Berilah bantuan ikut kemampuan kepada keluarga mangsa kezaliman ISA undang-undang hutan belantara mana entah yang masih ingin dikekalkan.Tinggalan sang penjajah.Adakah mereka tidak yakin dengan sistem kehakiman yang mereka cipta.Rakyat ditakutkan dengan ISA.Si ayah dipisahkan daripada anak.Si anak dikekang daripada si bapa.Si isteri kehilangan suami.Entah apa lagi yang akan hilang.kasih sayang mereka diragur sebegitu rupa.
Wahai sang pemerintah yang selalu melaung-laungkan ISLAM HADHARI berpaksikan prinsip ke 3 Pemerintah yang ADIL & BERAMANAH.Adakah kalian ADIL dalam menangkap & menghumban tertuduh itu semua ke ISA?Adakah kalian beramanah dalam mengatasi masalah ini?Apakah rasa kalian jika anak kalian sendiri dihumban ke ISA?Apakah perasaan kalian jika suami kalian dicampak ke ISA?Adakah kalian punyai perasaan?ISA ini yang meyatimkan anak-anak mereka.ISA ini menjandakan para isteri.ISA ini juga memisahkan kasih sayang.Kalau ISA boleh bercakaplah, saya kira ISA pun nak bersara daripada mengISAkan manusia tanpa tanpa bicara.
Sudah sampai masanya ISA dimansuhkan.Kerana kita sudah punyai parlimen dalam menggubal undang-undang.Kita sudah punyai mahkamah untuk melaksanakan proses undang-undang.Negara kitakan berdaulat.Sampai masanya untuk Majlis Fatwa Negara mengeluarkan fatwa mengenainya.
Pandangan perbadi saya, gunakanlah sistem undang-undang yang ada.Kalau ianya tuduhan ataupun bersalah sekali pun.Dakwalah mereka di mahkamah awam.Kenapa perlu diISAkan tanpa bicara?Tidak malukah kalian membela nasib Su Kyi kononnya tanpa pembelaan demokrasi, sanggup menghantar wakil diplomat.Tetapi rakyat sendiri diabaikan.Betul bidalan yang berbunyi " Anak sendiri ditinggalkan, tetapi kera di hutan disusukan".
Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, saya mengajak semua yang membaca entri ini agar berdoa kepada Allah agar semua kita diberi keampunan & petunjuk dariNYA.Semoga Allah memberi kekuatan pada mangsa kekejaman ISA serta ahli keluarga mereka.Semoga Allah memberi keampunan & petunjukNYA pada Pemerintah yang hanya berkuasa di muka bumi sementara sahaja.Kita insan lemah.Semua sudah kita hemoi, semua sudah kita bantah, sudah kita harapkan.Entah berapa kren memorandum yang kita hantar.Yang terakhir sekali hanya kepada Allah jualah kita persembahkan Memorandum untuk kebaikan ummah.
Hulurkanlah bantuan baik segi kewangan atau barangan kepeluan harian.Ketahuilah seringan-ringan bantuan adalah doa buat mereka.Sesungguhnya doa orang yang dizalimi tidak ada hijab di antaranya & Allah s.w.t.Maka takutilah doa mereka.Usahlah kita berdoa balads dendam kepada mereka.Cukuplah sekadar doa hidayah buat pihak yang berkuasa.Kerana itulah tanda hikmahnya kita.Hari ini kita bebas.Tapi bukan selamanya kita akan bebas.Kerana setiap kita akan pulang kepada Sang Pencipta seantero makhluk iaitu Allah s.w.t.
Ingatlah di dunia tempat kira bicara & bertolak ansur.Tetapi bukan di akhirat.Kerana di sana Tuan Maha Menghakimi akan membicara kes dengan seadil-adilnya.Peguam cara adalah para malaikat.Peguam bela kita adalah amalan kita sendiri.Manakala barisan pendakwa iaitu segala rekod catatan Roqib & Atiq.Di dunia bolehlah kita main drama.Boleh menang pelakon terbaik.Tetapi tidak di sana.Marilah kita bertaubat kepada Allah s.w.t.Bersempena dengan pertengahan Ramdhan yang dipenuhi keampunan Allah s.w.t marilah kita menginsafi segala kelemahan kita.Kita insan biasa ang mempunyai 1001 kelemahan.
Kalaulah ISA boleh bercakap.Dia pun tak kepingin dan tak hingin nak ISAkan mereka yang terlibat.
*Segala penulisan ini penulis kongsikan kesedihan bersama mangsa-mangsa ISA & keluarga mereka sebagai tanda sokongan.Ini adalah pandangan peribadi.Ianya bukan dari mana-mana pihak bukan juga berbaur politik.Tetapi ini adalah hakikat kezaliman yang perlu disedari oleh ummah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan