Jumaat, 7 November 2008

Seminggu berlalu..

Bersama Dr. Rosni sebelum beliau berangkat pulang ke Malaysia...
Kelihatan Pak Long Zainal Asri sedang berucap...



Buat pelawat menggunakan panggilan (Guest & bkn exco) sudah seminggu beralu, papan kekunci tidak disentuh untuk menaip entri.Entah mengapa selepas peristiwa Sabtu lalu semangat tetiba sahaja terumbang-ambing.Tambahan pula selsema berkunjung tiba setelah beberapa bulan ia bermusafir entah ke mana.Kali ini kembalinya bersempena berlambuhnya bahtera musim sejuk ke perlembahan ini.Mungkin peristiwa Sabtu membawa hikmah.Ke kuliah pun tidak ketika selsema bertandang cuma sempat ke Kedutaan Malaysia di Mohandesin pada Isnin lalu untuk urusan peribadi & mahasiswa baru.

Itulah kami dalam melaksanakan tugas kebajikan mahasiswa bukan kerana elaun, tuntutan kewangan, saguhati, gaji.Tetapi ianya sudah tanggung-jawab sosial yang patut diberikan ketika mana tibanya rombongan mahasiswa baru ke perlembahan ini.

Pada Khamis lalu, setelah kebah daripada demam saya meneruskan rutin mingguan bersama Sheikh cumanya kali ini terlewat (jam 9.30pagi).Selalunya saya akan sampai sekitar jam 8.30 pagi.Seusai pengajian talaqqi terus ke kuliah Tarikh Adab yang diajar oleh Dr. Mahmud Lasyin.Lepas itu berusan di Syuun tahun 2 untuk urusan Surat Wakil Pelajar untuk urusan mencabut sijil asal STAM untuk seorang sahabat saya di Malaysia.Rupanya surat tersebut mestilah dicop di Pejabat Urusan Bahagian Luar Negara Mesir berdekatan dengan DMAK.Inilah pertama kali saya berurusan.

Sesampai di sana pegawai berkenaan menolak permohonan berkenaan kerana surat itu dicop oleh Atase Pendidikan JPMK.Sepatutnya ianya dicop oleh Kanselor Kedutaan Besar Malaysia Kaherah.Sebagai pengajaran, nampaknya Ahad ini sekali lagi saya ke kedutaan.Belum selesai lagi urusan itu, saya terus ke Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah (DMAK) untuk mengambil Resit Pembayaran Yuran Permohonan Pelajar Baru & terjemahan Surat Pengesahan Pengajian Tahun 4.

Sesi petang selepas Asar program bersama Dr. Rosni B. Samah, Dekan Fakulti Pengajian Bahasa Utama (USIM).Program di Rumah Kedah Hayyu Sabieq (lama) berkenaan berkisar tentang pengalaman beliau ketika menuntut di Mesir, cara penyediaan kertas kerja peringkat sarjana & penerangan ringkas tentang temuduga kerja.

Sesi malam pula selepas maghrib saya bertolak pula ke Rumah Kedah Baru Hayyu Sabieq untuk Majlis Ramah Mesra Bersama Al-Fadhil Pak Long Zainul Asri seorang murabbi merangkap penyarah di KIDU, Kedah.Maklumlah sudah 10 tahun tidak berjumpa beliau.Kali terakhir bersama beliau tatkala program kuliah subuh di Al-Madrasah Al-Alawiyah Ad-Diniah, Arau, Perlis.Ketika itu saya baru menjangkau umur 13 tahun di Tingkatan Peralihan.Segala amanat beliau akan saya cuba laksanakan sebaik mungkin khususnya dalam proses menuntut ilmu.

Apa pun terima kasih kepada Guest & bkn exco kerana mengambil berat tentang penambahan entri baru dalam Monolog Jiwa ini.Terharu & terkesima dibuatnya.Rupanya blog ini ada peminat setia.Saya insan biasa yang hanya mempunyai sedikit kelebihan dan banyak lagi kekurangan yang perlu saya tampung dan perbaiki demi untuk masa depan yang sememangnya akan kita tempuhi.


Tiada ulasan: