Sabtu, 28 Februari 2009

Khamis, 26 Februari 2009

KAWAT TAKZIAH

Dengan perasaan duka nestapa saya ungkapkan ucapan takziah buat Saudara Shafiq dengan nama timangan Bang Mat & keluarga di atas kembalinya Allahyarham ayah beliau ke pangkuan Robil A'la pada hari Khamis yang lalu pada 26 Februari 2009 yang lalu.

Di didoakan semoga Allah merahmati & menempatkan roh Allaryarham di kalangan orang-orang yang beriman.Disamping memberi kekuatan & kesabaran pada keluarga Bang Mat di atas pemergian ayah yang dicintai.

Al-Fatihah...

Ahad, 15 Februari 2009

Jadual kuliah..



Alhamdulillah jadual kuliah Bahasa Arab Tahun 4 sesi ini sudah keluar cumanya hari ini kuliah masih belum bermula.Semoga semester ini membawa perubahan yang terbaik.

Explorasi Sinai 09'

Tarikh; 16 - 18 Februari 2009.

Antara lokasi yang akan dilawati ;

  • Terowong Ahmad Hamdi.
  • Makam para anbiya' di sekitar.
  • Kubu Salehuddin Al-Ayubi.
  • Jabal Musa.
Anjuran ; Unit Kebudayaan, Keseniaan & Sukan KPP 08/09.

Bazar & Kejohanan Seni Silat Terbuka


"KEJOHANAN SENI SILAT TERBUKA 09"

Tarikh : 18 & 19 Februari 2009 M bersamaan 23 & 24 Safar 1430 H.
Hari : Rabu dan Khamis
Masa : 7.00 pagi hingga 4.00 petang.
Tempat : Dataran Kompleks Haiyu Asyir.

*Terbuka kepada seluruh warga Malaysia di Mesir
**Borang boleh didapati di pejabat MKKK, Haiyu Asyer atau melalui Muhammad Naim bin Noh (011-2987851) dan Izman Hafidz bin Muhammad (010-7885382).

"BAZAR SELERA JELAPANG"

Tarikh : 17 - 19 Februari 2009 M bersamaan 22 - 24 Safar 1430 H
Hari : Selasa hingga Khamis
Masa : 8.00 pagi hingga 11.00 malam
Tempat : Halaman Asrama Darul Aman 2, Haiyu Asyir.

* Dijemput kepada seluruh warga Malaysia di Mesir untuk bertandang.
** Nikmati pelbagai juadah makanan yang bakal disediakan! Dari Utara ke Selatan.

Seluruh ahli Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK) yang berada di Perlembahan Nil dijemput untuk menyertai dan memeriahkan lagi program yang akan diadakan. Semoga ukhuwwah yang terbina akan terus mantap dan utuh.

Diambil maklum daripada: http://mymkkk.org/v2/modules.php?name=Berita&file=view&id=332

Bingkisan Hati....


Bingkisan ini hanya sekadar,
Tanpa nukilan lara jiwa,
Apalagi bunga asmara,
Seperti kita yang telah menjadi kita,
Tanpa perlu banyak upacara.

Bingkisan ini penuh berlagu,
Lagu kiasan tanpa lirik,
Tanpa perlu banyak kata bicara,
Yang seringkali tiada guna,
Penuh dengan hipokrit penista,
Pandai berlakon di pentas dunia,
Namun yakinlah makna di dalamnya,
Tiada bedanya.

Bingkisan ini tanpa petanda,
Akan hari cinta, kasih & sayang,
Tanpa hati yang romantis,
Tidak jua semanis coklat,
Bukan jua sewangi mawar berduri,
Tanpa sampul merah hati,
Tanpa pertemuan di luar batasan.

Apa semua tu...?
Hari kasih kekasih?
Hari cinta yang kian tenggelam,
Karam dek hawa nafsu,
Entah ke mana...

Katakan tidak pada Valentine,
Telusuri dahulu sejarahnya,
Ketahui dulu kisahnya,
Usah ikut membuta-tuli,
Takut nanti cinta yang lama,
Hanya tinggal ketika.
Cinta tiada,
Aqidah entah ke mana..

Bingkisan ini bukan pada engkau!
Tetapi khas buat yang teristimewa,
Sebagai ingatan tika muda remaja,
Katakan tidak pada Valentine!

Kembalilah kita yang asal,
Dijadikan DIA untuk bersamaNya
Kasih pada DIA
Cinta padaNYA.


Hasil nukilan sahabat seTanta....

Khamis, 12 Februari 2009

Teka-teki...?



Pagi Isnin lalu sempat saya menjenguk entri Bakal Pegawai Kebajikan Pelajar Kedah (Mesir), Ustaz Yusoff B. Ahmad.Di bawah tajuk "masih teka-teki" berkaitan jawatan beliau.Walaupun telah menghadiri Majlis Serah Terima Tugasan PKPK daripada mantan pegawai yang lalu, Ust. Zakaria tetapi sehingga tarikh 2 Februari lalu Ust. Yusoff belum lagi menerima memo /surat tawaran daripada Bahagian Sumber Manusia Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.
(http://syeikhyusoffahmad.blogspot.com/2009/02/masih-teka-teki.html)

Dalam masa yang sama di entri blog beliau bertarikh 5 Februari ada menyatakan bahawa Ustzah Nawal Bt. Nawawi iaitu isteri beliau baru sahaja dilantik ke jawatan Pengetua Maktab Mahmud Pokok Sena yang dulu dikenali Madrasah Raudhatul Ulum, Langgar.Setelah setahun sekolah tersebut tidak berpengetua.

Secara peribadi saya doakan semoga Allah memudahkan urusan Ustaz Yusoff dalam melaksanakan tugasan.Jika ada rezeki dapat jualah surat / memo tersebut.Cumanya mungkin dalam urusan terakhir untuk pengesahan jawatan.Buat Ustazah Nawal diucapkan "Selamat Bertugas" sebagai pengetua.

Bagi saya warga mahasiswa/wi Mesir sedia menerima sesiapa sahaja bakal Pegawai Kebajikan Pelajar Kedah (PKPK) yang dihantar oleh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.
Alhamdulillah selama 6 hari di Mansurah & Tanta akhirnya sampai ugak di Kaherah...


NanTikan EnTrI BaRu....

VaLenTine HaRi DuRjaNa...
Yang Penuh KepuRa-PuraAn..

Isnin, 9 Februari 2009

Krisis Perlembagaan Negeri Perak...

Sebagai seorang mahasiswa saya katakan diri ini bebas membuat telahan, andaian, komentar prinsip tentang politik sesebuah kumpulan, persatuan, negeri maupun negara mengikut pengkajian, analisa, pembacaan, analogi yang berkaitan.

Dalam konteks iklim politik Negeri Perak, secara peribadi marilalah kita menghayati firman Allah iaitu

قل اللهم مالك الملك تؤتي الملك من تشاء و تنزع الملك ممن تشاء و تعز من تشاء و تذل من تشاء بيدك الخير

إنك على كل شئ قدير

Katakanlah : Ya Allah Ya Tuhan..... Raja yang memiliki Kerajaan ( di dunia dan di langit ) Kau mengurniakan kerajaan kepada siapa yang Kau kehendaki dan Kau menyentapnya dari siapa yang Kau kehendaki dan Kau muliakan sesiapa yang Kau kehendaki dan Kau menghina sesiapa yang Kau kehendaki . di dalam genggamanMu segala Kebaikan sesungguhnya Kau Maha Berkuasa di atas segala suatu .


Cumanya mungkin berkaitan dengan prosedur & teknikal duniawi yang perlu dirujuk pada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.Apa pun pihak yang terlibat usah baling batu sembunyi tangan manakala mangsa yang kepalanya terkena batu mereka daripada golongan rakyat bawahan pula usah terperangkap dengan dakyah songsang tersebut.Sebagai contoh menyanggah Payung Negeri dengan kritikan yang penuh emosi.Segala tindakan mestilah secara profesianal mengikut lunas-lunas perlembagaan.Kita ada adab & tata susila biarlah monyet, kera, beruk, lotong di Hutan Simpan Lenggong sahaja yang bergayut keriangan tatkala memperolehi 2/3 daripada seikat pisang buruk.Tetapi bukan kalian kerana sebagai manusia kita ada tempat mengadu.

Usahlah dek kerana kemarahan yang berkiblatkan emosi hawa nafsu-nafsi kalian sanggup memaki hamun Paduka Seri Tuanku Sultan negeri kalian.Usah terpedaya dengan omongan mereka yang cuba menyeret institusi beraja ke lembah politik yang penuh caca-merba.

Biarlah mereka rakus merampas kuasa mungkin ini giliran Sang Harimau Tua yang kemaruk kuasa.Tetapi usah kalian bermuram durja kerana kalian sudah buat yang terbaik dalam 10 bulan 27 hari semasa hayat dikandung kuasa.Ini mungkin satu hikmah yang penuh makna buat semua sang penguasa.Usah lalai bila di tahkta peterana keran tatkala jatuh kelak kita bisa meroyan dek kerananya.

Inilah perangcangan rapi tatkala Baginda Paduka Seri Tuanku Sultan Perak menyambut Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan baginda maka rancangan ini diusahakan sebaik mungkin.Itulah mereka.Bagi mereka yang penting adalah kuasa.

Sekali lagi saya tegaskan bahawa Allah jua Pemerintah yang Maha Abadi lagi Maha Adil.Biarlah di Dunia kita ditipu & dikhianati dan sengsara akibatnya.Tetapi kita hidup dengan berprinsip & mati kita juga dengan penuh penghormatan daripada Allah.Biarlah sekali sahaja kita ditipu tetapi bukan untuk kedua kalinya.Kerana di sana ada masa untuk bangunkan semula segala strategik dan sesi muhasabah untuk penggal yang akan datang.

Kawat Takziah



9 Feb- Al-Fatihah buat Allahyarham YB. Tuan HAJI ROSLAN BIN SHAHARUM, 50 telah kembali ke rahmatullah pada tengah hari tadi waktu Malaysia.Allahyarham diserang sakit jantung ketika sedang berbasikal dekat rumahnya di Changkat Lallang, Batu Gajah pagi tadi.

Untuk makluman, beliau adalah salah seorang daripada 9 orang ahli parlimen Parti Islam SeMalaysia PAS yang berkunjung ke Mesir pada 31 Januari lalu semasa dalam rangka lawatan ke Gaza, Palestin untuk menyampaikan bantuan kewangan untuk mangsa Rejim Zionis.Alhamdulillah sempat juga saya bersalam dengan Allahyarham tatkala bertemu dengan beliau di sini.

Beliau adalah Ahli Dewan Rakyat P.59 Bukit Gantang, Perak.Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, amin.

Mungkin ada hikmah tersingkap di sebalik mendungnya iklim politik di negeri yob itu.Allah jualah yang Maha Mengetahui.