Ahad, 12 April 2009

Jamadil Thani...bulan penentu...

Antara kitab kuliah yang perlu dihadam pada sem kali ini......


Meminjam ayat dari entri terbaru akhi Syafiq Zulakafli "Kita perlu sedar bahawa setiap satu minit merupakan 'emas' berharga yang perlu digunakan demi memastikan kita mampu bergelar seorang graduan yang cemerlang".
Sememangnya Jamadil Thani bulan penentu tatkala inilah peperiksaan semester akhir kali kedua buat saya.Tatkala emak acapkali menghantar sms menasihati agar saya buat yang terbaik pada kali ini.Setiap itu jugalah saya balas pesanan ringkas tersebut bahawa setiap nasihat mak akan diikut sebaik mungkin.Kerana Mak sahaja tempat untuk mengadu setelah tok baru sahaja mengikuti jejak Al-marhumah Mak Ngah.Itu sajalah tempat untuk saya berbakti selain ayah.

Itulah perasaan seorang ibu, kekadang kita terlupa akan kelebihan mereka.Kekadang kita abaikan pesanan mereka.Tatkala mungkin ada di kalangan kita yang melebihkan 'orang lain' daripada ibu sendiri.Sedangkan ibu kita juga dari kaum hawa juga.

Kenapa bulan penentu?Inilah bulan dari hari-hari terakhir sebelum kita berhadapan dengan peperiksaan semester akhir.Saat ini di Universiti Al-Azhar berbondong-bondong manusia akan berkerumun padanya.Hari ini juga kuliah Usuluddin, Kaherah telah mengeluarkan jadual peperiksaan untuk semester ini.Tatkala minggu-minggu terakhir bersama para pensyarah di dalam kuliah.Saat-saat ini ramai yang tertumpu menantikan silibus (muqarar) pengajian daripada pensyarah.Itupun kalau dapat.Ada juga yang giat mengumpul nota-nota daripada sahabat-sahabat arab Mesir, segelintirnya pula menyemak semula tajuk-tajuk pengajian yang telah dipelajari dalam kuliah, ada yang sedang mengikuti kelas-kelas tutorial, perbincangan sesama sahabat dalam membuat persiapan akhir.Bagi saya penantian 21 Ogos lalu sudah terjawab pada petang 2 April lalu.Kini penumpuan terhadap peperiksaan menjadi tumpuan sebagai pelengkap tersendiri.

Universiti Al-Azhar memiliki sistem tersendiri.Sistemnya amat berbeza dengan universiti di Malaysia.Jika dibandingkan di Malaysia sistem kredit & nilai gred purata di amalkan.Termasuklah 60% dinilai dari aspek kehadiran kuliah, kuiz, ujian bulanan, kertas kerja & yang berkaitan manakala 40% lagi sumber pemarkahan peperiksaan semester.Berbeza dengan sistem Al-Azhar 100% pemarkahan hanya terletak pada kertas jawapan peperiksaan semester.Bagi saya setiap sistem ada kelebihannya.Semua terletak pada individu itu tersendiri dalam menyesuaikan diri dengan cara pengamalan sistem.Di sini semuanya terletak pada individu kerana kehidupan yang penuh dengan pilihan tersendiri.Individu itu bebas untuk membuat segala keputusan yang akhirnya akan mengeluarkan natijah kehidupan untuk dirinya.Jika tuan diri sudah buat yang terbaik tetapi keputusan tidak memihak padanya.Apa boleh buat.Para pensyarah tidak zalim dalam menentukan natijah.Terpulanglah pada diri sendiri dalam mennatijahkan titik terakhir.

Apa pun masing-masing ada arah tujuan yang tersendiri.Pelbagai cara mengikut rentak tersendiri dalam menggapai impian.Masa masih ada walaupun saat ini amat genting untuk kita membuat kejutan.Lakarkan kecemerlangan buat diri sendiri.Kejayaan bukan milik sesiapa melainkan khas buat diri kita jua.Jadikan peperiksaan ini satu wasilah untuk kita mendekati pada Allah.

Jangan lupa pada kedua orang tua yang sentiasa setia pada kita.Saat susah senang kita, mereka tetap bersama.Kerana kita adalah inspirasi buat mereka.Sanggup bergolok bergadai untuk anak kesayangan.Walaupun mereka belum tahu adakah keduanya sempat melihat kejayaan kita.

Tiada ulasan: