Selasa, 7 April 2009

Rentetan pemergian itu....

Apa boleh saya buat tatkala nenek (sebelah ayah) di Kg. Pelegong Labu, Negeri Sembilan meninggal pada akhir bulan Ramadhan 2004 lalu.Rabiul Akhir kali ini pula tok pergi tanpa sempat saya berada di sisinya.Sesungguhnya Al-Marhumah adalah seorang yang penyayang dengan kanak-kanak, pemurah tatkala diperlukan bantuan, bersemangat kental tika bergelar ibu tungal sejak puluhan tahun yang lalu, tidak pernah mengenal erti kesenangan tatkala ketika hayatnya hanya bekerja sebagai tukang masak di rumah majikan, saat warga renta walaupun telah di ajak oleh mak untuk tinggal bersama dengan kami, Al-Marhumah lebih suka menyendiri di rumah usangnya di Kg. Seberang Terus, Kota Kuala Muda, Kedah.Mungkin itu lebih selesa baginya.

Saya masih terkenang lagi pada disember lalu rangkap-rangkap ayat al-marhumah tatkala kami berbicara di telefon;

Tok berseleroh"Mad Di, Tok pun tak lama dah, nak ikut macam Sa'adiah ( Al-Marhumah Mak Ngah) gak"...

saya jawab " tok jangan kata macam tu, cucu dengaq sedih".Tok maklum pasal stokin sandy yang saya kirim padanya.Tok risau takut tidak sempat pakai.Saya katakan tok pakai la.Jangan kata tak sempat pakai.Terus Tok ketawa kecil.Saya katakan padanya " kalau tok dah boleh ketawa, cucu tumpang seronok sebab dah sehat".satu doa buatnya.


Menghidap penyakit serangan kuman di jantung, antara sebab Al-Marhumah keluar masuk wad Hospital Sultanah Bahiyah, Sg. Petani dan di situ jualah tempat terakhir yang Al-Marhumah tinggal.Sempat saya menelefon mak & Tok Su (adik tok).Mereka menyatakan bahawa Al-Marhumah pergi dengan mulia.Segala peralatan kafan sudah disediakan oleh dirinya termasuk jubah & kain telekong.Duit RM4ooo juga telah diberi pada Tok Su (adik Al-Marhumah) untuk urusan pengurusan jenazahnya, sembahyang, kubur & yang berkaitan.Semua yang berkaitan telah dinyatakan pada mak saya & Tok Su ketika hayat masih dikandung badan tatkala sakit yang kian meresapi tubuhnya yang lemah.

Perbadi yang sentiasa menjaga amalan wajib, teliti dalam kebersihan, selalu mengamalkan solat sunat Dhuha, suka bersedekah terutamanya pada kanak-kanak, hidup besederhana itulah untaian kehidupannya.

Cumanya Tok Su ada nyatakan kepada saya bahawa mereka amat rasa terkilan sangat di saat hari-hari terakhir Al-Marhumah di wad tersebut.Al-Marhumah minta untuk pulang ke rumah di Kota Kuala Muda kerana ingin sangat untuk menghabiskan sisa kehidupannya di rumahnya sendiri.Tetapi apa boleh buat pihak hospital tidak membenarkan.Mungkin sudah suratan dari langit bahawa kematian akan berkunjung di tempat yang berbeda baginya.Saat 7 pagi hari Khamis bersamaan 6 Rabiul Akhir 1430 berpisah jua insan yang disayangi dari alam ini.Tok sempat mengucapkan Kalimah yang tiada timbangan diantara langit & bumi

لا إله إلا الله.

Segala urusan jenazah dilakukan di rumah anak saudaranya di Kg. Permatang Jawi.Itulah tempat persinggahan terakhir Al-Marhum sebelum bertolak menuju pada Kekasih Abadi.Kini bersemadilah tubuh yang banyak berjasa ini di Pusara Abadi, Masjid Sg. Mas, Kota Kuala Muda, Kedah berdekatan dengan pusara Bonda tercinta, kakak ( Tok Ndak), abang (Tok Lang) Al-Marhum.Berdekatan dengan pusara majikannya ( imam Masjid Sg.Mas).


Tiada ulasan: