Ahad, 6 September 2009

GenaP 2 tahun.....


Kedua-dua gambar di atas melakarkan segala-galanya tatkala 2 insan yang disayangi telah pergi buat selama-lamanya.Apa boleh saya katakan tiada siapa boleh melawan takdir Tuan punya Dunia.




Saya tidak pasti apakah yang direnung jauh oleh almarhumah nenda (kiri sekali).

6 September 2007 -2009 genaplah 2 tahun aku berada di Bumi yang mulia lagi barakah ini.Ada orang kata Mesir ini semua ada, kalau kita berniat apa yang kita hajati dengan penuh keazaman & kesungguhan maka kita pasti akan dapat apa yang kita impikan.Baik daripada perkara baik khususnya menuntut ilmu atau pun sebaliknya.

Jadinya kini sudah 2 tahun aku menetap di sini ada banyak pengalaman pahit manis semasa keberadaanku.Bermula dengan ketibaan yang disambut Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK) sehinggalah sekarang menginap di Kediaman Rumah Pelajar Perlis Hayyu Sabieq.Bermula mengenali Sheikh ku Sheikh Abd Azim B. Sya'aban tika di saat majlis pengkebumian Al-Marhum Zaid pada akhir syawal 1428 sehinggalah sekarang.

Masih banyak lagi pengalaman yang perlu ditelesuri & di terokai.Baik ilmu yang berkaitan kemasyarakatan & akademik kemahasiswaan.Itulah aku.Hidup biar berkhidmat untuk umat.Kita menpunyai cara & gaya berbeza.Pun begitu tujuan & matlamat adalah sama.

Hampir sebulan lebih keputusan sudah keluar, 2 minggu membawa citra lara mengadap Sang Pecipta.tatkala itu hanya ibu & beberapa kerat teman tempat meluah perasaan.Al-hamdulillah akhirnya "kalam wahid" ibu menjadi galang pengganti membakar semangat.Kerana hanya sanya dia sahaja memahai diri ini.Banyak jua perancangan yang tergendala akibat daripada peristiwa yang 2 kali aku terpaksa tempuhi.Pun begitu semuanya tersirat hikmah.Kita tidak dapat menyukat apatah lagi menilai segala ketentuan dari langit melainkan kita merenung & memikir sejenak kenapa ianya terjadi & berlaku sedemikian rupa.


Tiada ulasan: