Isnin, 4 Mei 2009

Ribut Pasiaq...


Tinjauan dari arah atas banggunan Rumah Perlis Kaherah...

Bermula hari Jumaat lagi Kota Kaherah beriklimkan mendung & redup saja.Rupa-rupa ribut pasir berkunjung bermula kelmarin & hari ini 9 jamadil Awwal - 4 Mei.Satu kebiasaan pada musim panas di sini.Kekadang sebulan sampai 2 atau 3 kali terjadi.

Bermula pada 20 April lalu musim bunga (Eid Robi') & pada 24 April (jumaat) jam bertukar masa iaitu awal sejam dari kebiasaan musim sejuk.Bermakna masa di Mesir lewat 5 jam dari detik masa di Malaysia.Berbanding lewat 6 jam pada musim sejuk.Sekarang musim panas telah menjengah.Maknanya siangnya panjang dari malam.Berbeza pada musim sejuk malam lebih panjang.

Di akhir musim sejuk juga putik-putik bebunga tamar semakin berkembang.Pada awal bulan Ramadhan hasilnya akan dituai.Banyak lagi buah-buah di musim panas.Seperti aprikot, anggur, buah kaktus & sebagainya.

Tiada ulasan: