Selasa, 22 Julai 2008

ALHAMDULILLAH.


Syukur kepada Allah s.w.t, sebentar tadi, mak memaklumkan kepada saya melalui sms tentang wang zakat saya yang diterima daripada Jabatan Zakat Negeri Kedah pada pagi tadi.Alhamdulillah dapat RM3500.00.Inilah rezeki namanya.Semoga saya tidak lupa diri.

Penghargaan menjunjung kasih dan Sembah Tahniah didedikasikan khas kepada KDYMM Tuanku Sultan Kedah selaku Ketua Agama Islam negeri Kedah, Dato' Setiausaha Zakat Negeri Kedah, para pegawai JZNK, Pegawai Anak Kedah Mesir, YDP serta AJKT Majlis Kebajikan Keluarga Kedah yang terlibat dalam menguruskan permohonan dan pengagihan wang zakat.Semoga Allah s.w.t memberkati dan murahkan rezeki kalian semua.

Sebagai renungan;

Wang zakat RM3500.00 amat bernilai buat mahasiswa/wi Al-Azhar.Oleh kerana kita tidak mempunyai biasiswa khas daripada kerajaan melainkan dengan wang zakat sahaja.Pun begitu diharapkan agar kita dapat berjimat cermat dalam berbelanja seharian.

Yang paling penting sekali, jika kita berstatus "penghutang" ataupun "pemiutang" gunalah saat ini untuk melangsaikan hutang kita dengan pihak terlibat; baik dengan orang perseorang, persatuan, maupun badan kebajikan anak negeri.Jangan pula penghutang buat-buat tidak kenal pemiutang.Yalah, masa berkehendak, bicaranya semanis madu.Bila sudah senang bayang entah kemana.Oleh itu gunalah peluang ini sebaik mungkin.Nasihat saya mudah, jika kita hidup beserdahana usah jadikan kehidupan seperti orang yang berduit.Semua barang hendak berjenama.Tidak salah, tetapi biarlah berpada.Bak kata pepatah "ukur baju di badan sendiri".

Tidak rugi kalau kita berjimat cermat untuk masa depan...

Masa depan?Fikir-fikirlah sendiri pa itu masa depan...

Tiada ulasan: