Segala puji bagi Allah s.w.t Pecipta segala makhluk yang mempunyai kerajaan di langit dan menguasai segalanya, selawat & salam buat Saiyidina Muhammad s.a.w, buat para pecinta Allah & RasulNya.
Pertama kalinya, saya berbangga apabila Konsert Si Mak Cik Gelek Inul Darastista yang dijadual berlangsung pada Ahad ini dibatalkan dengan seta merta buat kali kedua oleh DBKL.Setelah ianya telah dibatalkan pada kali pertama di atas nama Konsert Inul Live in Johor Bharu.Hal ini menunjukkan betapa konsert separa lucah di negara Malaysia tidak mendapat tempat dan betapa hinanya mereka yang terlibat dan dilibatkan dalam program ini.Yalah, apabila kali pertama dibantah oleh rakyat Johor yang cintakan kesejahteraan dan dibatalkan permit penganjur.Tidak serik dengan kos kerugian RM300.000, mereka mengambil jalan pintas terus ke Kuala Lumpur dengan harapan kali ini berjaya.Tetapi malang, ia tetap dibatalkan.Kali ini dikhabarkan mereka rugi RM500.000.Bagi saya, biar mereka rugi di dunia.Tetapi tidak di akhirat.
Hairan bin Pelik, Pelik bin Ajaib.Yalah, kan negara kita masih ada lagi artis maupun karyawan yang bermaruah, beradab sopan walaupun tidak semua.Kenapa mereka sanggup menidakkan ataupun tidak mengiktiraf akan keupayaan warganegara sendiri.Kalau difikirkan seperti kes penggunaan kereta nasional & kereta luar negara ke atas kerajaan negeri & pusat samalah dengan penyertaan artis negara dengan luar negara.Cuma skripnya berbeza.Tetapi penganjur yang memikirkan keuntungan dunia bukan akhirat, bagi mereka mungkin gelek gerudi si mak cik Inul lebih mahal dari seisi dunia.Sedang moraliti pemuda pemudi kita jatuh mendadak, ditambah lagi dengan masalah sosial yang kian tenat, masih sempat lagi ada golongan yang suka memburukkan lagi keadaan dengan menggula-gulakan mereka dengan konsert murahan ini.
Ibarat si petani menanam padi, tetapi dalam masa yang sama baja ditabur pun tidak mencukupi, racun tidak disembur, air dibekakal pun tidak mencukupi.Akhirnya padi mampus, petani pun rugi.Begitu uga dengan pembinaan pemida & pemudi kita, mereka digula-gulakan dengan budaya hedonisme tetapi di masa yang sama apabila moral mereka kritikal, golongan ini dipersalahkan.Adilkah begitu?
Apa pun, saya dedikasikan Penghargaan Tahniah kepada pihak yang terlibat dalam menasihati, mencadang agar konsert ini dibatalkan.Ataupun yang membantahnya.kali ini suara kita telah i ambil berat oleh pihak kerajaan memerintah.Semoga Allah memberkati kalian.Walaupun saya tidak berada bersama kalian dalam kes ini.Tetapi saya mengikuti perkembangan tersebut dari jauh.Bagi mak cik Inul, maaf saya katakan, bahawa persembahan Mak cik tiada tempat di Malaysia.Begitu juga kepada pihak penyumbang atau penganjur bagi konsert murahan tersebut, kerja buat anda tidak dihargai oleh rakyat Malaysia yang cintakan Allah dan rasulNya.Saya doakan agar Allah mengampunkan dosa kita serta memberi petunjuk & hidayahNya kepada mak cik Inul si Darastista serta pihak penyumbang maupun penganjur konsert jalanan / murahan mak cik.Saya cadangkan kepada mana-mana penganjur, selepas ini kalian mestilah mengambil berat tentang sensiviti rakyat terutamanya yang beragama Islam.
Akhir kalam, buat renungan kita semua, ingat bahawa rakyat Malaysia sudah celik agama, setiap aktiviti yang hendak dijalankan mestilah bersesuai dengan Dinul Islam.baik aktiviti atau program itu dilaksanakan di bumi Mesir atau pun dimana saja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan