Ahad, 27 Disember 2009

imtihan...

الأستاذ الدكتور أحمد الطيب

Sabtu 16 Januari 2009 bermula peperiksaan semester pertama

Dr Ahmed Tayeb, Rektor Universiti Al-Azhar mengumumkan bahawa tarikh peperiksaan semester pertama bermula hari Sabtu 16 Januari 2010. Tarikh ini melibatkan kampus induk dan cawangan.

Beliau juga turut mengumumkan tarikh cuti antara semester bermula 6 hingga 18 Februari iaitu 2 minggu selepas tamat peperiksaan tersebut.

petikan -JPMK-

Jumaat, 25 Disember 2009

Yang awal didahulukan.....


Semasa Majlis Resepsi Perkahwinan Sdr. Irwan B. Jamaludin
(rakan seWATANIAH 05-07).

Ust Rahimin & Isteri, diapit oleh rakan sekuliah.

Ust. Hafiz (mantan presiden MPP INSANIAH 06/07 & isteri serta (dari kiri : Irwan, Aziz Ismail, Shakir, Khairi)

Khamis, 24 Disember 2009

Sepi tanpa bicara...


Termenung jauh...sunyi sepi tanpa bicara.Terkenang zaman lalu.Itulah fitrah kehidupan.Tatkala kita gembira.Kekadang kita pilu.Apa jua natijah.Pastinya lembaran baru belum tahu mana arah tuju.Peperiksaan sudah hampir.Itulah matlamat terdekat.Lupakan kenangan silam.Biarkan bayu laut Iskandariah mebawanya jauh dari ingatan.


Rabu, 23 Disember 2009

Digarhayu Tunku....


Makluman kepada seluruh ahli Kedah yang berada di Perlembahan Nil,Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK) bersama Pejabat Pegawai Kebajikan Anak Kedah Mesir dengan ini menjemput kepada seluruh anak Kedah yang berada di Ardil Kinanah untuk hadir ke Majlis Ramah Mesra bersama
YTM Tunku Bendahara Kedah Darul Aman, Dato’ Seri Tunku Annuar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah & YAB Toh Puan Bendahara Kedah, Noorsuzanna Abdullah. Maklumat bagi majlis tersebut adalah seperti berikut :-

Tarikh : 25 Disember 2009
Hari : Jumaat
Masa : 6.00 malam
Tempat : Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah

*Pengangkutan disediakan. Sila berkumpul di Asrama Darul Aman 3,Haiyu Sabiek sebelum jam 4.00 petang.
*Etika berpakaian :
(Ikhwah) Baju kemeja bertali leher,seluar slack,berkot, & kasut tutup. (Akhawat) Pakaian kemas.
*Makanan disediakan kepada para hadirin.

Sama-samalah kita hadir ke majlis tersebut beramai-ramai.

Malu & Pilu....


Siapa dapat bayangkan...dengan satu kalimah sahaja kekadang boleh membuat jiwa memberontak, tekanan dek stress, memendam rasa malu, kecewa bercampur pilu.Itulah asam garam kehidupan.Tidak semua yang kita impikan akan menjadi realiti.Tidak semua yang kita idamkan akan menjelma.Tidak semua yang kita hajati akan dipenuhi.Tidak semua yang kita nantikan akan muncul.Usah ditunggu bulan jatuh ke riba kerana sehingga kiamat ianya tidak akan berlaku.Kerana semua itu sudah suratan ada hikmah di sebalik yang berlaku.Ada rahsia di sebalik yang tersurat maupun tersirat.

Tatkala imtihan semakin dekat, ada saja cabaran & ujian yang muncul.Biasalah manusia kalau tidak diduga maka kita sentiasa alpa & leka.Mana mungkin untuk mendapat laluan mudah untuk menjadi Calon Ahli Syurga kalau tiada usaha ke arah itu.Usah bicara berkaitan kecemerlangan kalau culas untuk meneroka maupun menghadam ilmu.Apatah lagi sekarang masa amat suntuk & zon selesa sudah berlalu.

Pesan ibu"Buat yang terbaik untuk kali ini.Jangan fikir tentang masalah, biarlah ianya berlalu, yang penting tumpukan perhatian di saat akhir".Kerana dia adalah seorang wanita yang bersifat keibuan yang mahu melihat anak yang dilahirkan berjaya di dunia & akhirat.

Ibulah tempat mengadu di waktu susah & senang.Sebagai anak kita adalah ubat (tempat berharap) tetapi kalau silap langkah mungkin menjadi racun (نعوذبالله من غضب الله).

Yang berlalu jadikan pengalaman atau lembaran sejarah.Oleh kerana ianya tidak akan berulang.Masa terus meluncur ke hadapan.Adakah kita begitu?Terlepas makro bas (van) ke *Ramsis mungkin ada van atau bas lain.Tetapi kalau terlajak kata, bisanya hanya hati yang dapat berbicara.Soal hati & perasaan sukar untuk diungkap oleh kata bicara.

Malas untuk memikir tentang itu, menjadi phobia & gelisah.Sekarang bukan masanya.Waktu semakin desak ke arah peperiksaan yang kian menjelma.Masa tidak bertangguh dari hari ke sehari.Apakah persediaan kita ke arah itu?

Fikirlah sebagai manusia yang waras.






Ahad, 20 Disember 2009

Sirih pulang ke gagang...


Ust.. Mukhlis (Pulau Pinang)



aha...Mujahid (Melaka) berjaket coklat 15 Disember...


Ust. Lah....

Rastam (Tam, Nogori 9) baju berkotak 22 November...

Diapit oleh Azam & Najdi (Nai)16 November ......

Semoga kalian berkhidmat buat ummah kerana di sana adalah medan realiti kehidupan.