Sabtu, 28 Mac 2009

Kenali BPN MESIR (PEKEMBAR)....



Kalau wakil mereka setiap tahun mempromosikan nama PMRAM di dalam PAU PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (PEKEMBAR).Ini giliran saya pula untuk memperkenalkan Ahli Jawatankuasa Kerja mereka di Perlembangan Nil ini.Jangan takut, blog saya tidak sehebat mana pun.Ada yang masih menyambung pengajian di sini .Ada yang sudah pulang ke Malaysia.

Saya pun tidak pasti ini jawatankuasa tersebut sesi bila.Kiranya sesi lalulah sebab nama presiden pun sudah mantan sekarang.Tapi kalau mereka ada yang sudah melepaskan jawatan AJKK & KETUA BADAN PERHUBUNGAN KELAB UMNO NEGERI-NEGERI, REPUBLIK ARAB MESIR, jangan salahkan saya libatkan nama mereka.Ini semua ada dalam web tersebut.Selamat berkenalan.

Sila taip di;

http://umnocairo.org/index.php?option=com_content&task=view&id=22&Itemid=41

Pejabat Gerakan
Badan Perhubungan Negara Mesir

(PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU)



Malaysia Hall Abbasia

(Office No. 1)

No. 26, Sabeel el-Khazindar Street,

el-Abbasia, Cairo, Egypt.


http://umnocairo.org/index.php?option=com_content&task=view&id=24&Itemid=43

Bukan niat saya mencari musuh.Tapi tidak salah untuk kita mengenali dengan lebih dekat lagi saudara seagama, seBANGSA & seNEGARA untuk hubungan silaturrahim.Jangan marah.Selamat berimtihan....

1.Kalau lihat pada lambang pun kalian sudah terlibat dengan pertubuhan politik!Kenapa sibuk dengan PMRAM?Apa kata kalau da ahli PMRAM yang hadir perhimpunan parti oposisi?
Apa kalian nak kata?Oleh itu baiklah kalian diam sahaja.Sebab kalian pun menyertai Pertubuhan Politik secara terang lagi nyata.

2. Kalau kalian kata Nadi UMNO pertubuhan kebajikan, kenapa wakil kalian berucap di perhimpunan politik PEKEMBAR?

3.Hebat ya kalian, yalah nak HARAMkan pertubuhan yang berdaftar dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir.Rasanya cita-cita kalian tercapai x?

4.Kesian kat Wakil Nadi Umno Mesir, hal rumah tangga sendiri serahkan pada wakil Nadi UMNO Britain untuk berucap.

5.PMRAM tidak pernah mengusulkan kepada pihak Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat untuk mengharamkan Pimpinan & ahli Nadi UMNO Mesir daripada menerima biasiswa (bantuan zakat).Sedangan sejak dahulu ada pelajar yang menganggotai PMRAM meeka dinafikan hak Zakat!Cuba fikir jika ada individu yang usul cadangan seperti kalian.Apa perkataan yang mula terpacul dari mulut kalian.Kerajaan ZALIMkan?amal double standard kan?Tindakan kalianlah yang menyebabkan saya kata ianya tidak adil & zalim.Sekiranya ianya dilaksanakan kelak.

6.Tidak ada lagi kes ahli PMRAM yang dipecat kerana terlibat dengan program maupun menganggotai Nadi UMNO.Bahkan masih ada ahli Nadi UMNO yang masih memegang kad keahlian PMRAM.Malah menyertai aktiviti PMRAM.Walaupun seorang dua ja yang jadi "mulut biawak"(spy).

7.Saya ucapkan ribuan penghargaan terima kasih kepada Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan yang sudi mempromosikan nama PMRAM di PAU PEKEMBAR kali ke 59.Maaflah tiada duit elaun nak bagi.Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik saudara.

8.Kepada wakil Nadi UMNO Mesir lain kali belajar bercakap daripada Bang Wan kita noo.Atau kalian takut hendak berhadapan dengan mahasiswa Mesir sekembalinya dari Malaysia.Apa pun maklumat mesti daripada kalian(Nadi UMNO, Mesir) kalau tidak masakan Bg Mat Britain kita tau.

9. Saya menjemput Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan, datanglah bercuti ke Mesir.Bersemuka & bersoal jawablah dengan Badan Pengurus PMRAM dengan lebih dekat.

10. Kalian dapat hak beroperasi di ARMA ( Dewan Malaysia Abbasiyyah), ada peruntukan kewangan, ada pejabat, ada bapa angkat.Kalian mewah.Tapi tidak pandai menarik ahli.

11. Pak Menteri pun tahu, penyertaan kalian dalam Nadi UMNO Mesir bukan kerana kalian KUAT, IKHLAS berjuang dalam PEKEMBAR.Hanya kerana program yang tidak berkos tinggi, aktiviti yang menarik bagi pandangan kalian, tajan tiket percuma balik ke PAU.Itu sebab kalian tidak terpilih menjadi wakil Nadi UMNO yang boleh berucap di PAU ke 59 itu.

12. Saya tidak bermaksud menghukum semua anggota Nadi UMNO bersalah dalam kes ini.Tapi kalian harus paham.Perkara silap di mata tetap salah dimulut.Perkara benar di hati tetap betul di mata.Tidak dinafikan saya juga mempunyai rakan-rakan dalam Nadi UMNO.Tapi apa boleh buat.Masing-masing ada arah tuju perjuangan.Kita tetap berkawan.

13. Saya telah, sedang & masih berkawan dengan rakan dari Nadi UMNO di Mesir.Kerana bagi saya kita adalah saudara sesama ISLAM.Kalian juga mengucap 2 kalimah syahadah.Jadi tidak ada sebab untuk saya memusuhi kalian.Cumanya teguran & nasihat itu yang terbaik buat kita..Adakah kerana politik saya memusuhi kalian.Tidak sama sekali.Tetapi cara berfikir & tindakan kita haruslah profesional.

14.Tujuan utama datang ke sini bukanlah untuk saya menelusuri dunia politik semata-mata.Hadafnya adalah menuntut ilmu.Membawa segala pengalaman,ilmu, budaya yang baik di sini untuk dikembangkan di Malaysia.Bukannya kita membawa "benda" di Malaysia kembangkan di sini.

15.Memang kita tidak boleh menghalang orang lain berpesatuan.Kerana kita tidak terikat dengan AUKU.Tetapi kita tidak boleh menafikan demokrasi dalam berpesatuan yang berlandaskan Hukum dari langit.

16.Saya rasa perkara begini tiada kesudahan.Sehingga hari kiamat akan berlaku krisis Nadi UMNO & PMRAM.Itu sahaja yang saya boleh ungkapkan.

17. Harapan saya pada kalian.Apa yang kami sudah cadangkan kepada Pihak Pemerintah tetapi mungkin ada tapisan.Kalianlah yang boleh sampaikan cadangan penambahbaikan bantuan & kehidupan di sini dengan lebih mudah.Sebab kalian adalah anak emas parti.Bukannya mencadang untuk menyekat basiswa.Banyak lagi isu pendidikan, pelajar muadalah INSANIAH yang tidak diiktiraf JPA sehingga sekarang(saya akan jelaskan nanti), kenaikan zakat kos sara hidup yang ian meningkat, penguasaan ilmu & bahasa, taraf hidup di sini, peluang pekerjaan graduan Al-Azhar, khidmat sosial yang boleh kita tawarkan kepada masyarakat Malaysia, dakwah di masa kini, menyelaraskan kemasukan pelajar perubatan secara bersistem bagi yang persendirian, masalah VISA dengan pihak keselamatan Mesir, setiap kali VISA tamat terutamanya bagi pelajar di Muhafazah mereka terpaksa berjumpa dengan pihak Amnu Daulah (wakil Ketua Polis Negeri di tempat masing-masing.Sedangkan mahasiswa Indonesia maupun Thailand tidak dikenakan proses tersebut & pelbagai lagi isu yang kalian boleh fokuskan.Banyak lagi masalah kebocoran pengurusan yang perlu ditambah baikkan.Sebab kalian juga sebahagian daripada mahasiswa & mahasiswi institusi pengajian tinggi luar negara.Semestinya kalian juga bakal menikmatinya.

18. Apa pun Tahniah la kepada saudara Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan yang mempromosikan Persatuan Mahasiswa Mesir di PAU kali ini.Saudara sudak menggunakan hak untuk bersuara.Sesungguhnya itu hak saudara untuk berucap.Dan saya tiada kuasa untuk menghalang pendapat saudara kerana saya juga ada buah fikiran yang perlu saudara juga fikir & renungkan.Saya juga tidak boleh memaksa saudara menerima pendapat & komentar daripada insan lemah ini.Melainkan kita bermuhasabah untuk masa depan ummah.

19. Saya terbuka dalam hal ini, jika saya silap info sila nyatakan maklumat yang betul.Kerana ini bukan satu provok buat kalian tapi ianya tersirat dengan sejarah yang kami pernah lalui.Sejarah tidak pernah tipu, ianya tidak pernah luput.Tetapi iannya tetap tersemat dalam kalbu yang pernah merasai keperitan itu.

20. Pesanan untuk semua & diri ini kalau kita hendak berpolitik.Politiklah kerana negara kita mengamalkan prinsip Demokrasi Berparlimen.Masing-masing ada hala tuju.Tetapi janganlah sampai menyekat rezeki orang lain( sekat bantuan/zakat/ biasiswa kepada orang yang berhak).

Kalau ikutkan banyak lagi persoalan yang ingin dibangkitkan.InsyaAllah.Saya akan siapkan entri khusus untuk itu.

Saya ingin nyatakan di sini bahawa semua ini adalah kenyataan saya secara peribadi.Ianya bukanlah kenyataan RASMI daripada Badan Pengurus Persekutuan Republik Arab Mesir (PMRAM).


Saya Terlalu Kecewa – Mantan SUA PMRAM..




KAHERAH : “Saya terlalu kecewa dengan tuduhan yang dilemparkan.” Demikian dinyatakan oleh Saudara Syafiq Zulakifli, mantan Setiausaha Agung PMRAM yang menolak dakwaan Wakil Kelab Umno Luar Negara, Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan yang mendakwa PMRAM mengancam minda mahasiswa supaya menentang kerajaan.

“Isu ini adalah isu lapuk. Sudah berpuluh-puluh tahun nama PMRAM dilabel sebagai pro-pembangkang. Kita yakin dan percaya tindakan tersebut adalah fitnah terbesar yang masih dijaja-jaja di dalam Perhimpunan Agong UMNO. Setiap kali Perhimpunan Agong UMNO dijalankan, nama PMRAM mesti dibangkitkan.”

Beliau juga menolak dakwaan kononnya pegawai-pegawai di Mesir tertekan dengan PMRAM kerana menyekat pelajar tinggal di asrama.

“Kita tidak ada kuasa untuk melarang mana-mana pelajar untuk tinggal di asrama. Pelajar memohon dengan pegawai atau Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri sekiranya ingin tinggal.”

“Malah, kita kecewa dengan tindakan sesetengah pihak yang melarang wakil kepimpinan PMRAM tinggal di Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA) yang merupakan salah satu tempat penginapan pelajar yang dahulunya milik PMRAM.”

“Selepas Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia menukar bangunan asrama tersebut kepada Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah pada tahun 2004, semakin sukar mahasiswa ingin memohon menduduki asrama tersebut. Pejabat PMRAM yang sepatutnya diberikan kepada PMRAM di dalam bangunan tersebut pun, tidak dilayan sehingga kini.”

Beliau berkata, bangunan ARMA yang terletak di Kaherah adalah hasil usaha dan keringat orang-orang lama di dalam Persekutuan Melayu Mesir (PMM) yang diterima daripada Jamal Abdul Nasir, Presiden Mesir pada waktu itu.

“PMRAM pada waktu itu menghantar 65 orang sukarelawan membantu kerajaan Mesir menentang musuh di dalam peperangan tiga serangkai. Selepas itu, dalam tahun 1956 PMRAM telah dihadiahkan sebidang tanah oleh Presiden Mesir. Namun, wakil PMRAM tidak boleh tinggal di asrama tersebut sehingga ke hari ini.”

Jelasnya lagi, usaha untuk mengharamkan PMRAM sudah lama berlaku. Namun, nusrah serta bantuan daripada Allah SWT adalah kekuatan pada PMRAM sehingga ke hari ini.

"Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) dan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) tidak pernah bermasalah dengan PMRAM tetapi mengapa Nadi UMNO terlalu tertekan dengan PMRAM."

sumber daripada http://typeace.blogspot.com/

Khamis, 26 Mac 2009

Ijtiama' Umumi PMRAM kali ke 76...

Hidangan tengah hari pada Mesyuarat Agung sesi ini...Berlainan dari sesi yang lain ...
Ketika berlangsungnya ijtima' umumi.
Buku Laporan Tahunan & Sisipan laporan Kewangan PMRAM 2008 untuk edaran kepada para perwakilan...
Tempat berlansungnya ijtima' kali ini di Nadi Madinah Nasr Riadhi, hayyu Sadis Kaherah.
Barisan Badan Pengurus sesi 2008/2009 yang lalu...
Bersama Ust. Khairul Anuar, Mantan Presiden sesi lalu....
Bersama Ust. Khairul Nizam, mantan presiden sesi 2007/2008.
Bersama perwakilan negeri Perlis disamping perwakilan Wliayah Persekutuan & Dumyat.

Sabtu, 21 Mac 2009

!8 Mac yang berlalu...

Penghkianat yang diLAKNAT...



"Pengkhianat yang diLAKNAT" ini sahaja kalimah yang saya gelarkan kepada manusia yang bertopengkan Dajjal.Apa tidaknya disebabkan kemaruk kuasa, lidah bercabang, entah berapa cabang daa..mereka cuba memprovok hubungan Istana & Mufti Negeri Perak.IAmat malang bagi mereka yang cuba menggangu gugat Sambutan Keputeraan Paduka Seri Tuanku Suktan Perak Darul Ridzuan yang akan disambut pada pertengahan bulan April ini.Inilah baling bom sembunyi tangan.Lepas itu mula buat tuduhan sana sini.Satu penghinaan terhadap KDYMM Paduka Seri Tuanku Sultan selaku Payung Negeri & Ketua Agama Islam.Biasa orang politik.Nasib baik semuanya akan berakhir setelah masuk lubang kubur.Kerana di sana kita akan di soal mulut akan dikunci.hanya anggota badan akan menjawab segal aperbuatan.Kalu tidak dengan Malaikat Munkar Nakir pun mereka akan buat provok.Itulah manusia yang bertuankan nafsu.

Poster ini disebarkan di kebanyakan tempat dalam kawasan parlimen Bukit Gantang termasuklah di kawasan masjid.Bagus betul puak-puak ini memula kerja maksiat pada hari Jumaat.Kononnya membawa berkat buat pencacai mereka.Buat masa sekarang hanya satu parti sahaja(Parti Islam SeMalaysia, PAS) yang telah membuat laporan polis di IPD Taiping dan Balai Polis Changkat Jering & menafikan secara rasmi bahawa mereka tidak terlibat.

Setakat sekarang belum terdengar pula pihak -pihak yang sebelum lantang membela Raja-Raja & institusi Mufti bangkit membuat laporan polis atau berdemontrasi HALAL Sembah Setia yang sebelum ini mereka haramkan di seluruh negara terhadap kes berkenaan.Belum ada lagi laporan dari pihak BN negeri atau PKR & DAP.

Kesimpulan, saya masih teringan pesanan seorang kawan( faizul) "besalah orang politik, depa dok cari makan belah tu'pa yang buruk/baik semua modai belaka".

Bagi saya pula tidak munasabah untuk pendokong gerakan ISLAM maupun Khilafah akan membuat provok sebegitu rupa.Kerana Pimpinan Agung Saidina Muhammad s.a.w telah meninggalkan kepada kita Quran & sunnah serta sirah yang menunjukkan bagaimana baginda berhadapan & berdakwah menyampaikan ISLAM kepada raja-raja rom seperti Hercules & sebagainya dengan penuh hikmah.

Apa pun kita nantikan siasatan polis adakah secepat kes penyiasatan Karpal & anaknya....

(tulisan ini buakan niat untuk menuduh sesiapa, tetapi apabila invidu yang profesional atau berpendidikan mereka tidak dapat menerima cara orang berpolitik ala rimba sebegini, kalau nak berpolitik usah kaitkan dengan Istana & Mufti)


Seharian bertandang di Zaqaziq

kain mana pilihan hati?

Sedap oo, krib firoh baniah & makronah prun....

Teksi di di sini warna korperatnya merah putih.
Tremco ( van), salah satu daripada pengangkutan utama penduduk tempatan.
Bas mini....cantikkan warna tuu?

Sempat bergambar dengan Zul ....

Berlatar belakangkan bendang gandum, Barsin & banggunan Universiti Al-Azhar Cawangan Zaqaziq.

Cuti hujung minggu ini saya telah ke Zaqaziq.Dengan tujuan pergi menempah baju & berziarah sahabat di sana.Akhirnya sampai juga pada tengah hari tadi.Selalunya kedai Baju Opera yang terkenal di kalangan mahasiswa baik orang peseoranga, AJKT badan kebajikan anak negeri sehinggalah badan pengurus PMRAM yang akan di sini untuk membuat tempahan baik kemeja (LE25), Jubah (LE35), sepasang baju melayu pula (LE65).

Penghargaan terima kasih buatPeron (piduih) yang info mengenai kedudukan kedai tersebut & zuk yang sudi melayan kami makan tengah hari di rumah beliau.Syukran....


Cop nama...

Jumaat, 20 Mac 2009

Muktamar Sanawi ...

عيد الأم



Mak (Mapuziah Bt. Baharom) disamping ayah Ismail Albakri B. Mohammad.


Pada mulanya kelmarin saya & akhi Othman ke Hussain membeli kain untuk dibuat galabiah (jubah) di Zaqziq Sabtu ini.Kami menaiki bas 926.Dalam keadaan berhimpit-himpit di dalam bas saya terpandang kain rentang berkaitan Ucapan Hari Ibu.

Petang tadi pula sempat saya menghantar pesanan ringkas buat mak "Slam, mak esok Hari Ibu Sdunia, D ucapkan khas bt mak, D doakan agar mak sntiasa bhagia,jgn ssah att, shat slalu,bhagia dnia akhirat, D sbgai anak bhagia jd anak mak,krn mak krbankn idup mak tk d,mga Allah mmbrkati mak&ayah srta kuarga kta dsatukan d SyurgaNya,D mnta maaf ats klemhn D kt mak..".Tidak diduga tetiba bebola jernih mengalir dari kedua bebola mata.

Terkenang pengorbanan mak, al-marhumah Mak Ngah serta tok saya.Mak adalah insan yang paling utama; melahirkan saya, memberi kasih sayang ( tak terungakp dek kata-kata).Al-marhumah Mak Ngah pula adalah pengasuh saya sehingga akhir hayat beliau.Manakala tok pula pemberi perangsang dalam meneruskan langkah kehidupan.Mereka bertiga adalah muslimah yang telah berkorban jiwa raga membentuk diri ini baik dari aspek pendidikan, akhlak, kasih sayang & sebagainya.Mereka juga yang memberi kesan dalam hidup ini.Kini hanya tinggal mak & tok.Siapa yang akan menggantikan tempat al-Marhumah Mak Ngah?Itu adalah urusan Allah yang menentukan jodoh perkahwinan.Kita hanya berdoa semoga dipermudahkan segala urusan.

Kita sedia maklum kasih anak kepada ibunya bukan hanya dizahirkan pada hari-hari tertentu sahaja.Tidak! sama sekali.Bahkan Islam telah menetapkan bahawa setiap anak mestilah membuat kebaikan kepada kedua ibu bapa baik di masa mereka hidup maupun telah kembali ke pangkuan Allah.Ingatlah jikalau tanpa mereka kita tidak akan wujud di dunia ini.Walau ibu bapa kita kaya, miskin, susah, senang, baik, garang, panas baran, tenang, apa pun sifat mereka atau sebaliknya.Mereka tetap ibu bapa kandung kita.

Ingatlah kita juga bakal menjadi seorang ayah atau ibu akan menimang cahaya mata. Setiap perbuatan ada balasannya.Sekali kita terjatuh, bangun semula!Sekali kita tersesat, kembali ke jalan yang benar!Sekali kita membuat kesilapan pada kedua-ibu bapa.Jika mereka masih hidup, mohonlah kemaafan.Jika mereka sudah tiada berdoalah kepada Allah agar roh mereka dirahmati.carilah kenalan rapat mereka untuk kita membuat bakti.Sesungguhnya Allah Maha Adil.Tatkala mati kelak maka di saat itu, kita akan ditalkinkan dengan dibin atau dibintikan dengan nama ibu.

Saya juga pernah membaca satu artikel yang menyatakan tentang jika pasangan suami isteri yang inginkan anak yang soleh solehah.Maka mereka mestilah menjaga diri mereka daripada kemaksiatan, sifat mazmumah atau sebagainya sepuluh tahun sebelum mereka berumah tangga.Kerana anak yang bakal dilahirkan kelak akan mengikuti sifat kedua ibu-bapanya sebelum maupun selepas berumah tangga.Tetapi ada juga kawan saya memberi petua jika ada pasangan yang akan atau sudah berumah tangga tetapi mereka sudah terlambat dalam meninggalkan sifat-sifat mazmumah.Mereka masih ada peluang untuk bertaubat kembali kepada Allah, melazimi membaca al-quran & sentiasa berselawat ke atas Saidina Nabi Muhammad disamping menjauhi dosa-dosa silam.

