Jumaat, 4 Julai 2008

Selamat Hari Lahir kali ke-66 buat Mak Ngah.


Buat ibu angkatku (pengasuhku sejak kecil) yang telah bermusafir jauh dari dunia yang fana ini, aku masih terkenang saat kegembiraan kita bersama, saat tika aku bersedih, kaulah pembakar semangatku selepas kedua ibu-bapaku, kaulah pemberi semangat tika aku lemah.Segala nasihatmu akanku kenang.

Tetapi apa boleh buat, Allah s.w.t lebih menyayangimu, tanggal 27 Ramadhan 1428 ( 9 Oktober 2007 )tika subuh nan hening kau redha dengan ketentuan Allah s.w.t kerana ianya telah tertulis buat mu untuk bermusafir jauh dari alam ini.Dalam benak fikiranku kita hanya terpisah di antara dua benua.Tetapi tidak.Rupanya kau pergi tanpa kembali.Hati siapa tidak sedih.Tetapi apa boleh buat.Takdir Allah s.w.t lebih tinggi daripada segala urusan.

Apa pun esok tanggal 5 Julai.Itulah tarikh lahirmu yang ke 66.(5 Julai 1942).Pada tahun lepas aku tidak sempat melafazkannya buat didedikasikan untukmu.Tahun ini dan selama-lamanya, aku sudah terlambat untuk melafazkannya buatmu.Pun begitu, aku hanya mampu mendoakan kesejahteraanmu di alam abadi.

Al-fatihah buatmu..........sedih terkenang 23 tahun lalu ketika kelahiranku di bulan Ramadhan, kaulah yang membantu ibuku tika saat yang getir di masa itu.
Semoga rohmu dirahmati Allah & ditempatkan bersama golongan solihin.
Amin ya Robb..

Tiada ulasan: