Jumaat, 26 September 2008

Naluri kata hati...

27 Ramadhan genaplah setahun (mengikut kalender bulan Islam) kepulangan bonda angkat (penagsuhku) kepangkuan Allah yang dicintai.Di keheningan subuh yang muda di pagi 27 Ramadhan yang lalu.Pergi tidak akan kembali.Pengembaraan yang jauh dari sudut hati.Sedihnya hanya Allah yang tahu.Pilunya tidak dapat dirungkai dek lisan manusia.Apa pun sebagai seorang muslim yang bernalurikan hati & perasaan.Wajib beriman tentang perpisahan yang akan menjelma.

Alhamdulillah, kelmarin sempat saya menghubungi kak Ashikin anak almarhumah yang yang bersama-sama ibu kandung membesarkan saya.Seusai solat witir saya adakan Majlis Tahlil & Ta'bin( memperingati jasa baik) ringkas untuk almarhumah.Walaupun rasa sedih sangat.Tetapi hati terasa tenang tatkala sempat saya sediakan kuih cara & qasidah untuk juadah majlis berkenaan.walaupun pun cuma keluarga angkat.Tetapi almarhumah &keluarganya menganggap saya seperti keluarga sendiri.Bayangkan 23 tahun bersama.Cumanya beliau bukan ibu susuan.

Terkenang akannya.Itulah makanan kegemaran kami.Kalau tanya saja saya" Mat D nak makan pa, Mak Ngah nak buat".Saya jawab"Mak Ngah nak teringin nak makan kuih cara".Tu tak lagi gulai rebung rempah giling,daging goreng masam, sayur manis rebung, bubur kacang, serawa labu, nasi tomato, ketupat, pucuk putat..entah apa lagi yang sedap.Sempat belajar cara masak.Itupun bukan semua.Saya banyak terkesan dengan makanan tradisional masakan kampungnya.

Masa di Al-Maad & KUiN kalau balik rumah di Sg. Lalang saja, mesti telifon bagi tau nak balik.Nanti ada saja juadah yang almarhumah akan buat untuk saya.Itulah emak kedua saya.Apa pun saya sempat berkhidmat untuk Almarhumah Mak Ngah.Keranya penting dalam melakar sejarah hidup ini.Bukan keruan selepas tiadanya.Tetapi memang suratan takdir yang terjadi.

Sehari sebelum berangkat ke Mesir, almarhumah hadiahkan saya jam Rolex silver barangan peribadi almarhum suaminya.Saya pelik.Patutlah di lapangan terbang saya tak terungkap lafaz tuk almarumah menjaga kesihatan, kalau ada rezeki panjang umur kita berjumpa.Entah kenapa ianya terdetik di benak fikiran tetapi tidak terungkap dengan kalam.

Saya bersyukur kerana permusafiran Almarhumah tatkala 27 Ramadhan.Bersyukur juga kerana saya masih mempunyai ibu & ayah kandung yang wajib ke atas diri ini untuk berkhidmat padan sehingga ke akhir hayat mereka.Kerana syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu.Siapalah saya kalau tiada mereka.

Semoga roh Mak Ngah sejahtera di sisi Allah, semoga Mak Ngah tenang di Pusara Abadi, Kg. Chegar, Tunjang Kedah.Bersemi kasih, teringat akan senyum tawa, tangis sedih kita bersama.Terkenang tatkala 23 tahun lalu...Semoga Allah merahmati, memberi keampunan buat Mak Ngah, kabulkanlah permohonan hamba yang lemah ini, Ya Allah!

Anak Mak & Mak Ngah,
Redho_elbadry.
Rumah Perlis Kaherah.
27 Ramadhan 1429.

Tiada ulasan: