Selasa, 26 Ogos 2008

Avril Lavigne...satu penilaiaan...buat artis Malaysia



Tanda-tanda kiamat..itu dapat saya katakan, dalam kita asyik berdoa.."Ya Allah berkatilah Kami dalam bulan Sya'aban, dan sampaikanlah kepada kami bulan Ramadhan".Ada juga manusia yang masih lagi memikir tentang mahu berseronok dengan konsert ala barat.Persoalannya, mamanda Perdana Menteri ada mengisytiharkan bahawa Sambutan Kemerdekaan Ulangtahun Kemerekaan ke 51 akan disambut secara sederhana pada tahun ini.Saya tidak pasti kenapa, adakah disebabkan iklim politik, prk P44, Islam Hadhari, faktor bulan puasa atau sebaliknya.Bagi saya, kenyataan PM boleh dipandang secara positif.

Tetapi hairan, 11 Ogos lalu ada permohonan kepada DBKL & Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem & Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL).Pada mula konsert si Minah Avril ini telah dibatalkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian & Warisan pada 20 Ogos lalu.Tetapi entah mengapa Mek Kanada ini dapat pelepasan dari jemaah Menteri untuk mengadakan konsertnya.Berdasarkan jawapan menteri berkenaan menyatakan bahawa kabinet meluluskan konsert itu mengikut budi bicara.(utusan, 26/8/08).

Budi bicara apa?Nak jaga hati Mek ni & penganjur yang buat promosi sebelum membuat permohonan pada PUSPAL atau nak jaga hati umat Islam Malaysia yang akan dihina tatkala sambutan Ramadhan.Bagi saya ini satu penghinaan untuk kita yang mencintai Allah & Junungan Besar Saidina Muhammad s.a.w.

Oleh kerana Ramadhan dikenali sebagai الشهر العظيم ( bulan yang penuh kebesaran & kemuliaan), hairan bagaimana pimpinan Islam Hadhari boleh menyatakan budi bicara.Sepatutnya penerapan Islam Hadahri itu dipertingkatkan.Perkara seperti inilah yang membawa fitnah pada niat Pak Lah melaksanakan prinsip 10 rukun itu.Bagi saya juga ini satu penghinaan & ketidakpercayaan pihak berkenaan kepada artis & penggiat seni tanah air.Berapa ramai lagi artis Malaysia yang berahklak.Penggiat seni Islam lagilah ramai.Tetapi kenapa ya?Adakah kiartis kita tiada pengiktirafan?

Bagaimana nak patriotik, sementelah penjajah sudah 51 dihalau keluar.Tetapi masih ada pemikiran ala-ala penjajah di era globalisasi ini.Bagi saya Mek ini asalnya dari Kanada.Kenapa perlu dijemput artis Barat?Tidakkah berlaku pengaliran mata wang?Adakah membantu seni musik tanah air?Bagi saya, tidak sama sekali.

Apa pun diharapkan jemaah menteri yang diketuai PM dapat mempertimbangkan bantahan NGO Islam.Tidak lupa juga pada Dato' Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan, diharapkan dapat segera membantu mengeluarkan fatwa / nasihat seperti mana sesegera kenyataan Dato' menyanggah pendirian Ust. Ramlang Porigi.

Buat seorang abang, pesanlah pada adikya tentang keburukan konsert ini, buat seorang bapa, nasihatilah ahli keluarganya agar tidak bersekutu pada majlis seperti ini.Buat pimpinan masyarakat, berkempenlah dalam ke arah kebaikan.Buat pimpinan agama, berilah petunjuk jalan buat umat yang sedang tercari-cari kebenaran.Buat pimpinan negara, jadikan setiap undi rakyat sebagai satu amanah berat untuk dipikul.Kerana kita semua akan disoal oleh Allah s.w.t tentang apa yang kita buat di dunia ini.Sementelah diberi peluang untuknya.Ruang peluang masih ada untuk kita kembali bertaubat pada Allah s.w.t.Fikir-fikirkanlah, dunia hanya sementara, akhirat jua kekal abadi.


( Video klip di sebuah pub Israel, adakah perlu jadi begini manusia akan menyesal?)
video

Huzaifah B. Mohd Elham..



Bertarikh 24 Sya'aban 1429 - 25 Ogos 2008, saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t, akhirnya abang sulong saya, Mohd Elham B. Ismail Albakri & isteri dapat orang baru dalam menyerikan rumah tangga idaman.Bayi comel ini diberi nama bersempena dengan nama penyimpan rahsia Junjungan Agung Ummah Saidina Muhammad s.a.w iaitu Huzaifah.Inilah kurniaan kedua setelah anak pertama yang diberi nama Asma', 2 tahun.

"Selamat dilahirkan", itulah ungkapan abang tatkala saya menelefonnya kelmarin.Huzaifah selamat dilahirkan dengan kaedah pembedahan lingkungan waktu selepas zohor.Ayah & abang ada memaklumkan bahawa si comel ini rambutnya lebat.Begitu juga dengan bulu sebelah telinga.Secara bersahaja, saya katakan" macam Pak Su dia la, berjambang".Abang saya tergelak tanda syukur.

Lepas ini Asma' sudah ada adik, teman sepermainan.Kakak sulung, adiknya satu, kakak tolong, adiknya pembantu.

Tiada apa yang dapat saya katakan melainkan abang berpesan agar saya belajar bersungguh agar dapat yang terbaik dalam kehidupan sementara ini.Ada rezeki tahun depan boleh balik lihat Huzaifah dah setahun, Alif 2 tahun, Asma' 3 tahun...Buat yang terbaik, kerana di sina ada pengharapan & penantian yang panjang untuk kita.


Isnin, 25 Ogos 2008

Penantian yang tertunda,....


Alhamdulillah, tika saya demam, akhirnya bayu timur membawa natijah ceritara hati pada 21 Ogos, Khamis jam 5.50 petang yang lalu.Satu penantian yang ditunggu-tunggu.Walaupun bukan natijah yang pasti.Tetapi ianya meninggalkan kesan yang mendalam menjadikan satu semangat juang yang jitu & baru untuk saya menghadapi tekanan masa yang kian hampir ke arah itu.

Tatkala baru sahaja melepasi natijah pertama, saya tewas.Natijah kedua?Bagi saya ianya bukan natijah tapi satu penangguhan yang penuh dengan majaz.Tatkala satu peluang yang diberikan untuk saya untuk pengajian.Tetapi bagi saya, ianya masih ada harapan untuk kedua-duanya.Cumanya detik, masa, ketika yang akan menentukannya nanti.

Apa pun diucapkan penghargaan buat bayu yang membawa angin lalu melayarkah ceritara itu kerana sudi memilih tarikh kedua pilihan no. 21, angka tarikh lahir saya.Apa pun jalan, perjuangan, cita, cita-cita, permohonan, harapan, pengajian saya masih panjang...

Keyakinan ke arah itu akan terjawab tahun depan.Saya juga mengambil masa yang lama akibat dari terbentak dek selsema untuk membuat komentar demikian.

Saya insan biasa, yang perlu mencari banyak lagi ilmu & pengalaman...

Perubahan Ke Arah Kebaikan..

Alfu Mabruk ....




Dedikasi khas buat sahabat seperjuangan Mohd Rafis yang telah menyambut ulang tahun ke 23 pada 24 Ogos 2008 pada kelmarin.Didoakan akan beliau sehat, diberkati Allah, dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan di dunia maupun di akhirat.

IsyaAllah, ada rezeki tahun depan kita berangkat ke tanah besar.....

Sanata Helwa ya GamiL..

Ahad, 24 Ogos 2008

Hampir 5 hari berlalu...

Sejak malam Rabu 18 Sya'aban yg lalu, selsema bertandang di benak diri ini tatkala sudah lama ianya berlalu pergi.Sehingga hari ini, Alhamdulillah jasad, badan, fikiran ini terasa kebah sedikit.Walaupun pada awalnya terasa panas di tekak.Syukurlah kelmarin sempat juga saya menghadiri rutin mingguan bersama Sheikh Quran di rumah beliau.Tatkala Khamis yang lalu disebabkan keuzuran saya tidak menghadiri talaqqi bersama sheikh.Seingat saya baru 3 kali sepanjang Oktober 2007 sehingga sekrang, saya tidak menghadirinya 2 kali akibat demam sekali akibat bergegas untuk membuat visa.

Teringat masa dahulu, tika saya demam, mak akan melumurkan air asam di kepala.Begitu juga dengan Almarhumah Mak Ngah yang akan menjelum air rendaman daun bunga melor.Itu sebagai alternatif perubatan tradisional selain daripada perubatan moden.Tapi sekarang saya di perantauan, tiada mak tiada lagi almarhumah Mak Ngah, semuanya mengharapkan kekuatan diri dan ehsan sahabat.

Moga demam yang berkunjung tiba membawa rahmat untuk menghapuskan dosa kecil saya disamping mendekatkan diri pada Allah.Banyak ceritara yang akan saya kongsikan bersama tatkala bebrapa hari yang lalu...Sama-sama kita nantikan....


Rabu, 20 Ogos 2008

Sabar dalam penantian...mungkin esok masih ada.


Hari ini masuk tarikh kedua dalam menanti keputusan itu.Apa pun esok masih ada buat saya.Ingat, Allah lah sebaik-baik untuk kita berserah di atas segala keputusan kita.

Mungkin malam 31 Ogos lebih baik.Kerana tika itu umat islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan, Universiti Tarbiah buat umat yang mencintai Allah & RasulNya.Waima begitu peluang itu masih berbaki tidak kurang 10 hari dari sekarang.Bersabarlah wahai sahabatku.Usah tergesa-gesa dalam tindakan.Ingatlah bahawa ibu & ayah masih ada untuk dibalas jasa mereka.Pesanan untuk diri ini.Saya manusia biasa.

اللهم باركلنا في شعبان وبلغنا رمضان

Majlis bersejarah buat graduan KUiN..


Lokasi dewan yang akan berlangsungnya Majlis Istiadat Konvokesyen.
Kenangan sahabat seperjuangan Kuliah Bahasa Arab Tahun 3 sesi 06-07.

Berbaki beberapa jam lagi, maka akan bermulalah Majlis Istiadat Konvokesyen Kolej Universiti Insaniah (KUiN) kali ke-10.Walaupun universiti lain panas dengan isu kemahasiswaannya seperti AUKU, isu kuota yang sempit, isu SRC UIA dengan songkok & jubah konvonya.Tetapi di KUiN, insyaallah akan berlangsungnya majlis graduasi seperti yang dirancangkan dengan baik.

Ucapan Menjunjung Kasih dirafakkan Kebawah DYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Mua'azam Shah, Canselor KUiN, Tuanku Raja Muda, Tuanku Abdul Malik di atas kesudian mencemar duli turun bersama rakyat untuk merasmikan Majlis Haflu Takhorruj kali yang ke-10 ini.

Buat Dato' Seri Ustaz Hj.Azizan B. Abd. Razak, Menteri Besar Kedah Darul Aman, Ahli Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah, Ahli Lembaga Pengarah KUiN, Dato' Rektor, Dato' Timbalan Rektor KUiN, Para Pegawai, kakitangan pengurusan, akademik & sokongan KUiN, saya ucapkan selamat menghadiri majlis graduasi pada kali ini.

Penghargaan Selamat Berkonvo & Berkhidmat untuk ummah saya titipkan buat sahabat seperjuangan amnya daripada Kuliyah Tahfiz Al-Quran, Kuliyah Muamalat, Kuliah Syariah, Kuliah Usuluddin dan khasnya buat sahabat sekuliah saya sesi 04-07 Kuliah Bahasa Arab, KUiN.Banyak kenangan kita bersama bila dikenang semula.Tetapi biarlah ianya berlalu.Kerana masa lalu tidak akan kembali semula.

Sebagai renungan bersama, alangkah baiknya jika kalian sempat berjumpa dengan tenaga pendidik (para pensyarah) untuk mengucapkan penghargaan terima kasih di atas keikhlasan mereka mengajar kita.Tanpa mereka siapalah kita.Mohon agar mereka menghalalkan ilmu yang telah dicurahkan.Kerana itulah tanda syukur kita pada Allah.

Perjuangan saya masih panjang...Perubahan Ke Arah Kebaikan.



Sudah setahun lebih....





9 September ini genaplah setahun saya di Mesir, pun begitu saya teringatkan umur Mohd Alif B. Anwar yang juga hampir setahun 2 bulan.Semasa mencari pengalaman kerja di Bahagian Hal Ehwal Akademik KUiN, sempat saya berkunjung ke Kuala Lumpur pada 26 Julai 2007 di atas jemputan Almarhunah Mak Ngah saya.Sebelum saya ke sana, saya pohon kebenaran mak dahulu.Seusai kerja, petang itu juga saya bertolak dari Shahab Perdana menelurusi Lebuh Raya Utara-Selatan terus ke Pudu Raya.

Tujuan saya ke sana adalah untuk berziarah & melihat orang baru dalam keluarga abang Anwar & isterinya, kak Umai, anak lelaki bongsu kepada almarhumah.Sesampainya saya pada malam itu, sempat saya melihatnya.3 hari peluang bersama Almarhumah Mak Ngah & Mohd Alif saya guna sebaik mungkin.Si comel ini baru masuk sebulan lebih (lahir pada akhir Jun).Dia mudah dijaga & dibelai,tidak mudah menangis.

Di atas kesibukan tugas, pada Sabtu malam, saya terpaksa bertolak ke Alor Star.Satu lafaz yang diucapkan almarhumah tidak dapat saya lupakan tatkala saya mahu melangkah keluar, biarlah saya & dia saja yang tahu.Sekarang umur Alif menjangkau setahun 2 bulan kian membesar.Semoga Alif akan jadi anak yang soleh pada ibu & ayahnya.Tetapi almarhumah Mak Ngah saya tiada lagi.Dia bersemadi di Pusara Abadi, Kg. Chegar, Tunjang, Jitra, Kedah.Moga rohnya dirahmati Allah.


Selasa, 19 Ogos 2008

Petua...Satu nilai tambah


Saya sempat menghubungi kakak ipar saya (kak Ita) yang sekarang sedang berada di Wad Kenanga 11 Hospital Sultan Abdul halim Mua'azam Shah, Sg. Petani, Kedah.Kak ipar saya itu sedang menunggu saat kelahiran orang baru yang dijangka dilahirkan pada 24 Sya'aban 1429 - 25 Ogos 2008 (Isnin) depan.

Saya amat gembira sekali apabila mengetahui berita ini dari mak pada minggu lepas.Ini kali kedua saya bergelar (apak) gelaran pak saudara bagi orang negeri sembilan.Bukan apak tapi Pak Su.Walaupun kak ipar saya sedang berehat di wad menantikan saat "penantian yang penuh harapan".Saya sempat bertanya khabar, alhamdulillah semua ok.Sambil berseleroh saya katakan padanya" nak bagi petua pa ya kat kak, saya bukan suami lagi, xdak pengalaman beristeri".Kakak ipar saya ketawa tanda kelakar.Teringat akan pesanan ustaz saya mengenai petua untuk memudahkan proses kelahiran terus saya ungkapkan seperti berikut;

  • Apa pun si isteri khususnya mestilah memohon maaf kepada kedua ibu-bapa dan mertua atas kesalahan yang sengaja atau tidak.
  • Banyakkan selawat ke atas Junjungan Nabi Saidina Muhammad s.a.w.
  • Baca surah As-Sharh (Alam Nashroh).
  • Disunatkan ketika berlakunya proses kelahiran membaca Ayat Kursi & ayat 54 Surah Al-A'raf, Surah Al-Falaq & An-Nas.
  • Digalakkan agar membaca doa Al-Kabi seperti berikut;
  • لا إله إلا الله العظيم الحليم , لاإله إلا الله رب السماوات السبع ورب العرش العظيم
Yang bermaksud; Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Agung dan Maha Penyantun, Tiada Tuhan melainkan Allah Tuahan kepada 'Arasy yang hebat, tiada Tuhan melainkan Allah Tuhan pemilik langit yang tujuh & pemilik 'Arasy yang mulia.

Tujuan semua amalan ini tidak lain dan tidak bukan satu pengharapan kepada Allah agar memelihara si ibu & bayinya disamping dipermudahkan untuk proses kelahiran.

Itulah sedikit sebanyak yang dapat dikongsikan bersama untuk suami & isteri yang bakal menimang cahaya mata atau bakal suami isteri.

Memang ada suara berbunyi," takpa la,sekarang bermadu asmara dulu, nanti bila dah kahwin baru kita tanya orang".

Saya memang tidak bersetuju dengan suara begitu.Sekurang-kurangnya kita sudah ada perancangan masa depan ke arah itu.Tidak rugi kalau kita mula mengambil tahu tentangnya.Kerana pengalaman itu mengajar erti kehidupan.Dengan ini dapat dijadikan nilai tambah untuk diri kita.Fikir-fikirlah tentang masa depan.Selamat mencuba petua yang tak seberapa ini.

Perubahan Ke Arah Kebaikan.

Isnin, 18 Ogos 2008

Penantian satu pengharapan.


Saya sempat menelefon ayah & mak sebentar tadi.Terasa rindu pun ada sudah lama tidak menghubungi mereka.Minggu lepas emak ada menghantarkan sms memaklumkan yang emak tidak sehat & sakit perut.Akibat daripada itu mak saya tidak lalu makan.Saya hanya mampu membalas sms dengan berdoa agar mak sembuh dan menasihatinya agar banyak berehat dan makan ubat.Sempat jua saya memaklumkan kepada yang saya muliakan Sheikh Abd.Azim (guru quran saya) agar mendoakan kesejahteraan mak pada ketika itu.Alhamdulillah Sheikh membacakan Al-Fatihah seterusnya berdoa agar emak saya sembuh.

Oohhh terlupa pula, kalau ikutkan hari ini adalah tarikh pertama natijah yang saya tunggu (18 Ogos, Isnin).Pun begitu saya tetap sabar menanti natijah itu.Kerana masih ada lagi baki hari iaitu pada 21 Ogos & 31 Ogos ini.Bagi saya ini satu penantian yang penuh kegusaran bercampur pengharapan.Oleh kerana saya manusia biasa.Ini adalah natijah kali kedua setelah saya mengetahui natijah peperiksaan Tahun 4 yang lalu.

Pun begitu saya menanti sehingga ianya menatijahkan penantian ini.Dalam masa yang sama kita ada jati diri & harga diri.Kerana saya manusia biasa..Kita da masa & peluang untuk menjadikan kita luar biasa.Harapan saya agar mak & ayah sehat serta mereka tidak akan kecewa pada kali ini.Oleh itu, saya berdoa agar dapat membuat perubahan ke arah kebaikan.


Ahad, 17 Ogos 2008

Terkenang Pesko kali ke-9..

Gambar atas 1; tika bersantai di Dewan Santapan.
2 ; Di Dewan Sultan Abdul Halim Mua'azam Shah tatkala forum bermula.

Gaya ala speaker Dewan Undangan Negeri / Dewan Rakyat......



Program pra Pesko KUiN, singkatan daripada perkataan Pesta Konvokesyen KUiN kali ke 10 bermula pada Sabtu yang lalu.Esok adalah hari pembukaan Pesko secara rasmi buat bakal-bakal graduan KUiN yang akan bergraduan pada hari yang mana mereka ditabalkan sebagai graduan siswazah ataupun diploma keluaran KUiN.

Walaupun tahun lepas Pesko yang lebih dikenali dengan Majlis Haflu Takhorruj ini tidak dilaksanakan.Tetapi kali ini semestinya ia menjadi kenangan manis buat mereka yang terlibat.Mana tidaknya jubah graduan baru sahaja dimasyhurkan tatkala ianya ditukar daripada yang lama.Apatah lagi KUiN baru dinobatkan sebagai Kolej Universiti pada tahun 2006 yang lalu.Bagi saya selamat berkonvo buat sahabat-sahabat seperjuangan yang mengenali diri ini.Tidak lupa juga buat Sekretariat Pesko kali ini yang bertungkus-lumus menjayakannya.

Terkenang tatkala pesko kali ke-9 (2006) saya menganggotai Urusetia Bahagian Forum di bawah pimpinan Che Mat Pokok Tai(kawan baik saya Sdr.Zulkifli Mat Ali).Masa tu nak kena hubungi Ustaz Roslan Che Ros, Sheihk Faisol & Ust. Aminuddin untuk panelis forum.Seketika saya mempelajari kos protokol.Yalah, seronok sekali apabila terkenang masa lalu di KUiN.Bila mana saya bersama rakan-rakan yang lain mengedarkan pamplet konvo di sekitar Taman Wira, Taman Utama & Taman Pandan.Bersama Ust. Rahimin untuk menempah banner forum.Yang paling tidak dapat dilupakan apabila saya bersama Sdr. Hafiz Harun (mantan Presiden MPP Kuin) menelusuri malam dengan berkereta sekitar kampung di K.Kedah, Gunung Keriang, Jalan Putera & terakhir sekali di kawasan Pekan Rabu untuk menampal poster pesko.Itu pun sabit azan subuh berkumandang.Kalau tidak...tak tahulaa..

Buat kalian AJK Pelaksana, ini masanya untuk mencari pengalaman kerana ianya tiada silibus dalam bilik kuliyah.Tunjukkan kreativiti kalian dalam berorganisasi.Tahniah di ucapkan di atas kesungguhan anda.

Ianya menjadi satu kemanisan apabila di hari sebenar konvo bila jumlah pengunjung yang hadir begitu ramai.Apa pun ianya pengalaman saya 2 tahun yang lalu.Sekarang ianya tinggal kenangan abadi buat saya.Saya insan biasa.Perlu banyak lagi belajar melalui pengalaman hidup....

Sabtu, 16 Ogos 2008

Malaysia Tercinta...




Bermula pagi 15 - 18 Sya'aban 1429, mahasiswa Mesir mengadakan sambutan Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan (PMHK) kali ke 51 di Dataran Hayyu Asyir dibawah kelolaan Perseketuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).Berkonsepkan Malaysiaku Tercinta di bawah tema Perpaduan Teras Kejayaan, maka diharapkan semua mahasiswa/wi malaysia yang berada di Perlembangan Nil ini dapat mengambil faedah dari program ini.

Untuk maklumat lanjut sila layari ; http//egp2008.blogspot.com.

Selasa, 12 Ogos 2008

Syabas buat Mahasiswa UiTM....


Kelmarin bersamaan 10 Syaaban, kebangkitan mahasiswa ala tahun 70 / 80 an kembali bergema di sekitar Dataran Shah Alam terus ke Banggunan SUK Selangor yang menempatkan Pejabat YAB Tan Sri MB Selangor.Kenapa jadi demontrasi aman 5RIBU mahasiswa berarak ke Pejabat MB?Analoginya mudah, saya katakan bahawa apabila orang politik mengeluarkan kenyataan tentang apa sahaja, semestinya ianya berbaur politik.

Saya masih teringat lagi di zaman selepas pilihanraya kali ke 10 pada tahun 1999, disebabkan banyak kerusi parti pemerintah dari pihak UMNO sedikit berbanding parti kompenan yang lain seperti MCA, MIC & sebagainya.UMNO tetap mengetuai BN.Tetapi harus diingatkan bahawa nilai hak melayu itu sendiri kian terhakis sebagai contoh PM ketika itu Tun Mahathir membenarkan 10 % kuota bukan bumiputera untuk memasuki MRSM, tertubuhnya UTAR yang telah lama diperjuangkan oleh MCA, yang mana dijanjikan kemasukan pelajarnya pelbagai kaum.Tetapi sehingga sekarang boleh dikira berapa orangkah pelajar melayu.Ada juga suara yang ingin membuka kuota kemasukan bukan bumiputera ke dalam UiTM golongan tertentu.

Tetapi yang saya hairan kenapa zaman itu tiada demontrasi aman terhadap syor kuota 10% tehadap kemasukan pelajar ke MRSM & UiTM?Adakah di zaman itu kepimpinan negara dianggap kukuh & mantap sehinggakan rakyat tetap memberikan kepercayaan pada mamanda PM?Adakah sekarang akibat kerajaan kian tumbang atau lemah oleh kerana banyak lena, menyebabkan cadangan ini dibangkitkan semula?Sendiri fikir sendiri jawab.

Bagi saya, pendapat MB Selangor itu ada baiknya, tetapi ingin saya tegaskan bahawa sekiranya mahasiswa ingin persaingan & cabaran yang mantap banyak lagi IPTA awam yang bercampur antara kaum.Kenapa perlu disebut UiTM?Yalah kita sedia maklum bahawa UiTM diperuntukkan dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dalam menubuhkan institusi pendidikan bagi kaum bumiputera.Wahai ahli politik!Adakah kalian lupa bahawa perkara yang berkaitan kontrak sosial ianya tidak boleh dicabar walaupun diusulkan untuk dimansuhkan dan disokong oleh majoriti ahli parlimen?Perkara 153 ini adalah sebahagian daripadanya.Maka ianya peruntukan undang-undang yang mutlak.

Dari aspek politik kita dapat lihat bahawa, biasalah.Bila hampir pilihanraya kecil P44 Permatang Pauh dalam beberapa jam lagi waktu penamaan calon.Ada saja puak yang cuba mengocak isu perkauman.Jika dilihat dari peratusan pengundi Melayu sebanyak 68.5 % iaitu seramai 40,039 daripada 58,449 orang keseluruhan pengundi.Ini mungkin satu bonus durian runtuh buat parti pemerintah.Tetapi awas buat ahli politik baik dari parti kerajaan atau oposisi, sebelum membuat sesuatu kenyataan media, anda mestilah berfikir adakah ianya risiko atau membawa kebaikan untuk hayat politik kalian.Harus diingatkan bahawa YAB MB selangor hanya memberi cadangan lisan, ianya bukan keputusan mesyuarat Exco Kerajaan Selangor.Walaupun ianya keputusan sekali pun, ianya bukan hak YAB MB Selangor hatta PM sendiri tiada hak.Selepas ini pihak ahli politik kerajaan atau pembangkang kenalah berhati-hati dalam membuat kenyataan.Walaupun baru cadangan lisan tetapi ianya sudah mendapat respon mahasiswa.Hidup mahasiswa.

Ikhlas saya katakan bahawa semasa parti pemerintah menang besar pada PRU 11 2004 kenapa isu ketuanan Melayu tidak dimomokkan.Kenapa nasib kaum Melayu Pulau Pinang, nasib penduduk Kg. Bujal Terengganu, nasib penduduk Kg. Berembang ntah apa lagi nasib tidak dititik beratkan.Semasa kalian berkuasa, kalian terlupa pada kami rakyat miskin.Tetapi apabila kalian jatuh ditikam keris yang kalian bangga.Barulah sibuk nak hidupkan isu perkauman, main wayang kulit kononya, nak tubuh entah apa lagi NGO Melayu.Ingatkah kalian sebelum PRU yang lalu kalian momokkan bahawa Demontrasi adalah haram, bukan budaya kita.Tetapi nah, Allah Maha Kuasa..kalian juga yang menghasut warga tua untuk melakukan demontrasi di hadapan Komtar.Rasakan bial jadi pembangkang baru tahu macam mana.

Dari segi politik kemahasiswaan, satu lembaran baru telah dibuat gerakan mahasiswa terhadap haknya yang selama ini dikekangkan dengan peraturan AUKU yang menyekat pergerakan kita.Kalau kelmarin mahasiswa UiTM Shah Alam sudah mula berani menunjukkan taringnya, sepatutnya ianya akan menjadi pembakar semangat, ikutan, titik permulaan untuk mahasiswa IPTA/S lain untuk bersama menggerakkan idealisme ini berteraskan kebebasan bersuara berpaksikan perlembagaan negara.

Bagi saya, selepas ini jika ada sebarang perhimpunan AMAN yang melibatkan mahasiswa hatta di hadapan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Pejabat PM atau di Parlimen Malaysia atau di mana-mana pejabat MB di setiap negeri.Diharapkan para mahasiswa UiTM akan bersama dengan mahasiswa lain dalam memperjuangkan masalah mahasiswa seperti PTPTN, celik Al-Quran, Penghapusan Tulisan Jawi secara halus,isu kenaikan harga barang, salah laku pentadbir Universiti, IFC, rasuah atau sebagainya.Itu pun setelah perbincangan yang telah dilakukan dengan pihak terlibat menemui jalan buntu.Perhimpunan AMAN adalah jalan terakhir bagi menunjukkan pendirian mahasiswa peduli.

Sekali lagi tahniah buat MPP UiTM, HEP UiTM, Pihak Pentadbiran UiTM & khasnya buat Naib Cancelor UiTM yang diketahui keUMNOanya.Apa pun tindakan kalian seolah-olah telah mengiktiraf pindaan AUKU yang telah diluluskan di parlimen tempoh hari.Walaupun kalian masih lagi memakai Akta 174.Disamping kalian telah menyatakan hak bersuara di hadapan pihak pemerintah.Kalian usah takut dan fobia dengan cadangan berkenaan.Kerana PM sendiri dah maklumkan setiap pengambilan pelajar adalah hal institusi berkenaan (UiTM), mereka yang tentukan dasar.Ahli politik tiada hak.Lepas ni putih mata la MCA & Gerakan.

Isnin, 11 Ogos 2008

Di sebalik pembatalan MOU Al-Azhar, Pindaan AUKU yang diterima..(bahagian 1)


Saya teruja apabila ada ketumbukan mahasiswa di tanah air membentuk Gabungan Mahasiswa 18 IPTS Pembatalan MOU Al-Azhar (BANTAH) walaupun pada dasarnya ianya agak terlewat.Mengikut kronologi, ianya berkuatkuasa 22 April 2008 lalu disamping kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Presiden Al-Azhar pada 3 Mei 2008.Bermula dengan rombongan Kerajaan Negeri Kedah yang diketuai oleh Dato' Timbalan Rektor KUIN & Prof. Dr.Abd Aziz pada 25 Mei 2008 dan disusuli pula dengan perjumpaan rektor serta mudir Ikatan Institut Berkembar al-Azhar ( IKBAL) yang diketuai oleh Dr Zawawi Ahmad.Tapi perjumpaan pihak mereka juga tiada sesiapa boleh menjangkakan adakah akan dipertimbangkan atau sebaliknya oleh Majlis Tertinggi Al-Azhar yang diketuai oleh Sheikh Al-Azhar satu lembaga tadbir tertinggi Universiti Al-Azhar.

Pun begitu mungkin ada hikmahnya, memang dari segi teknikal & prosedur pentadbiran ianya boleh dipertikai disebabkan pembatalan tanpa notis.Bayangkan penguatkuasaan pembatalan tersebut dikuatkuasakan pada 22 April 2008 dan dijelaskan melalui Kenyataan Rasmi Pejabat Presiden(Rektor) Al-Azhar pada 3 Mei 2008.
(sila rujuk ;
http://mymkkk.org/zakariaothman/index.php?option=com_content&task=view&id=43.

Sekiranya pihak yang berkenaan mahu ianya disambung kemungkinan maklumat ini akan dimaklumkan kepada (IKBAL) dan kepada Kerajaan Memerintah melalui Kementerian Pengajian Tinggi dengan awal.Ini tidak, dibiarkankannya menjadi momokan para Azhari tanpa membuat kenyataan rasmi.Kebetulan saya membantu Sekretariat Mahasiswa di sebuah IPT dalam menyampaikan maklumat di sini kepada mereka.Saya sendiri mengetahui perkara ini pada 28 April.Seterusnya saya mencadangkan ajk sekretariat mahasiswa di Malaysia agar menghubungi sendiri KPT melalui pegawainya, En Rushdan untuk bertanyakan mengenai spekulasi tentang pembatalan MOU kali ini.Beliau menjawab sekadar tarikh berkenaan tiada maklumat apa-apa.Disamping urusan pengurasan borang ke Universiti Al-Azhar untuk pelajar Muadalah berjalan seperti biasa.Pelik B. Ajaib.Adakan segala keputusan berkaitan prosedur pentadbiran mengenai pembatalan MOU boleh diperap.Mungkin juga, kan nama pun pembatalan MOU tanpa notis.Kalau ikutkan gazet KPT, pengumpulan borang akan tamat pada 30 JUN 2008.

Bagi saya, sepatutnya kita bermuhasabah.Dalam kes ini semua pihak perlu bertanggung jawab.Sememangnya menjadi tanggung jawab kami mahasiswa untuk menuntut ilmu seterusnya berjaya dan dapat berbakti kepada masyarakat.Tetapi kita tidak harus lupa.Menjadi tanggung jawab pihak berkenaan juga dalam menjaga kebajikan generasi harapan ummah.Tidak dinafikan kalian memang menjalankan tugas dengan baik.Tetapi bukan semua kita sempurna.Pun begitu ada juga pegawai yang cenderung ke arah politik.Jadi apakah tindakan kita sebagai mahasiswa yang profesional.Bagi saya kita dekati mereka.Walaupun terkadang ada yang tidak berpuas hati dengan tindakan ala kepartian mereka.

Harapan saya, dekatilah kami dalam mendengar cadangan serta masalah yang kami hadapi.Sekurang-kurangnya dapat mengelakkan daripada lahirnya mahasiswa yang lebih agresif dalam tindakan.Kerana apa jadi begini?Mereka tidak salah, lahirnya sifat seperti itu apabila segala cadangan, perhatian, keluhan mereka tidak diendahkan.Di satu pihak pula, golongan mahasiswa mestilah sentiasa berlapang dada dalam bermuamalah dengan para pegawai kerana bagi kita di sini, mereka ibarat bapa kita.Kebanyakan cabang dakwah sudah dipelajari.Inilah masanya kita mempraktikkan teorinya.

Pun begitu, kembali ke tajuk asal.Walaupun rayuan kali ke 2 sudah ditolak oleh Al-Azhar.Sekurang-kurangnya pihak yang opoturnis dalam membuatkan pihak Al-Ahar tidak lagi pecaya kepada MOU berkenaan mestilah bermuhasabah.Ianya melibatkan semua pihak.Baik diperingkat KPT, IKBAL, Kedutaan Malaysia Kaherah, JPMK Kaherah, dan yang paling penting mahasiswa yang terlibat khususya diri saya sendiri.Mungkin kerana kelalaian kita maka ada pihak lain yang mengambil kesempatan di atas kelemahan ini.

Selamat Bermuhasabah.

Sila rujuk ertikel berkenaan ;

1) http//gamisdaily.com/blog/?p=797.
2)http//gamisdaily.com/blog/?p=832.
3)http//mymkk.org.zakriaothm/index.php?option=com_content&task=view&id=45






Rabu, 6 Ogos 2008

Selamat bersidang buat Hakim Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur.

Pada hari buat kali keduanya Dato' Seri Anwar didakwa atas tuduhan melakukan hubungan seks luar tabiie mengikut seksyen 337B kanun keseksaan.Dengan penggunaanseksyen ini, ianya boleh menghalang beliau dari bertanding di P44 pada 16 Ogos ini.

Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai kes ini kerana proses pendakwaan sedang berjalan di mahkamah.Dikhuatiri boleh menggangu prosedur pendakwaan.Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak, baik di pihak tertuduh maupun yang dituduh ataupun buat-buat tuduh.Bagi seorang mahasiswa seperti saya, semestinya kami mengharapkan proses keadilan HIDUP bukan sebagai kosmetik.DSAI ada hak membela diri dan Saiful juga da haknya untuk mendakwa walaupun agak pelik kita dengar bahawa mangsa diliwat 9 kali dalam masa 7 bulan.Bunyinya seperti ada kerelaan.Yalah dah 9 kali duburnta ditutuh.Pelik bin ajaib.Kenapa sekarang baru takut nak buat kenyataan media melalui peguam.Adakah malu, takut. Sedangkan sebelum ini kononnya diliwat beberapa kali pun masih berani mendampingi bos.Adakah ini konspirasi?Kita nantikan penghujahan kedua-dua pelakon ini yang akan memakan masa masa dalam beberapa tahun.

Bagi saya jika pihak kerajaan Pemerintah ikhlas dalam memomokkkan konsep ISLAM HADHARI pasal ke3 "Kerajaan Adil & Amanah".Semestinya kes bunuh, hubungan seks, komisyen kapal selam juga dibicarakan secara adil & digembar gembur secara meluas di media.Ini baru adil.Yalah, sehingga sekarang sudah ada 2 orang yang berani membuat pengakuan bersumpah tentang penglibatan seorang pemimpin kerajaan & isteri.Beliau juga pernah ditangkap khalwat beberapa tahun yang lalu di Negeri Sembilan.Tetapi kesnya dipadam lumat.Kes ini nak sama.Tetapi kes BUNUH AlTantuya lebih teruk kebobrokannya, pembunuhan yang tidak ada kemanusian.Menggunakan bom C4 yang hanya boleh diluluskan pengeluarnya oleh Menteri Pertahanan.Disamping ianya melibatkan hubungan diplomatik 2 negara.

Tetapi bagi kes Saiful hanya beliau sahaja yang membuat laporan di balai polis.Setakat sekarang belum ada pengakuan bersumpah melalui pesuruhjaya sumpah yang telah dibuat oleh saksi yang lain.dan telah ada 2 orang dari Pusrawi & Hospital Besar Kuala Lumpur yang telah membocorkan laporan kesihatan duburnya.

Bagi saya, Saiful ada haknya yang patut dihujahkan di mahkamah.Tetapi jika pesalah terlepas di dunia.Ingatlah bahawa kalian tidak akan terlepas di Mahkamah Allah kelak.

Apa pun, siapalah saya nak mencabar kerajaan Malaysia untuk entri seperti ini; Jika anda ingin laksanakan ISLAM HADHARI; kemanakah prinsip Kerajaan Adil & Beramanah?Adakah sudah dibuang ke dalam tong sampah, apabila berakhirnya kempen pilihan- raya?Kenapakah anda hanya menumpukan kes liwat ini sahaja.Jika seorang rakyat biasa yang bergelar mantan perdana menteri boleh didakwa.Kenapa tidak bagi seorang Timbalan Perdana Menteri yang bergelar juga wajib didakwa oleh kerana 2 akuan bersumpah terhadapnya sudah dibuat.Jangan pandai berlakon musang berbulu ayam.Kerana rakyat sudah berilmu dalam membuat penilaian.

Hairan B. Ajaib, walaupun ada laporan dibuat tentang salah laku terhadap Ketua Polis Negara & Peguam Negara.Tetapi mereka bebas menjalankan tugas.Siap boleh buat arahan pendakwaan terhadap orang lain.Sedangkan diri sendiri pun kena dakwa.Sepatutnya kedua-dua mereka perlu meletak jawatan seketika atau digantung tugas untuk disiasat oleh Suruhanjaya Diraja.Itupun kalau pihak Pemerintah ingin dimomokkan sebagai MR. Clean Adil & Amanah.

Saya bukan ahli mana-mana parti, tetapi proses keadilan yang saya tuntut.Baik di pihak Saiful & DSAI, Altantuya, KPN, Peguam Negara serta kes-kes rakyat yang perlu kepada proses keadilan.Fikir-fikirkanlah ayat isteri Abd.Razak Baginda; Kenapa tangkap suami saya?Dia bukan ada cita-cita nak jadi PM....Mahasiswa berilmu, kalian berhak memberi pendapat ilmiah.

Maaf dipinta....

Sudah seminggu lebih saya tidak menulis di dalam "Monolog Jiwa".Mungkin juga di atas kesibukan yang saya cipta.Pun begitu, saya memohon maaf kepada sahabat-sahabat yang telah sudi berkunjung.Sedangkan kalau ikutkan dunia dikejutkan dengan pelbagai isu kemahasiswaan.Khususnya di Mesir yang berkaitan dengan keputusan peperiksaan yang baru sahaja keluar.Yang najah selamat membuat perancangan yang seterusnya.Jika sebaliknya, kita masih ada harapan.Mungkin kejayaan kita, kecemerlangan yang tertunda buat diri kita.

Amnya di Malaysia pula, iklim mahasiswa dikejutkan dengan pindaan yang akan dibuat terhadap AKTA AUKU oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Tertubuhnya BANTAH yang diwujudkan untuk merayu agar kerajaan Malaysia mempertimbangkan tentang masa depan pelajar Muadalah di IPTS pengajian Islam tempatan & disamping isu POLITIK tanah air yang kian berat sebelah walaupun di pasal ke 3 dalam RUKUN ISLAM HADHARI yang berbunyi ; Kerajaan adil & amanah.Kita nantikan sejauh mana ianya akan adil & amanah?

Saya muak untuk mengulas entri berbaur politik kerana saya bukanlah ahli mana-mana parti politik.Pun begitu saya amat berminat dalam mengkaji perjalanannya.Bagi saya, tidak salah jika seorang mahasiswa dapat mengambill tahu sedikit sebanyak tentang politik tanah air bahkan ianya menjadi nilai tambah di alam kemahasiswaan.Kalau kita sebagai mahasiswa masa depan pun tidak endah tentangnya sapa lagi nak ambil tahu.Kita nantikan seminggu dua lagi tentang tahap kepanasan hizbul hakim & hizbul mu'taridh di Malaysia.Adakah rakyat menantikan tarikh 26 Ogos ( p/raya P44) atau 29 Ogos ( Pebentangan Bajet bagi tahun 2009).Kita nantikan.