Hari ini sempat pergi ziarah sahabat yang akan pulang ke Malaysia; Che Li, Abd. Hadi Awang, Abang Yob & Che Mi.Hari ini juga Mesyuarat Agung Keluarga Pelajar-Pelajar Perlis (KPP) disamping perlu menghadiri Majlis Iftor Perdana Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK), Malamnya Majlis Anugerah besempena (MAT kali 34 KPP).
Pada malam ini juga Masjid Amru dikerumuni ribuan manusia yang mahu diimami oleh Sheikh Jibrail malam 27 Ramadhan 1428 - 9 Oktober 2007 juga ibunda pengasuh saya dari kecil lagi pergi mengembara mengadap Rabbnya.Genaplah 2 tahun (kalendar Islam).Apa boleh buat.Kita insan yang lemah tidak mampu menangguhkan janji Allah pada hambanya.Yang pergi akan sentiasa dikenang.Yang masih hidup pasti akan kembali.Tetapi selagi hayat dikandung jasad maka berdolah agar kita sentiasa mendapat rahmat & petunjuk daripada Allah.
Tatkala Ramdhan hampir pergi.Tatkala itulah akan mengalir kesedihan ahli makrifatullah, al-Arif billah, para Ulama' & sekian makhluk yang taat padaNYA.
Semoga Allah merahmati roh Mak Ngah.....Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan