Mak (Mapuziah Bt. Baharom) disamping ayah Ismail Albakri B. Mohammad.
Pada mulanya kelmarin saya & akhi Othman ke Hussain membeli kain untuk dibuat galabiah (jubah) di Zaqziq Sabtu ini.Kami menaiki bas 926.Dalam keadaan berhimpit-himpit di dalam bas saya terpandang kain rentang berkaitan Ucapan Hari Ibu.
Petang tadi pula sempat saya menghantar pesanan ringkas buat mak "Slam, mak esok Hari Ibu Sdunia, D ucapkan khas bt mak, D doakan agar mak sntiasa bhagia,jgn ssah att, shat slalu,bhagia dnia akhirat, D sbgai anak bhagia jd anak mak,krn mak krbankn idup mak tk d,mga Allah mmbrkati mak&ayah srta kuarga kta dsatukan d SyurgaNya,D mnta maaf ats klemhn D kt mak..".Tidak diduga tetiba bebola jernih mengalir dari kedua bebola mata.
Terkenang pengorbanan mak, al-marhumah Mak Ngah serta tok saya.Mak adalah insan yang paling utama; melahirkan saya, memberi kasih sayang ( tak terungakp dek kata-kata).Al-marhumah Mak Ngah pula adalah pengasuh saya sehingga akhir hayat beliau.Manakala tok pula pemberi perangsang dalam meneruskan langkah kehidupan.Mereka bertiga adalah muslimah yang telah berkorban jiwa raga membentuk diri ini baik dari aspek pendidikan, akhlak, kasih sayang & sebagainya.Mereka juga yang memberi kesan dalam hidup ini.Kini hanya tinggal mak & tok.Siapa yang akan menggantikan tempat al-Marhumah Mak Ngah?Itu adalah urusan Allah yang menentukan jodoh perkahwinan.Kita hanya berdoa semoga dipermudahkan segala urusan.
Kita sedia maklum kasih anak kepada ibunya bukan hanya dizahirkan pada hari-hari tertentu sahaja.Tidak! sama sekali.Bahkan Islam telah menetapkan bahawa setiap anak mestilah membuat kebaikan kepada kedua ibu bapa baik di masa mereka hidup maupun telah kembali ke pangkuan Allah.Ingatlah jikalau tanpa mereka kita tidak akan wujud di dunia ini.Walau ibu bapa kita kaya, miskin, susah, senang, baik, garang, panas baran, tenang, apa pun sifat mereka atau sebaliknya.Mereka tetap ibu bapa kandung kita.
Ingatlah kita juga bakal menjadi seorang ayah atau ibu akan menimang cahaya mata. Setiap perbuatan ada balasannya.Sekali kita terjatuh, bangun semula!Sekali kita tersesat, kembali ke jalan yang benar!Sekali kita membuat kesilapan pada kedua-ibu bapa.Jika mereka masih hidup, mohonlah kemaafan.Jika mereka sudah tiada berdoalah kepada Allah agar roh mereka dirahmati.carilah kenalan rapat mereka untuk kita membuat bakti.Sesungguhnya Allah Maha Adil.Tatkala mati kelak maka di saat itu, kita akan ditalkinkan dengan dibin atau dibintikan dengan nama ibu.
Saya juga pernah membaca satu artikel yang menyatakan tentang jika pasangan suami isteri yang inginkan anak yang soleh solehah.Maka mereka mestilah menjaga diri mereka daripada kemaksiatan, sifat mazmumah atau sebagainya sepuluh tahun sebelum mereka berumah tangga.Kerana anak yang bakal dilahirkan kelak akan mengikuti sifat kedua ibu-bapanya sebelum maupun selepas berumah tangga.Tetapi ada juga kawan saya memberi petua jika ada pasangan yang akan atau sudah berumah tangga tetapi mereka sudah terlambat dalam meninggalkan sifat-sifat mazmumah.Mereka masih ada peluang untuk bertaubat kembali kepada Allah, melazimi membaca al-quran & sentiasa berselawat ke atas Saidina Nabi Muhammad disamping menjauhi dosa-dosa silam.
Apa pun marilah kita berdoa agar kedua ibu bapa kita diampuni dosa mereka & diberkati oleh Allah.Semoga kita juga menjadi & dikurniakan anak soleh-solehah, amin.
http://www.youtube.com/watch?v=KgkX5nsPk7k&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=vPOQ3CYkyXw&feature=related

Tiada ulasan:
Catat Ulasan