara jemputan yang hadir....

Syed Hamzah diapit oleh ayahnya & Bang Din...

Mulukhiah, kusah, A'das, Daging rebus, nasi aishh anatara hidangan yang disediakan...



Alunan madih

Ustaz Mukhlis turut dijemput untuk membacakan ayat suci Al-Quran..

Khitobah Diniah...menelusuri sirah Saidina Hussain & kelebihan berada di dalam Majlis Zikr..

Satu kebiasan..kedai manisan (halawiyat) menjadi tumpuan....

Antara kain rentang yang terdapat di sekitar majlis tersebut.


Biasalah gelagat orang Masir tika berhadapan denan kamera..

Bersama sahabat Malaysia & Aswan..

Saat di pagi terakhir Sambutan Maulid saidina Hussaien...



Di pertengahan bulan Rabiul Thani yang lalu sempat saya berkunjung ke Sambutan Maulid Saidina Hussain R.A.Masyarakat di sini amat memulikan para ahli bait Rasullullah S.A.W.