Selasa, 12 Ogos 2008

Syabas buat Mahasiswa UiTM....


Kelmarin bersamaan 10 Syaaban, kebangkitan mahasiswa ala tahun 70 / 80 an kembali bergema di sekitar Dataran Shah Alam terus ke Banggunan SUK Selangor yang menempatkan Pejabat YAB Tan Sri MB Selangor.Kenapa jadi demontrasi aman 5RIBU mahasiswa berarak ke Pejabat MB?Analoginya mudah, saya katakan bahawa apabila orang politik mengeluarkan kenyataan tentang apa sahaja, semestinya ianya berbaur politik.

Saya masih teringat lagi di zaman selepas pilihanraya kali ke 10 pada tahun 1999, disebabkan banyak kerusi parti pemerintah dari pihak UMNO sedikit berbanding parti kompenan yang lain seperti MCA, MIC & sebagainya.UMNO tetap mengetuai BN.Tetapi harus diingatkan bahawa nilai hak melayu itu sendiri kian terhakis sebagai contoh PM ketika itu Tun Mahathir membenarkan 10 % kuota bukan bumiputera untuk memasuki MRSM, tertubuhnya UTAR yang telah lama diperjuangkan oleh MCA, yang mana dijanjikan kemasukan pelajarnya pelbagai kaum.Tetapi sehingga sekarang boleh dikira berapa orangkah pelajar melayu.Ada juga suara yang ingin membuka kuota kemasukan bukan bumiputera ke dalam UiTM golongan tertentu.

Tetapi yang saya hairan kenapa zaman itu tiada demontrasi aman terhadap syor kuota 10% tehadap kemasukan pelajar ke MRSM & UiTM?Adakah di zaman itu kepimpinan negara dianggap kukuh & mantap sehinggakan rakyat tetap memberikan kepercayaan pada mamanda PM?Adakah sekarang akibat kerajaan kian tumbang atau lemah oleh kerana banyak lena, menyebabkan cadangan ini dibangkitkan semula?Sendiri fikir sendiri jawab.

Bagi saya, pendapat MB Selangor itu ada baiknya, tetapi ingin saya tegaskan bahawa sekiranya mahasiswa ingin persaingan & cabaran yang mantap banyak lagi IPTA awam yang bercampur antara kaum.Kenapa perlu disebut UiTM?Yalah kita sedia maklum bahawa UiTM diperuntukkan dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dalam menubuhkan institusi pendidikan bagi kaum bumiputera.Wahai ahli politik!Adakah kalian lupa bahawa perkara yang berkaitan kontrak sosial ianya tidak boleh dicabar walaupun diusulkan untuk dimansuhkan dan disokong oleh majoriti ahli parlimen?Perkara 153 ini adalah sebahagian daripadanya.Maka ianya peruntukan undang-undang yang mutlak.

Dari aspek politik kita dapat lihat bahawa, biasalah.Bila hampir pilihanraya kecil P44 Permatang Pauh dalam beberapa jam lagi waktu penamaan calon.Ada saja puak yang cuba mengocak isu perkauman.Jika dilihat dari peratusan pengundi Melayu sebanyak 68.5 % iaitu seramai 40,039 daripada 58,449 orang keseluruhan pengundi.Ini mungkin satu bonus durian runtuh buat parti pemerintah.Tetapi awas buat ahli politik baik dari parti kerajaan atau oposisi, sebelum membuat sesuatu kenyataan media, anda mestilah berfikir adakah ianya risiko atau membawa kebaikan untuk hayat politik kalian.Harus diingatkan bahawa YAB MB selangor hanya memberi cadangan lisan, ianya bukan keputusan mesyuarat Exco Kerajaan Selangor.Walaupun ianya keputusan sekali pun, ianya bukan hak YAB MB Selangor hatta PM sendiri tiada hak.Selepas ini pihak ahli politik kerajaan atau pembangkang kenalah berhati-hati dalam membuat kenyataan.Walaupun baru cadangan lisan tetapi ianya sudah mendapat respon mahasiswa.Hidup mahasiswa.

Ikhlas saya katakan bahawa semasa parti pemerintah menang besar pada PRU 11 2004 kenapa isu ketuanan Melayu tidak dimomokkan.Kenapa nasib kaum Melayu Pulau Pinang, nasib penduduk Kg. Bujal Terengganu, nasib penduduk Kg. Berembang ntah apa lagi nasib tidak dititik beratkan.Semasa kalian berkuasa, kalian terlupa pada kami rakyat miskin.Tetapi apabila kalian jatuh ditikam keris yang kalian bangga.Barulah sibuk nak hidupkan isu perkauman, main wayang kulit kononya, nak tubuh entah apa lagi NGO Melayu.Ingatkah kalian sebelum PRU yang lalu kalian momokkan bahawa Demontrasi adalah haram, bukan budaya kita.Tetapi nah, Allah Maha Kuasa..kalian juga yang menghasut warga tua untuk melakukan demontrasi di hadapan Komtar.Rasakan bial jadi pembangkang baru tahu macam mana.

Dari segi politik kemahasiswaan, satu lembaran baru telah dibuat gerakan mahasiswa terhadap haknya yang selama ini dikekangkan dengan peraturan AUKU yang menyekat pergerakan kita.Kalau kelmarin mahasiswa UiTM Shah Alam sudah mula berani menunjukkan taringnya, sepatutnya ianya akan menjadi pembakar semangat, ikutan, titik permulaan untuk mahasiswa IPTA/S lain untuk bersama menggerakkan idealisme ini berteraskan kebebasan bersuara berpaksikan perlembagaan negara.

Bagi saya, selepas ini jika ada sebarang perhimpunan AMAN yang melibatkan mahasiswa hatta di hadapan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Pejabat PM atau di Parlimen Malaysia atau di mana-mana pejabat MB di setiap negeri.Diharapkan para mahasiswa UiTM akan bersama dengan mahasiswa lain dalam memperjuangkan masalah mahasiswa seperti PTPTN, celik Al-Quran, Penghapusan Tulisan Jawi secara halus,isu kenaikan harga barang, salah laku pentadbir Universiti, IFC, rasuah atau sebagainya.Itu pun setelah perbincangan yang telah dilakukan dengan pihak terlibat menemui jalan buntu.Perhimpunan AMAN adalah jalan terakhir bagi menunjukkan pendirian mahasiswa peduli.

Sekali lagi tahniah buat MPP UiTM, HEP UiTM, Pihak Pentadbiran UiTM & khasnya buat Naib Cancelor UiTM yang diketahui keUMNOanya.Apa pun tindakan kalian seolah-olah telah mengiktiraf pindaan AUKU yang telah diluluskan di parlimen tempoh hari.Walaupun kalian masih lagi memakai Akta 174.Disamping kalian telah menyatakan hak bersuara di hadapan pihak pemerintah.Kalian usah takut dan fobia dengan cadangan berkenaan.Kerana PM sendiri dah maklumkan setiap pengambilan pelajar adalah hal institusi berkenaan (UiTM), mereka yang tentukan dasar.Ahli politik tiada hak.Lepas ni putih mata la MCA & Gerakan.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Warga UiTM Prai kenal sangat VC ini. Sesiapa yg pernah sholat Jumaat di masjid berdekatan yg agak pro-Pas akan dipanggil menghadap.

Tayarman