Isnin, 21 Julai 2008

Selamat Hari Lahir kali ke 52...



Kelmarin saya sempat menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada ibu saya, Mapuziah Bt. Baharom untuk mendidekasikan ucapan Selamat Hari Lahir ke 52 buat mak yang tercinta disamping mendoakan semoga mak dan ayah bahagia di dunia & akhirat serta dimurahkan rezeki.Disamping memohon maaf kepada mak kerana tidak sempat menelefon kerana saya akan ke Dewan Malaysia Abbassiah sehari suntuk untuk menghadiri Konveksyen Anak Kedah.


Alhamdulillah mak membalas sms dengan mengucapkan terima kasih kerana masih mengigati tarikh lahirnya.


Sedikit renungan buat semua...
Seorang ibu akan terasa bahagia kiranya seorang anak dapat :
  • Mendoakan kedua ibu bapa.
  • Berakhlak mulia terhadap mereka.
  • Membalas jasa mereka.
  • Menjadi anak yang berguna terhadap keluarga, bangsa, Islam dan negara.

Faktor di atas adalah perkara yang umum, tetapi bagi saya seorang ibu tidak meminta duit atau harta.Bagi mereka cukuplah kita membalas jasa mereka dengan memberi perhatian terhadap mereka.Dalam erti kata lain, perhatian kasih sayang.Bagaimana untuk kita menzahirkannya?Bagi saya mudah sahaja, paling kurang seminggu sekali kita menelefon mereka untuk bertanya khabar.Pada hari lahir / ulang tahun perkahwinan mereka kita sampaikan ucapan atau hadiah.Tampak ringkaskan?Tapi ianya amat bermakna buat seorang ibu.

Bayangkan hari ini, mungkin ada segelintir kita yang mengingati tarikh lahir teman rapat, kawan maupun kekasih atau isteri.Tetapi berapa ramaikah di antara kita yang mengingati tarikh lahir ibu - bapa?Berapa ramaikah yang mengucap "Mak Ayah selamat Hari Lahir ke...", Terima kasih kerana melahirkan saya serta memberi kasih sayang..Di doakan agar ALLAH merahmati & memberkati Mak dan Ayah"..Amin.Ucapan ini amat ringkas, tetapi ianya amat bermakna buat seorang ibu maupun ayah.Tambahan pula sekarangkan zaman teknologi, kalau berada di Mesir pun dalam masa beberapa saat sms sudah boleh sampai ke Malaysia.

Kita juga berdoakan agar Allah s.w.t meringankan tulang belulang kita agar dapat berkhidmat buat kedua ibu bapa dalam membantu mereka serta melindungi kita daripada menjadi anak yang menderhaka terhadap mereka.

Ingatlah wahai sahabat, tidak rugi untuk kita berbakti kepada mereka.Walhal nanti kita juga akan mempunyai keluarga sera anak anak-anak.Kalau sekarang kita berbakti da berkelakuan baik terhadap mereka.InsyaAllah, di hari kemudian Allah akan kurniakan kepada kita kebaikan untuk keluarga kita.Tetapi jika kita melakukan sebaliknya, fikir-fikirlah.Apa pun ruang & masa masih ada untuk kita memohon maaf jika itu yang berlaku.Tetapi jika mereka telah kembali ke alam abadi.Mohon ampunlah kepada Allah disamping kita dituntut untuk berbuat bakti pada sesiapa yang rapat dengan mereka.

Bayangkan seorang ibu ia juga mempunyai perasaan, hatinya cepat terasa.Oleh itu, semestinya kita berhati-hati dalam tindakan.Agar kita menjadi anak yang soleh.Disamping banyak lagi cara untuk kita berbakti kepada mereka.Bagaimana pula cara kalian, ya?

Tiada ulasan: