Selasa, 19 Ogos 2008

Petua...Satu nilai tambah


Saya sempat menghubungi kakak ipar saya (kak Ita) yang sekarang sedang berada di Wad Kenanga 11 Hospital Sultan Abdul halim Mua'azam Shah, Sg. Petani, Kedah.Kak ipar saya itu sedang menunggu saat kelahiran orang baru yang dijangka dilahirkan pada 24 Sya'aban 1429 - 25 Ogos 2008 (Isnin) depan.

Saya amat gembira sekali apabila mengetahui berita ini dari mak pada minggu lepas.Ini kali kedua saya bergelar (apak) gelaran pak saudara bagi orang negeri sembilan.Bukan apak tapi Pak Su.Walaupun kak ipar saya sedang berehat di wad menantikan saat "penantian yang penuh harapan".Saya sempat bertanya khabar, alhamdulillah semua ok.Sambil berseleroh saya katakan padanya" nak bagi petua pa ya kat kak, saya bukan suami lagi, xdak pengalaman beristeri".Kakak ipar saya ketawa tanda kelakar.Teringat akan pesanan ustaz saya mengenai petua untuk memudahkan proses kelahiran terus saya ungkapkan seperti berikut;

  • Apa pun si isteri khususnya mestilah memohon maaf kepada kedua ibu-bapa dan mertua atas kesalahan yang sengaja atau tidak.
  • Banyakkan selawat ke atas Junjungan Nabi Saidina Muhammad s.a.w.
  • Baca surah As-Sharh (Alam Nashroh).
  • Disunatkan ketika berlakunya proses kelahiran membaca Ayat Kursi & ayat 54 Surah Al-A'raf, Surah Al-Falaq & An-Nas.
  • Digalakkan agar membaca doa Al-Kabi seperti berikut;
  • لا إله إلا الله العظيم الحليم , لاإله إلا الله رب السماوات السبع ورب العرش العظيم
Yang bermaksud; Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Agung dan Maha Penyantun, Tiada Tuhan melainkan Allah Tuahan kepada 'Arasy yang hebat, tiada Tuhan melainkan Allah Tuhan pemilik langit yang tujuh & pemilik 'Arasy yang mulia.

Tujuan semua amalan ini tidak lain dan tidak bukan satu pengharapan kepada Allah agar memelihara si ibu & bayinya disamping dipermudahkan untuk proses kelahiran.

Itulah sedikit sebanyak yang dapat dikongsikan bersama untuk suami & isteri yang bakal menimang cahaya mata atau bakal suami isteri.

Memang ada suara berbunyi," takpa la,sekarang bermadu asmara dulu, nanti bila dah kahwin baru kita tanya orang".

Saya memang tidak bersetuju dengan suara begitu.Sekurang-kurangnya kita sudah ada perancangan masa depan ke arah itu.Tidak rugi kalau kita mula mengambil tahu tentangnya.Kerana pengalaman itu mengajar erti kehidupan.Dengan ini dapat dijadikan nilai tambah untuk diri kita.Fikir-fikirlah tentang masa depan.Selamat mencuba petua yang tak seberapa ini.

Perubahan Ke Arah Kebaikan.

Tiada ulasan: