Isnin, 9 Februari 2009

Krisis Perlembagaan Negeri Perak...

Sebagai seorang mahasiswa saya katakan diri ini bebas membuat telahan, andaian, komentar prinsip tentang politik sesebuah kumpulan, persatuan, negeri maupun negara mengikut pengkajian, analisa, pembacaan, analogi yang berkaitan.

Dalam konteks iklim politik Negeri Perak, secara peribadi marilalah kita menghayati firman Allah iaitu

قل اللهم مالك الملك تؤتي الملك من تشاء و تنزع الملك ممن تشاء و تعز من تشاء و تذل من تشاء بيدك الخير

إنك على كل شئ قدير

Katakanlah : Ya Allah Ya Tuhan..... Raja yang memiliki Kerajaan ( di dunia dan di langit ) Kau mengurniakan kerajaan kepada siapa yang Kau kehendaki dan Kau menyentapnya dari siapa yang Kau kehendaki dan Kau muliakan sesiapa yang Kau kehendaki dan Kau menghina sesiapa yang Kau kehendaki . di dalam genggamanMu segala Kebaikan sesungguhnya Kau Maha Berkuasa di atas segala suatu .


Cumanya mungkin berkaitan dengan prosedur & teknikal duniawi yang perlu dirujuk pada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.Apa pun pihak yang terlibat usah baling batu sembunyi tangan manakala mangsa yang kepalanya terkena batu mereka daripada golongan rakyat bawahan pula usah terperangkap dengan dakyah songsang tersebut.Sebagai contoh menyanggah Payung Negeri dengan kritikan yang penuh emosi.Segala tindakan mestilah secara profesianal mengikut lunas-lunas perlembagaan.Kita ada adab & tata susila biarlah monyet, kera, beruk, lotong di Hutan Simpan Lenggong sahaja yang bergayut keriangan tatkala memperolehi 2/3 daripada seikat pisang buruk.Tetapi bukan kalian kerana sebagai manusia kita ada tempat mengadu.

Usahlah dek kerana kemarahan yang berkiblatkan emosi hawa nafsu-nafsi kalian sanggup memaki hamun Paduka Seri Tuanku Sultan negeri kalian.Usah terpedaya dengan omongan mereka yang cuba menyeret institusi beraja ke lembah politik yang penuh caca-merba.

Biarlah mereka rakus merampas kuasa mungkin ini giliran Sang Harimau Tua yang kemaruk kuasa.Tetapi usah kalian bermuram durja kerana kalian sudah buat yang terbaik dalam 10 bulan 27 hari semasa hayat dikandung kuasa.Ini mungkin satu hikmah yang penuh makna buat semua sang penguasa.Usah lalai bila di tahkta peterana keran tatkala jatuh kelak kita bisa meroyan dek kerananya.

Inilah perangcangan rapi tatkala Baginda Paduka Seri Tuanku Sultan Perak menyambut Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan baginda maka rancangan ini diusahakan sebaik mungkin.Itulah mereka.Bagi mereka yang penting adalah kuasa.

Sekali lagi saya tegaskan bahawa Allah jua Pemerintah yang Maha Abadi lagi Maha Adil.Biarlah di Dunia kita ditipu & dikhianati dan sengsara akibatnya.Tetapi kita hidup dengan berprinsip & mati kita juga dengan penuh penghormatan daripada Allah.Biarlah sekali sahaja kita ditipu tetapi bukan untuk kedua kalinya.Kerana di sana ada masa untuk bangunkan semula segala strategik dan sesi muhasabah untuk penggal yang akan datang.

Tiada ulasan: