Siapa dapat bayangkan...dengan satu kalimah sahaja kekadang boleh membuat jiwa memberontak, tekanan dek stress, memendam rasa malu, kecewa bercampur pilu.Itulah asam garam kehidupan.Tidak semua yang kita impikan akan menjadi realiti.Tidak semua yang kita idamkan akan menjelma.Tidak semua yang kita hajati akan dipenuhi.Tidak semua yang kita nantikan akan muncul.Usah ditunggu bulan jatuh ke riba kerana sehingga kiamat ianya tidak akan berlaku.Kerana semua itu sudah suratan ada hikmah di sebalik yang berlaku.Ada rahsia di sebalik yang tersurat maupun tersirat.
Tatkala imtihan semakin dekat, ada saja cabaran & ujian yang muncul.Biasalah manusia kalau tidak diduga maka kita sentiasa alpa & leka.Mana mungkin untuk mendapat laluan mudah untuk menjadi Calon Ahli Syurga kalau tiada usaha ke arah itu.Usah bicara berkaitan kecemerlangan kalau culas untuk meneroka maupun menghadam ilmu.Apatah lagi sekarang masa amat suntuk & zon selesa sudah berlalu.
Pesan ibu"Buat yang terbaik untuk kali ini.Jangan fikir tentang masalah, biarlah ianya berlalu, yang penting tumpukan perhatian di saat akhir".Kerana dia adalah seorang wanita yang bersifat keibuan yang mahu melihat anak yang dilahirkan berjaya di dunia & akhirat.
Ibulah tempat mengadu di waktu susah & senang.Sebagai anak kita adalah ubat (tempat berharap) tetapi kalau silap langkah mungkin menjadi racun (نعوذبالله من غضب الله).
Yang berlalu jadikan pengalaman atau lembaran sejarah.Oleh kerana ianya tidak akan berulang.Masa terus meluncur ke hadapan.Adakah kita begitu?Terlepas makro bas (van) ke *Ramsis mungkin ada van atau bas lain.Tetapi kalau terlajak kata, bisanya hanya hati yang dapat berbicara.Soal hati & perasaan sukar untuk diungkap oleh kata bicara.
Malas untuk memikir tentang itu, menjadi phobia & gelisah.Sekarang bukan masanya.Waktu semakin desak ke arah peperiksaan yang kian menjelma.Masa tidak bertangguh dari hari ke sehari.Apakah persediaan kita ke arah itu?
Fikirlah sebagai manusia yang waras.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan