Jumaat, 28 Ogos 2009

Semak maklum



MAKLUMAN:KEPUTUSAN IKTIRAF (KHAS) GRADUAN MUADALAH Kolej Universiti Insaniah (INSANIAH)/MESIR dari sesi 2004-2008 telah diperakui & diSAHkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam &Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Kepada mahasiswa yang telah bergraduasi pada tahun 2009 anda bolehlah membuat semakan nama sebelum pulang ke tanahair.Dapatkan borang online di portal Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia( http://www.jpa.gov.my/)

Walaupun proses semak sah ini memakan masa yang lama dan terdapat kerumitan dalam proses pengesahan jawatan bagi graduan yang memohon sebagai penjawat awam kerajaan sebelum ini.Akhirnya ianya disahkan oleh pihak terlibat..


Penghargaan terima kasih kepada Saudara Abu Zar yang banyak membantu menyelesaikan segala permasalah & menyampaikan info kepada pihak kami di Mesir, tidak lupa juga kepada Saudara Syafiq Johari serta Pihak Hal Ehwal Akademik INSANIAH dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia & Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Mana lebih Zalim?









Maklumat Ringkas:


SEBAT CARA ISLAM
1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah.


SEBAT CARA SIVIL.


1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.


EHSAN ;http://syaomel85.blogspot.com/.





Ahad, 16 Ogos 2009

Susu Unta.

Setelah di awal tahun saya merancang dengan seorang sahabat untuk pergi ke Hadaye' Zaitun akhirnya kelmarin tercapailah hajat yang telah disepakati.Seusai pengajian dengan Sheikh Abd.Azim saya berehat menyimpan tenaga kerana sebelum Asar kami ingin bertolak ke Shoubro berziarah ,Pejuang Kecil setelah bertanya khabar (berengah). bersama Ust Pon.Hampir jam 7 malam kami bertolak ke destinasi arah tuju (Hadaye' Zaitun) dengan Metro.

Bukan senang nak pi beli susu unta kat Kaherah sheikh.Tak kena cara xdak.Maklumlah mushrif kami dah hampir 2 tahun tidak berkunjung ke situ.Mulanya niat hendak membeli susu unta.Tetiba sahaja macam berada di Saudi pula.Maklumlah di sana banyak kedai-kedai pakaian Islam seperti Dafah & lain-lain lagi.

Apa pun akhir sekali setelah puas bertanya kai jumpa juga Gerai kecil yang menjual susu unta dengan harga LE15 (1/2 kg).Rehlah saedah.Berkaitan faedah & khasiat susu unta untuk mengubati penyakit.Kalian boleh merujuk para sahabat taulan kita daripada Kuliah Tib atau rujuklah di ruang maya.


# Maaf, lupa nak bawa Kamera.Lain hari sampai lah lagi.

Rabu, 12 Ogos 2009

Kawad takziah.....


Untaian Al-Fatihah di atas kembalinya Almarhum Ustaz Asri Ibrahim (Ketua kumpulan nasyid Rabbani) , 40, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Pantai, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung, lapor laman web Berita Harian.

Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

Semoga rohnya dicucuri rahmat serta ucapan Takziah buat ahli keluarga Allahyarham agar diberi kekuatan & ketabahan.

Rabu, 5 Ogos 2009

Pembubaran Dewan / Sambung Penggal?


Merenung jauh memikirkan hala tuju yang entah ke mana......

Alhamdulillah dengan saya sudah membuat Sembah Maklum berkaitan keputusan Peperiksaan Sesi 08/09 kepada mak serta keluarga pada petang tadi.Ada babak-babak yang kebiasaan berlaku tatkala seorang anak berbual dengan ibu tercinta semestinya semua tahu dan pernah melaluinya tambahan pula terpisah dek beberapa benua.

Cukuplah saya katakan terlepas jua rindu terhadap mak stelah sekian lama hanya menghantar pesanan ringkas melalui telefon bimbit.Maklumlah nak dapatkan loyret cukup payah.Sebelum ini selalu menggunakan evois.ada sahabat sanggup membantu menjalinkan kasih antara anak & ibu.Ia cukup bagi saya.