Rabu, 24 September 2008

Keluhan hati...

Itulah saya..bentuk fizikalnya nampak seperti gah, pandai berbicara, tidak juga, berhujah mungkin tidak, sejauh mana khidmat saya buat ummah entahlah.Praktikalnya kalian sahaja yang boleh membuat penilaian.Sebagai seorang yang junior lagi dalam gerak kerja seharian, saya lebih suka membuat analisa.Apa sahaja permohonan & permintaan orang mungkin akan saya penuhi.Kekadang tidak juga dalam bertelagah dengan rencam yang termampu.

Sikap bersahaja & (low profile) menjadi ikutan.Kerana dengan itu kita dapat mendekati segala permasalah peribadi disamping berkongsi masalah atau bertukar-tukar idea maupun pendapat.

Sukar untuk berdendam apalagi bermusuh.Bukan juga untuk mengampu atau menyokong sebarang tindakan membuta tuli.Kerana sejak dibangku sekolah menengah lagi mungkin saya terkesan maupun diasuh tentang prinsip dan pendirian.Saya katakan bahawa kita mempunyai analogi yang tersendiri dalam memberi pandangan.Tetapi tidaklah pandangan kita sehingga menidakkan pendapat orang lain.Semestinya kita meraikan semua pendapat.Tetapi bilakah pendapat kita akan diraikan?

Sikap cepat mesra juga memudahkan kita dalam menjalinkan persahabatan dan menyampaikan dakwah seharian.Selalunya pendekatan dakwah bil hal itu lebih tampak kesannya walaupun ianya dilaksanakan dalam tempoh tertentu mungkin agak panjang.Selain tidak menafikan kesan dakwah bil lisan.

Saya mungkin mudah diherdik & dikritik?Tidak juga.Kerana setiap teguran mestilah ada cara tersendiri disamping penuh hikmah.Kerana itulah uslub dakwah penting.

Apa pun yang terbaik untuk diri kita dalam mendepani masa yang kian mencabar....

"Perubahan Ke Arah Kebaikan".


Tiada ulasan: