Alhamdulillah, sekarang adalah fatrah cuti semester buat mahasiswa dan mahasiswi Al-Azhar.Apa yang menariknya pada setiap tahun, cuti semester bermula pertengahan bulan Jun hingga bulan September dalam ertikata yang lain bermulanya musin panas di negara ini.Pun begitu pelbagai aktiviti mahupun program yang telah dirancang oleh kita.Baik aktiviti secara peribadi ataupun persatuan.
Tidak kurang juga ada yang pulang ke Malaysia, bermusafir ke negara jiran atau mengerjakan umrah.Tetapi bagi sahabat-sahabat yang terus berada di sini.Musim cuti ini mesti ada perancangan tersendiri.Apa tidaknya,ada yang berazam untuk mengulang kembali hafalan al-quran yang telah dihafaz, ada yang ingin mendirikan "rumah baru".Manakala yang berminat untuk bertallaqqi maupun mengikuti kuliah pengajian.Berkampunglah di Kaherah.Mana tidaknya kalau di Zon Asyir, kita ada Kuliah Subuh di bawah kelolaan Madrasah Imam As-Syafie di Rumah Pahang, Kuliah Subuh Ust Aidil di Rumah Kedah, Kuliah Pengajian Bahasa di Masjid Walidain.Kalau di zon Sabieq kuliah pengajian di Rumah Kelantan dan Perlis juga sudah bermula.Begitu juga di Zon Darrosah; Masjid Al-Azhar serta Mudhoifah Sheikh Ismail As-Sodiq, Sahah Yaman.
Tinggal lagi ia terpulang kepada kita untuk menghadirinya, bagi saya tidak semestinya semua kuliah perlu dihadiri.Tetapi ianya mesti mengikut kemampuan kita serta istiqomah dalam menghadirinya.Itu sudah memadai.Ibarat satu pakej hidangan bertaraf 5 bintang sudah disaji di hadapan kita, cuma perlu kita menjamah atau tidak hidangan tersebut.
Buat sahabat -sahabat yang pulang ke Malaysia, sama ada untuk bercuti atau sudah tamat pengajian di sini.Selamat berjuang dan bekhidmat!saya ucapkan kepada kalian.Kerana medan kita yang sebenarnya adalah di Malaysia.Buat diri ini dan sahabat-sahabat yang masih berada di sini, marilah kita sama-sama berdoa agar Allah memberi kekuatan dalam menuntut ilmu.Disamping segala gerak kerja kita diberkatiNYA.Rebutlah peluang yang ada di depan mata.Agar kita tidak akan menyesal di kemudian hari.
"PERUBAHAN KE ARAH KEBAIKAN".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan