Isnin, 30 Jun 2008

Selamat sampai..


Semalam saya sempat menelefon Dr. Ali Abd. Rahman, Dekan Kuliyyah Bahasa Arab.Pada masa itu, beliau sedang bergerak ke Mator Qodim, Kaherah, iaitu 3 jam sebelum beliau berangkat ke Malaysia.Bagi saya, dialah ayah, pensyarah dan tempat rujukan saya ketika 2004-2007 yang lalu.

Rasa di hati perlu juga bercakap sepatah dua dengan beliau, walaupun bicara saya bersamanya ringkas, tetapi amat bermakna sekali.Disamping memohom maaf kepada beliau di atas ketidakhadiran saya untuk menghantarnya di mator.Di akhir kalam, saya memohon agar beliau mendoakan saya.(gambar Dr Ali dari kanan sekali).Semoga Allah memberkati segala amalan beliau.

LIWAT?GOLONGAN YANG DILAKNAT ALLAH.


Sedikit telahan politik tanah air buat renungan, walaupun saya amat berat dalam membuat ulasan atau memberi respon di bawah kata kunci"politik", tetapi tidak salah kiranya kita membuat kupasan secara ilmiah.Negara baru sahaja digemparkan dengan akuan bersumpah oleh Raja Petra tentang penglibatan isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur dalam kes pembunuhan Altantuya.

Dalam tempoh tidak sampai berapa hari satu lagi bom C4 meletup lagi.Tapi kali ini kesnya berbeza.Ia melibatkan laporan seorang budak yang mentah dalam selok belok politik.Umurnya seusia saya.Dalam blog ini bukan saya hendak promosi beliau, bukan juga untuk mensabitkan bahawa DSAI tidak salah ataupun bersalah, apalah kemampuan saya untuk menyiasat.Sementelah pihak berkuasa pula sedang menyegerakan siasatan.Ini satu pembaharuan ke arah kebaikan.Mana tidaknya, jika ada kes yang melibat pemimpin yang kontra dengan kita, ia akan disiasat dengan segera.Ini berlaku kepada Presiden SAPP tatkala beliau menyatakan bahawa partinya akan menyokong UNDI TIDAK PERCAYA terhadap PM Malaysia.Tiba-tiba sahaja sehari selepas itu, pihak BPR mengumumkan tentang pembukaan semula tentang kes rasuan beliau yang melibatkan 5 juta setelah 12 tahun ianya berlalu.Adakah kita lupa bagaimana karier politik Dato Seri Chua Soi Lek dijahanamkan?Tetapi kenapa ia masih lagi dilantik sebagai penasihat MCA Johor.Adakah dia mengetahui rahsia kerajaan, maka ia dijaga.Buatlah penilaian.

Tetapi kenapa jika ada laporan yang melibatkan salah laku pemimpin parti pemerintah, pihak berkuasa agak "lampi" tidak bertenaga, contohnya isu Altantuya yang melibatkan masalah bukan sekadar hubungan seorang anak dengan ayah bahkan melibatkan 2 buah negara.Dimanakah prinsip ISLAM HADHARI yang dimomokkan selama ini dalam prinsip ke 3 " KERAJAAN ADIL DAN BERAMANAH".Adakah saat pilihan raya baru dihidupkan semula momokan ini?Hairan bin ajaib, kenapa hanya orang politik sahaja yang membei komen.Sedangkan kelibat si Saiful ini entah pergi ke mana menghilang.

Atas sifat sebagai mahasiswa.Di sini saya bawakan komen daripada kawan Saiful Bukhari sendiri yang sepengajian dengan beliau.Sila rujuk http://ainisazreen.wordpress.com/.
Nasihat saya buat pihak yang terlibat, ingatlah bidang politik memang banyak permainan kotor jika ianya tidak disulami dengan sifat takwa kepada Allah maka tunggulah saat kehancuran.Jika di dunia mungkin kalian terlepas.tapi di akhirat bagaimana kalian hendak behadapan dengan Sang Penciptaiaitu Allah s.w.t.Sesungguhnya Allah itu Maha Adil.

AHLAN WASAHLAN...


Tidak terlambat kiranya untuk saya mengucapkan Selamat Memulakan Pengajian Sesi Pengajian 2008/2009 buat seluruh mahasiswa dan mahasisiwi IPTA & IPTA terutamanya di Kolej Universiti Insaniah,Alor Star Kedah.

Kepada pimpinan mahasiswa MPM/JAKSA KUiN, Tahniah kerana kalian masih meneruskan "TRADISI MEMBELA KEBAJIKAN MAHASISWA".Kerana itu memanglah tugas suci kita dalam menerapkan nilai-nilai "Dakwah Bil Hal" disamping tidak melupakan aspek "Dakwah Bil Lisan" kepada lapisan masyarakat kolej.
Buat mahasiswa/wi baru sesi ini, kalian sekarang berada di kolej yang mana cara pemikiran dan pergerakan kalian amat berbeza dari sekolah menengah.Mana tidaknya, tatkala melangkah masuk ke sana mesti ada kejutan baru buat jiwa kalian.Apa pun usah risau mahupun gentar, kerana setiap institusi pendidikan baik universiti ataupun kolej universiti ianya melatih kalian cara berfikir, merumus serta membuat keputusan.Dengan syarat kalian mesti bersedia membuat perubahan ke arah kebaikan dan berfikir secara kreatif.

Mana tidaknya, nanti kalian akan dibebani dengan beban aktiviti seperti tugasan kuliyah, ko-kurikulum dan persatuan.Apa pun jadikan ia sebagai pengalaman untuk diintrepetasikan dalam kehidupan harian.Itu belum lagi diuji dengan masalah perbadi seperti besifat culas dalam menghadiri kuliyah, masalah cinta dan sebagainya.Buat pimpinan ko-kurikulum khususnya Pasukan Askar Wataniah Lokasi KUiN, teruskan perjuangan "GAGAH SETIA".

Sebagai renungan, sekiranya kalian mempunyai masalah, rujuklah kauselor kolej, Cikgu Hassan, ataupun orang yang boleh dipercayai.Jika anda mempunyai masalah mengenai pengajian, kebajikan kemahasiswaan, sila rujuk terus kepada pihak berkenaan MPM, HEA, HEP.Usah membuat sebarang spekulasi hangat tanpa bukti.Usah jadi orang yang opurtunis dalam hal tersebut.Akhir kalam, gunalah peluang yang terbaik dalam mengembangkan bakat kalian terutamanya dalam bidang akademik ketika kalian berada di KUIN.
Redho_elbadry.
Bait Tholabah Berlis,Cairo.

Sabtu, 28 Jun 2008

Dialah Abi, Mursyidi, Murobbiku...

Syukur kepada Allah s.w.t, Alhamdulillah kelas pengajian talaqqi al-quran setiap pagi Khamis & Sabtu bersama Sheikh Abd. Azim B. Sya'ban B. Sultan telah bermula pagi tadi setelah ditangguhkan sejak musim peperiksaan bulan lalu.

Bagi saya, dialah ayah, mursyid, murobbi di bumi yang penuh barakah ini.Tatkala ayah (senasab) berada di Malaysia.Oleh kerana saya mempunyai ceritara sendiri bagaimana saya boleh bertallaqi dengan beliau.Kalau diberi peluang, insyaAllah nanti saya akan berceritara dengan kalian tentang beliau.

Apa pun pengajian dengan beliau memerlukan keazaman yang kuat.Disamping beliau amat menekankan soal adab ketika menuntut ilmu dan sentiasa berani dalam menegakkan kalimah Allah di muka bumi.

Jumaat, 27 Jun 2008

ALHAMDULILLAH..selesai juga akhirnya.


InsyaAllah, jaulah singkat kali ini akan berakhir pada malam ini, kalau tiada aral melinang, saya kan berangkat pulang ke Kaherah selepas Insya'.Apa pun "trimas" buat Budin, Senun, Zul, Arenip,Gapaq, kerana sudi melayan karenah saya semasa di sini.Syukran jazilan juga buat pasangan mempelai bagaikan "aish dan ful" yang saling melengkapi terutamana buat Ust.Affie dan Ustz. Halimatun Mardiana.Moga kalian bahagia di dunia & akhirat.

Apa pun jalan saya masih panjang, kalian berdua mendahului, kami insyaAllah akan mengikuti jejak kalian.Seperti kata-kata motivasi saya, "kalau ada rezeki (jodoh) tidak ke mana".Cuma masa dan ketika sahaja.Kerana semuanya telah tertulis di Lauh Mahfuz.

Khamis, 26 Jun 2008

Souq Dirosat, Mansourah..


Dalam perjalanan balik, pada jam 11.30 malam, kami singgah sebentar di Souq (pasar) Dirosat, Mansourah.Walaupun lagi setengah jam hari akan silih berganti, suasana di sini amat sibuk sekali.Seolah-olah masyarakat di sini berpesta membeli-belah.Pergerakan kenderaan berhampiran souq tersebut amat perlahan sekali, sesak (zahmah) istilah yang paling mashsyur sekali di bumi Mesir ini.

Tujuan saya ke souq tesebut adalah untuk membeli inab (anggur).Harga di sini sangat murah sekilo baru LE 2 (RM 1.25) berbanding Kaherah sekilo LE 4 ( RM 2.50).Anggur di sini dari kebun, masih segar lagi.

Pengalaman pertama di Bumi Mesir...


Pada malam ini, selepas maghrib saya bersama sahabat memenuhi jemputan Majlis Akad Nikah pasangan pelajar Malaysia di Dirosat, Mansourah.Sesampainya di sana, kami sempat berjenaka dengan pengantin lelaki, Ustaz Affie.Seusai melawak kami menjamah pula Nasi Ayam Masak Merah.Ooyooo, sedaplah pula, apa tidaknya, "free".

Saya sempat juga bertanya khabar dengan kawan-kawan dari Tanta, Rais dan yang lain.Selepas Insya' kami bertolak ke rumah pengantin perempuan di Rumah Ummu Rumman yang tidak jauh dari situ.Majlis akad nikah atau kalau istilah Mesir (Majlis Aqdhu Qiron) dan Khutbah Nikah dilaksanakan oleh Al-Ustaz Dr. Ali Luqom pensyarah Kuliyyah Bahasa Arab & Dirosat Islamiah(mahasiswi) Mansourah.

Selesai majlis tersebut, sahabat yang lain sempat mengambil gambar kenang-kenangan dengan pengantin lelaki.Sebelum saya melangkah pulang, Pengerusi Dewan Perwakilan Mansourah sempat bertanya soalan cepu mas kepada saya "ustaz bila lagi".Jawapan saya ringkas tetapi secara umum, "InsyaAllah selepas mengaji".Hati saya berbisik"kalau ada rezeki tidak kemana.Yang penting kesetian dan menimba ilmu terutamanya ilmu rumah tangga."Bukan senang sheikh, nak jaga jiwa manusia",kata seoarng kawan saya satu ketika dulu.

Sedikit renungan berkaitan masalah bercinta.

Bercinta memang asyik sekali.Ianya satu perasaan yang dicipta oleh Allah s.wt buat hambaNya.Jika ia diadun dengan iman, maka natijahnya seperti buah barkhuh(buah kegemaran saya) yang manis tanpa serangan virus nafsu.Bahkan lebih daripada itu.Yalah, ada orang mengambil berat tentang kita, siapa yang tidak mahu menyayangi dan disayangi.Tapi kalau tidak disulami dengan tuntutan agama, saya jamin 101%, kita akan hanyut.Mana tidaknya, kekadang banyak masa, wang, tenaga, buah fikiran dihabiskan demi untuk menjaga hati seorang insan yang amat dikasihi.Setiap masa kena hantar laporan (sms) kepada si dia.Dari sekecil-kecil soalan sehinggalah kepada sebesar-besar masalah.

Bagi saya untuk saling kenal mengenali antara satu sama lain tidak jadi masalah kiranya ia dibuat mengikut lunas-lunas ISLAM.Tetapi dalam kita menjaga hati seseorang yang kita kasihi, usah kita lupa dalam menjaga hati 2 orang insan yang tidak pernah jemu dengan kerenah kita sebagai anak.Itulah kedua ibu bapa yang kita kasihi, bagi mereka kitalah segala-galanya buat harapan masa depan.Kalau dengan "si dia" kita boleh bercakap lembut, kenapa tidak dengan ibu bapa kita?Saya menghormati cara kalian mencari pasangan.Disamping saya juga ada prinsip tersendiri dalam bab ini.

Semestinya kita mempunyai perancangan masa depan.Sebab ini bukan soal main pondok-pondok.Bukan masalah hendak hidup 2 atau 3 ari tetapi ini masalah sehidup semati yang akan membawa kepada perbicaraan Mahkamah Agung Allah s.w.t di akhitrat kelak.Mungkin juga kita terdengar ada pasangan yang belum ada ikatan apa-apa,usahkan hubungan perkahwinan bertunang pun belum sudah ber"ayang-ayang".Terpulanglah tetapi biarlah sehingga ke akhir hayat kita menggunakan istilah tersebut.Jangan sebelum kahwin sahaja.

Sebelum masuk ke gerbang perkahwinan, semestinya kita memahami ilmu berumah tangga, dalam menjaga hati isteri, emak, ayah serta keluarga mertua.Bukan kalau hendak kahwin keputausan boleh dibuat 24 jam.Paling tidak kita mengetahui satu bebanan tugas baru yang akan kita pikul selepas mendirikan rumah tangga.

Akhir kalam, sebagai ulasan serta respon daripada saya buat Ustaz Abd. Kadir dan pasangan yang sedang dilamun cinta.InsyaAllah jika ada masa kita akan membicarakan tajuk ini secara kajian ilmiah.Marilah kita berdoa kepada Allah agar kita diredhoi Allah setiap dan segala amalan seharian kita disamping menjadi anak yang soleh kepada kedua ibu bapa kita,Amin Ya Allah!.

Redho_elbadry,
Salam, Mansourah.

Rabu, 25 Jun 2008

Jaulah Muhafazah (Mansourah)


Alhamdulillah, pada malam tadi sempat jua saya bertolak ke
Mansourah dalam Negeri Daqoliah, kali ini saya pergi ke sana bersama Zul (sahabat karib).

Sementelah malam masih muda, hiruk pikuk di bandar Ramsis semakin rancak dengan kesibukan manusia yang tidak pernah kenal erti penat lelah, mana tidaknya, rakyat Mesir memang rajin berusaha mencari sesuap aish(sejenis roti gandum, makanan asasi mereka).Nun jauh di sana ternampak kelibat beberapa buah van bewarna putih berkumpul di celah-celah banggunan di tepian Stesyen Keretapi Ramsis, kami mencari orang arab yang memekik "Mansourah, Mansourah" akhirnya berjumpa juga.Van mula membelah kesibukan malam tepat jam 12 tengah malam.

Jaulah kali ini,jalannya berbeza, sampai tidak sempat nak "kelih" papan tanda nama tempat, yang sempat pun nama tempat "Jamjaroh"," Kafr Syukr" yang hampir dengan pintu sempadan Daqoliah.Van meluncur memasuki pintu masuk sempadan negeri pada jam 1.15pagi.Akhirnya pada jam 2.19 pagi kami sampai di tengah-tengah bandar Mansourah.

Tujuan jaulah kali ini untuk menghadiri Majlis A'qdhu Qiron ( Majlis Angkat Nikah) sahabat sekuliyyah Bahasa Arab mantan ahli MPP (KUIN) sesi............(biarlah rahsia) ibarat lagu Dato' Siti lah pula.Nantikan pengumumannya.

Natijahnya diharapkan jaulah kali ini dapat diinterpretasikan dalam kehidupan.Disamping dapat bertukar-tukar pendapat dan pengalaman dengan sahabat di sini.Apa pun alfu mabruk (tahniah) buat bakal pasangan yang akan membina sebuah lagi Masjid Impian pada bulan ini.Semoga kalian bahagian dunia dan akhirat.

Selamat Pengantin Baru ..

Pihak blogger ini mengucapkan ALFU MABRUK buat pasangan Ust.Lukman Hakim B. Abd. Razak(Sahabat lama AL_MAAD) dan Ustz. Fatimah Az-Zaharah yang akan mendirikan Rumah Tangga Idaman pada esok hari bersamaan 21 Jamidil Thani 1429 di Markaz Dewan Perwakilan (MAQAZ) Shoubro, Kaherah, Mesir.

Didoakan agar kalian berdua bahagian di dunia dan akhirat, dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah s.wt.

Selamat nooo....

Selasa, 24 Jun 2008

Awal Kalam

Bersyukur ke hadrat ALLAH s.wt selawat dan salam ke atas junjungan Khatimul Anbiya' Saidina Muhammad s.a.w. penyuluh kepada kegelapan JAHILIAH,rahmat sekalian alam.Dengan sokongan dan bantuan para sahabat, akhirnya dapat jua saya mewujudkan ruang kupasan jiwa buat tatapan sahabat-sahabat yang dikasihi.

Dalam mengorak langkah terus menerjah masa, saya lebih berminat dalam mengutara isu-isu semasa yang lebih mengfokuskan kepada isu politik kemahasiswaan, sosial serta masalah yang berkaitan dengan masyarakat.

Waima begitu, apa yang diharapkan daripada kalian dalam memberikan input yang dapat diinterpretasi dalam kehidupan sejagat.Dalam masa yang sama, dapat mewujudkan konsep interaksi yang baik diantara dua insan.Mungkin juga kalian dapat menjadi informan dalam menyampaikan informasi untuk perkongsian maklumat terkini.

Akhir bicara, saya menghargai kiranya kalian sudi memberi komen, pendapat, maupun nasihat buat diri ini untuk kebaikan bersama.

Sekian,
ReDho_El-Badry,
Rumah Perlis Kaherah.