Khamis, 2 April 2009

3 April.....


Buah Tangan Buah Fikiran II - Menjelang KLIBF09


radix-long

bsks-mukadepan

Aku Terima Nikahnya (ATN) pergi terlalu jauh.

Terlalu melebihi jangkaan saya, malah mungkin penerbit sendiri.

Hingga sukar mengejar permintaan pasaran dan saban masa keluhan datang pada kesulitan mendapatkannya.

Penerimaan yang begitu menggalakkan terhadap buku ATN, adalah bukti bahawa persoalan cinta adalah persoalan yang besar. Mungkin ada sebahagian pembaca membeli buku ATN kerana mahu mencari formula cinta, tetapi akhirnya yang ditemui adalah hala tuju sebuah kehidupan. Cinta hanyalah terjemahan kepada pelbagai peristiwa dalaman yang berlaku di susuk tubuh seorang makhluk bernama manusia.

Sesungguhnya ATN hanya satu permulaan.

Bukan sekadar permulaan buat pembaca yang membacanya. Tetapi permulaan kepada saya selaku penulisnya. Banyak dimensi cinta, rumahtangga, keluarga, dan perjuangan di gelanggang Baiti Jannati yang Allah Subhanahu wa Ta’aala tontonkan kepada saya, pasca Aku Terima Nikahnya.

Setahun selepas pelancaran ATN, adalah setahun yang meributkan jiwa dan minda saya. Tatkala manusia terasa dirinya tiba ke matlamat dengan lafaz Aku Terima Nikahnya, rupa-rupanya ia hanya satu permulaan. Langkah pertama sebuah perjalanan luar biasa untuk manusia Bercinta Sampai ke Syurga.

Nantikan pelancaran buku Aku Terima Nikahnya ‘2′ bertajuk BERCINTA SAMPAI KE SYURGA pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, 17 - 26 April 2009 akan datang. Insya Allah.

Kali ini perasaannya mungkin berbeza. BERCINTA SAMPAI KE SYURGA adalah suatu pelayaran di tengah lautan tanda tanya, tentang realiti sebuah kehidupan berumahtangga. Lautan yang adakalanya hening dan damai memercik bahagia, ada masanya pula dilanda ribut taufan yang bisa menenggelamkan manusia yang cuba menduga laut cinta dengan kail yang kadar sejengkal.

Realiti yang lebih menguji dua kaki yang memijak bumi, juga tangan yang menggapai awan.

(sempat saya coretkan dari web http://saifulislam.com/?p=5103 )


(Sempena dengan tarikh keramat 3 April 09' yang baru tersirat makna yang mendalam saya bingkiskan doa " Semoga Allah memlindungi............ daripada maksiat & memudahkan urusan membina masjid seutuh Masjid Al-Aqsa) amin!Maka akan berkabunglah setiap ekor iblis apabila sang pemuda mengikat ijab& kabul tatkala si pemudi menerima lamarannya pernikahannya.

Pengalaman banyak mengajar erti kehidupan yag penuh onak & duri.ikhlas & kesabaran ada balasannya di sisi Allah.

Tiada ulasan: