Himpunan Sejuta Umat membantah kekejaman Rejim Zionis dihadapan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur yang akan diadakan pada 23 Januari 2009 diganti dengan ceramah berkaitan isu Palestin.Perkara ini berdasarkan perkembangan terbaru mengenai gencatan senjata seterusnya bukti kemenangan pihak Pejuang Palestin yang diketuai Kerajaan Hamas di Genting Gaza.
Di Malaysia kita terdengar bunyi-bunyi cadangan maupun tindakan pemboikotan barangan berjenama dari Amerika apatah lagi dari Israel.Tetiba sahaja negara dikejutkan dengan penganjuran Konsert syarikat telekomunikasi tempatan, Celcom (M) Berhad bertempat di Stadiun Bukit Jalil.Maknanya konsert ini akan berlansung pada Jumaat malam Sabtu yang pada keesokan harinya 14 Februari adalah Sambuatan Haram Valentine yang dimomokkan oleh barat bahawa hari untuk berkasih sayang.Jika di negeri Perak akan berlangsung Sambutan Jubli Perak Pemerintahan KDYMM Tuanku Sultan Perak Darul Ridzwan.
Secara peribadi, saya tegaskan bahawa adakah pihak penganjur tidak memikirkan tentang senstiviti rakyat yang majoriti beragama Islam & pelbagai kaum tidak dapat dinafikan bahawa mereka juga cintakan keamanan & kemanusiaan.Jadi apa objektifnya pihak penganjur menjemput artis barat yang namanya Robyn Rihanna Fenty merupakan artis kelahiran Kepulauan Barbados yang menempah nama di Amerika Syarikat.Si Mek ni berkecimpung dalam genre R&B, Pop,Pop-Rock, dance dan reggae sering membawakan aksi yang menghairahkan dalam penyampaian lagu-lagunya disamping mengenakan pakaian ketat dan seksi.
Aspek budaya.
Kita ada adab budaya ketimuran tersendiri. Jadinya kenapa kita perlu bangga dengan budaya barat.Adakah budaya ketimuran kita kolot? Adakah budaya akhlak Islam kita ceroi?Kalian ada jawapannya.Sepatutnya kita perlu mengkormersialkan budaya sendiri.Bukannya menumpang bangga dengan entah apa budaya songsang yang dibawa oleh rejim barat.
Aspek hiburan.
Negara kita bercambah artis yang berkaliber, merdu-mersik suaranya, lincah di atas pentas, gaya bersahaja, kos pembayaran juga berpatutan.Adakah artis kita tidak berkaliber sehinggakan pihak penganjur sanggup menjemput artis dari negara uncle Sem?Itu tidak lagi genre pop, hip hop, pop rock, irama melayu, nasyid masa kini.Kenapa mereka tidak dijemput atau ditaja.Paling kurang untuk membuat "Konsert Untukmu Gaza" untuk menggerakkan kutipan dana buat mangsa kekejaman rejim Zionis.Ini juga menunjukkan simpati kita buat mereka.Memanggil mek ini masuk ke Malaysia umpama mengiktiraf & mengagung-agungkan artis barat dari mengiktiraf kebolehan artis tempatan.Sedangkan Gaza diserang selama 23 hari.
Jangan cuba memperbodohkan masyarakat dengan hari ini kata boikot keluaran Amerika tetapi bulan depan pihak ini yang dari sekarang beria-ria berkempen di merata kaca TV, surat khabar, khidmat pesanan ringkas .Sepatutnya Syarikat Celcom juga perlu menjaga sensitiviti pelanggannya yang beragama Islam dan bukan Islam yang semuanya membenci peperangan dan sukakan keamanan sejagat.Inilah jadinya apabila luka belum pun sembuh diperah pula asam limau.Kan ianya bertambah sakit & ngilu.
Aspek ekonomi.
Dengan menjemput artis negara luar seperti dari Amerika maka akan berlaku pengaliran wang negara ke ke negara luar.Sedangkan ramai lagi artis tempatan yang boleh menjayakan konsert ini.Disamping dapat menambah sumber pendatan mereka seterusnya mengangkat martabat artis tempatan di persada seni.
Aspek moral.
Nama pun artis barat, semestinya mereka akan sajikan dengan gaya mereka.Mana ada artis barat bergaya positif dari aspek pemakaian, pergaulan, tatacara kehidupan.Aspek ini tidak diambil kira oleh golongan ini.Yang penting bagi mereka pitih, berhibur, untung, material kebendaan duniawi dan sebagainya.
Cadangan saya, masa masih berbaki, esok masih ada, jadi pihak penganjur & penaja pertimbanglah sebaik mungkin akan penganjuran konsert ini.Masih ada cara alternatif untuk menukarnya dengan konsert yang ada nilai moral yang penuh dengan adab ketimuran.Adakah kalian tidak mengambil pengajaran daripada risiko masa lalu bagaimana bantah keras rakyat ke atas konsert Mak Cik Inul, Meah Avril?
Kepada siapakah kita akan persalahkan jika generasi masa kini hanyut dek terumbang-ambing dengan kehidupan gaya bebas ala barat.Sedangkan generasi ini bakal memimpin negara.
Kita tidak tolak seni suara apatah lagi muzik itu sendiri.Kerana ianya ada nilai seni, budaya & moral sekira penggiat seni itu menjaga etika.Cuma semuanya ada had, ukuran, sempadan, etika, prosedur yang patut diikuti.Bagi saya sudah sampai masanya pihak berwajib mengguna pakai cadanangan JAKIM tentang Tatacara / Kod Etika Hiburan yang pernah dicadangkan sebelum ini kepada pihak Kerajaan Memerintah.Kerana masa kini rakyat sudah dapat berfikir mana yang terbaik dalam kehidupan buat bekalan menuju alam abadi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan