Rabu, 20 Ogos 2008

Sudah setahun lebih....





9 September ini genaplah setahun saya di Mesir, pun begitu saya teringatkan umur Mohd Alif B. Anwar yang juga hampir setahun 2 bulan.Semasa mencari pengalaman kerja di Bahagian Hal Ehwal Akademik KUiN, sempat saya berkunjung ke Kuala Lumpur pada 26 Julai 2007 di atas jemputan Almarhunah Mak Ngah saya.Sebelum saya ke sana, saya pohon kebenaran mak dahulu.Seusai kerja, petang itu juga saya bertolak dari Shahab Perdana menelurusi Lebuh Raya Utara-Selatan terus ke Pudu Raya.

Tujuan saya ke sana adalah untuk berziarah & melihat orang baru dalam keluarga abang Anwar & isterinya, kak Umai, anak lelaki bongsu kepada almarhumah.Sesampainya saya pada malam itu, sempat saya melihatnya.3 hari peluang bersama Almarhumah Mak Ngah & Mohd Alif saya guna sebaik mungkin.Si comel ini baru masuk sebulan lebih (lahir pada akhir Jun).Dia mudah dijaga & dibelai,tidak mudah menangis.

Di atas kesibukan tugas, pada Sabtu malam, saya terpaksa bertolak ke Alor Star.Satu lafaz yang diucapkan almarhumah tidak dapat saya lupakan tatkala saya mahu melangkah keluar, biarlah saya & dia saja yang tahu.Sekarang umur Alif menjangkau setahun 2 bulan kian membesar.Semoga Alif akan jadi anak yang soleh pada ibu & ayahnya.Tetapi almarhumah Mak Ngah saya tiada lagi.Dia bersemadi di Pusara Abadi, Kg. Chegar, Tunjang, Jitra, Kedah.Moga rohnya dirahmati Allah.


Tiada ulasan: