Jumaat, 15 Mei 2009

Mei bulan saya...


Al-hamdulillah Mei menjelma lagi...esok peperiksaan akhir semester akan bermula.1o Mei adalah sambutan Hari Ibu.16 Mei pula Hari Guru.Bagi saya sambutan ini mungkin satu simbolik sahaja selagi mana tidak menngugat akidah.Ianya dibenarkan.Akhir bulan ini pula adalah amat istimewa bagi diri ini.

Apa pun setiap tahun ia datang, cumanya dari alam bayi ke dunia kanak-kanak berpidah ke peringkat remaja beralih pula ke alam dewasa.Jika dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki ada jodoh berubah ke alam rumah tangga & kerjaya.seterusnya jika dipanjangkan umur terus ke alam warga emas.Cumanya bermula dari sekarang segala perangcangan perlu diisikan demi masa depan.

Diri ini kian membesar.Apakah bekalan ke alam baqa' cukup.oooo bermenung panjang memikirkan tentangnya.Sebagai manusia kita kekadang terlupa memikirkan tentangnya.

Semoga Allah mempermudahkan saya untuk mentaati perintahNya & meninggalkan segala larangNya.Amin

Tiada ulasan: