Bersama ulama' yang disegani.Dari kiri, Zul, Al-Ustaz Dr. Zainul Abidin, Amier di tepi Dewan Sheikh Muhammad Abduh r.a, Universiti Al-Azhar.
Seusai urusan pengkuliahan.Sebelum bertolak ke Syari' Talaat Harb di Medan Opera..Sempat kami bergambar diperkarangan Kuliah Syariah, Al-Azhar.Tetiba saya terlihat kelibat mantan pensyarah INSANIAH, Al-Ustaz Dr. Zainul Abidin yang mengajar madah Tafsir ketika saya berada di tahun 1.Pada mulanya saya menghulurkan salam & bertanya khabar sambil memohon kebenaran daripada beliau untuk bergambar kenang-kenangan bersama Al-Ustaz Dr.Alhamdulillah permintaaan saya diperkenan beliau.Seusai bergambar sempat Dr. bertanya pada saya tentang INSANIAH, terutamanya mengenai kedudukan mantan Rektor KUiN yang dulu yang sekarangnya menjadi pensyarah di Fakulti Usuluddin, KUiN.Sempat juga saya berseleroh sambil merendahkan suara dengan DR. tanda hormat pada beliau tentang Islam Hadhari.Beliau katakan bahawa inya salah satu عناوين من أمريكيistilah /ciptaan Amerika untuk memperbodohkan umat Islam.Tentang ceritera itu biarlah menjadi simpanan peribadi kami.
Di akhir perjumpaan kami, saya memohon agar DR. mendoakan kejayaan kami di dunia & di akhirat.Kerana itulah moto INSANIAH suatu ketika dahulu "Kebahagian Di Dunia & Di Akhirat".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan