Sabtu, 26 Julai 2008

Satu Penantian


Ada orang kata, "penantian satu penyeksaan".Betulkah begitu?Ayat itu mungkin betul bagi orang yang sedang mengharapkan sesuatu penantian.Bagi saya ia memungkinkan.Tetapi entri kali ini saya bawa tajuk penantian natijah/keputusan(result) pepereksaan bagi pelajar Al-Azhar, Mesir.


Mungkin bagi sesetengah mahasiswa yang sudah berhempas-pulas mengulangkaji, inilah masa bulan madu mereka dan saat inilah yang ditunggu.Ada yang sudah mengetahuinya dari kontrol kuliyah.Tetapi natijah itu bukan lagi muktamad.Ada yang sudah ke Maktab Tansiq, natijah itu mungkin betul, ada juga yang sudah mengetahui natijah rasmi yang telah dilekatkan di kuliah, itu memang sahih.

Manakala Kuliah Bahasa Arab, Kaherah antara kuliyah yang paling awal mengeluarkan natijah imtihan bagi tahun 1, 2 & 3.Tetapi tidak bagi tahun 4.Mungkin pada minggu ini.Info yang telah diperolehi, mungkin pada hari Isnin.Mungkin juga.Bagi saya segala keputusan terletak di bawah keputusan Dekan (amid) kuliyah / Syuun kuliyyah.

Kekadang dijanjikan sekian hari, tetapi tidak pun dilekatkan pada hari dijanjikan itu.Bayangkan ada juga mahasiswa yang dah berapa kali berulang-alik ke kuliyah untuk mengetahui natijah.Tetapi pulang dengan tanpa keputusan.Inilah Mesir, negara yang menguji & mengasah akan kesabaran insan.Kalau tidak manakan negara ini terkenal dengan ramainya para ulama dan auliya' Allah yang soleh.Di atas sifat kesabaranlah dan istiqomah dalam amalan darjat mereka diangkat oleh Allah s.w.t.

Bagi yang najah, teruskan pula dengan perancangan baru ke arah kebaikan & masa depan.Jika sebaliknya, kita mestilah bermuhasabah & berkongsi masalah dengan sahabat yang rapat dengan kita.Jangan pula apabila kita susah, sahabat rakan entah ke mana menghilangkan diri.Jangan pendam dalam diri, nanti rosak badan.

Apa pun ianya sebagai ujian Allah.bagi yang najah tahniah saya ucapkan.Bagi yang sebaliknya.Berdoalah kepada Allah agar diberi kekuatan & semangat untuk terus berjuang mencapai darjat yang terbaik.Semestinya kita berlapang dada kerana kita telah berusaha dengan sebaik mungkin.

Bagi saya pula, penantian bukanlah satu penyeksaan.Tetapi mengajar erti kesabaran.Penantian kali ini amat penting, mana tidaknya, satu penantian natijah imtihan.Satu lagi pula penantian natijah bagi tarikh keramat 18, 21 atau 31 Ogos depan.

Tarikh keramat apa ya?...Kita nantikan bersama.

Akhir kalam, perubahan ke arah kebijaksanaan.


Tiada ulasan: