Sabtu, 21 Mac 2009

Penghkianat yang diLAKNAT...



"Pengkhianat yang diLAKNAT" ini sahaja kalimah yang saya gelarkan kepada manusia yang bertopengkan Dajjal.Apa tidaknya disebabkan kemaruk kuasa, lidah bercabang, entah berapa cabang daa..mereka cuba memprovok hubungan Istana & Mufti Negeri Perak.IAmat malang bagi mereka yang cuba menggangu gugat Sambutan Keputeraan Paduka Seri Tuanku Suktan Perak Darul Ridzuan yang akan disambut pada pertengahan bulan April ini.Inilah baling bom sembunyi tangan.Lepas itu mula buat tuduhan sana sini.Satu penghinaan terhadap KDYMM Paduka Seri Tuanku Sultan selaku Payung Negeri & Ketua Agama Islam.Biasa orang politik.Nasib baik semuanya akan berakhir setelah masuk lubang kubur.Kerana di sana kita akan di soal mulut akan dikunci.hanya anggota badan akan menjawab segal aperbuatan.Kalu tidak dengan Malaikat Munkar Nakir pun mereka akan buat provok.Itulah manusia yang bertuankan nafsu.

Poster ini disebarkan di kebanyakan tempat dalam kawasan parlimen Bukit Gantang termasuklah di kawasan masjid.Bagus betul puak-puak ini memula kerja maksiat pada hari Jumaat.Kononnya membawa berkat buat pencacai mereka.Buat masa sekarang hanya satu parti sahaja(Parti Islam SeMalaysia, PAS) yang telah membuat laporan polis di IPD Taiping dan Balai Polis Changkat Jering & menafikan secara rasmi bahawa mereka tidak terlibat.

Setakat sekarang belum terdengar pula pihak -pihak yang sebelum lantang membela Raja-Raja & institusi Mufti bangkit membuat laporan polis atau berdemontrasi HALAL Sembah Setia yang sebelum ini mereka haramkan di seluruh negara terhadap kes berkenaan.Belum ada lagi laporan dari pihak BN negeri atau PKR & DAP.

Kesimpulan, saya masih teringan pesanan seorang kawan( faizul) "besalah orang politik, depa dok cari makan belah tu'pa yang buruk/baik semua modai belaka".

Bagi saya pula tidak munasabah untuk pendokong gerakan ISLAM maupun Khilafah akan membuat provok sebegitu rupa.Kerana Pimpinan Agung Saidina Muhammad s.a.w telah meninggalkan kepada kita Quran & sunnah serta sirah yang menunjukkan bagaimana baginda berhadapan & berdakwah menyampaikan ISLAM kepada raja-raja rom seperti Hercules & sebagainya dengan penuh hikmah.

Apa pun kita nantikan siasatan polis adakah secepat kes penyiasatan Karpal & anaknya....

(tulisan ini buakan niat untuk menuduh sesiapa, tetapi apabila invidu yang profesional atau berpendidikan mereka tidak dapat menerima cara orang berpolitik ala rimba sebegini, kalau nak berpolitik usah kaitkan dengan Istana & Mufti)


Tiada ulasan: