Jumaat, 26 Disember 2008

Tiba-tiba engkau hadir...

Detik berlalu menanti hari peperiksaan semester 1 sesi ini.Bagi Kuliah bahasa Arab tahun 4 kami hanya tinggal satu kuliah sahaja lagi dengan Dr. Abdullah Husaini Al- Hilali (Naib Rektor Universiti Al-Azhar, Bahagian Sarjana & Penyelidikan) pada hari Sabtu ini.Baki subjek yang lain sudah selesai pada minggu lepas.Alhamdulillah, segala usaha ke arah kejayaan kian digarap sehari demi sehari.Kekadang terlelap seketika dek kepenatan.Apa pun ketibaannya dinanti-nanti oleh semua mahasiswa di sini.

Bermula 2 bulan yang lalu program mega bagi kesemua persatuan mahasiswa ditangguhkan seketika.Bagi memberi tumpuan kepada persediaan peperiksaan yang bakal tiba.Pelbagai aktiviti seperti perbincangan berkumpulan, mengumpul & menyemak nota serta silibus pengkuliahan, kelas tutorial, qiamullail, solat sunat hifzi dan sebagainya sudah sampai ke klimaksnya tika ini.Cumanya terpulanglah pada diri ini untuk membuat yang terbaik dalam hidup setelah diberi peluang pada kali kedua.

Tambahan pula sekarang pula musim sejuk, musim penuaian strawberi baru bermula menandakan sudah di tahap kesejukan terasa.Kelmarin baru sahaja ribut pasir melewati Kota Kaherah.Itulah dugaan & cubaan ketika saat peperiksaan di kala musim dingin.

Buat masa ini semua sudah lengkap baik nota, silibus subjek, perbincangan bersama sahabat sekuliah & keperluan ke arah itu .Cumanya menanti hari untuknya.Tiba-tiba kau hadir kemudian engkau datang.Kehadiranmu cuma seketika.Tetapi memberi impak yang bermakna buat hidup ini.Bersedia atau tidak, ia pasti hadir tanpa dipinta.Semoga kali ini membawa kebaikan untuk semua.

Tiada ulasan: