Jumaat, 3 April 2009

Pemergian yang tak kembali.....

4 April-Jam 5.55 pagi tadi waktu Kaherah saya menerima berita duka lara daripada pesanan ringkas (sms) mak mengenai pulangnya Al-Marhumah nenda yang tercinta (Hajjah Emas Bt. Ali) pada pagi 7.30 pagi Khamis yang lalu.Saat membaca rangkap-rangkap ayat tersebut kesedihan melanda teramat sangat.Tatkala baru sahaja 21 mac yang lalu saya ungkap di entri Eidil Ummi yang bekaitan Al-Marhumah Tok :


"Terkenang pengorbanan mak, al-marhumah Mak Ngah serta tok saya.Mak adalah insan yang paling utama; melahirkan saya, memberi kasih sayang ( tak terungkap dek kata-kata).Al-marhumah Mak Ngah pula adalah pengasuh saya sehingga akhir hayat beliau.Manakala tok pula pemberi perangsang dalam meneruskan langkah kehidupan.Mereka bertiga adalah muslimah yang telah berkorban jiwa raga membentuk diri ini baik dari aspek pendidikan, akhlak, kasih sayang & sebagainya.Mereka juga yang memberi kesan dalam hidup ini.Kini hanya tinggal mak & tok.Siapa yang akan menggantikan tempat al-Marhumah Mak Ngah?Itu adalah urusan Allah yang menentukan jodoh perkahwinan.Kita hanya berdoa semoga dipermudahkan segala urusan".

Pun begitu sebagai hamba yang kerdil lagi hina, saya menerima pemergiannya sebagai qada' & qadar Allah.Tok sudah lama bersusah payah membesarkan emak & menjaga kami.Semoga Tok dapat beristirehat di sana.Semoga Allah merahmati & mengampuni segala dosa Tok, ditempatkan bersama-sama para solihatin mukminin.Amin!Sesungguhnya tersirat berbagai hikmah yang tersembunyi disebalik pemergiannya.

1 ulasan:

daunkari berkata...

takziah ...diucapkan pada md rodi..ana pn tumpang sedih jgak atas apa yg mnimpa...sdah mnjadi sunatulLah..makhluk tunduk pada pnciptanya dn kmbali kpadaNya..dharap sabar dpat mngurangkan sdikit kdukaan...