Apa pun marilah kita berdoa agar kedua ibu bapa kita diampuni dosa mereka & diberkati oleh Allah.Semoga kita juga menjadi & dikurniakan anak soleh-solehah, amin.

http://www.youtube.com/watch?v=KgkX5nsPk7k&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=vPOQ3CYkyXw&feature=related

Kawat Takziah

Bingkisan Al-Fatihah buat Al-Marhum Ustaz Khairul Azhar Kamaruddin 35, telah kembali menemui ALLAH jam 11.20 malam (Khamis) di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.Al-Marhum meninggal akibat serangan denggi.


Al-Marhum juga meninggalkan seorang isteri yang sedang menunggu hari untuk bersalin anak ketiga dan anak sulungnya baru berusia empat tahun.Sama-samalah kita mendoakan rohnya dan kesejahteraan keluarganya.


Al-Marhum dikejarkan ke hospital berkenaan semalam selepas jatuh pengsan di Klinik Ampangan ketika mendapatkan rawatan susulan di klinik berkenaan sejak tiga hari lalu.


'Perginya' juga dalam keadaan mulia, walaupun dalam keadaan amat lemah dia meminta dibawa ke bilik air hospital untuk berwudu'. Selesai berwudu' dia ditolak isterinya atas kerusi roda. Tiba di katil dia telah dipanggil dalam keadaan berwudu'.


Menurut salah seorang ahli keluarganya, pihak doktor mendapati buah pinggang Al-Marhum gagal berfungsi, selain hati membengkak dan darahnya dimasuki kuman.


Semoga roh Al-Marhum dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama para Anbiya' syuhada' dan solohin. Sejambak Al-Fatihah buat Al-Marhum daripada kita semua & ucapan takziah buat ahli keluarga Al-Marhum agar sabar & diberi kekuatan.Sesungguhnya jasa Al-Marhum dalam menggerakkan pergerakan mahasiswa di Mesir amat dikenang sampai bila-bila.



Ahad, 15 Mac 2009

Selamat Pengantin Baru...

Aah, ni bunga teratai ala kertas tisu...Saja buat khas untuk pengantin....
Kenangan bersama sahabat di hadapan hantaran di pihak pengantin lelaki & perempuan.

"Dan di antara tanda-tanda kebesaranNya bahawa Dia ciptakan (jodoh) untuk kamu dari dirimu sendiri akan isteri-isteri agar tenteram kamu kepadaNya dan dijadikan di antara kamu cinta mencintai dan berkasih sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu tanda-tanda bagi kamu yang memikirkan"- Ar-Rum ayat 21.

Selamat pengantin baru didedikasi khas buat Ustaz Abd. Latif B. Ahmad dan pasangan beliau Ustazah Hakimah Bt. Zakuwan yang bakal diijabkabulkan beberapa jam lagi dari saat ini.Majlis Aqdu Qiran ini akan berlangsung di Musalla Kedutaan Besar Malaysia Kaherah jam 10 pagi, 19 Rabiul Awwal 1430 bersamaan 16 Mac 2009.
Manakala Majlis Kenduri meraikan mempelai akan diadakan di Rumah Perlis Hayyu Sabieq pada hari yang sama dari jam 1 petang - 4 petang.

Didoakan agar kedua pasangan inni bahagian di dunia & akhirat, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan Allah segala urusan mereka, amin.

Jumaat, 13 Mac 2009

البقاء لله -Kawat takziah

Al-fatihah buat Al-Marhum Al-Fadhil Ustaz Hassan Huwaidi merangkap Timbalan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin yang telah kembali ke pangkuan Allah pada 12 Mac yang lalu.

ينعى فضيلة الأستاذ محمد مهدي عاكف المرشد العام للإخوان المسلمين للأمة العربية والإسلامية نائبه حسن هويدي، الذي لبَّى نداء ربه في العاصمة الأردنية عمَّان بعد حياة حافلة بالعطاء على كافة المستويات.


وقال المرشد العام في نعيه إن وفاءً لرجل بحجم المجاهد حسن هويدي لا تعدله كلمات ولا تكافئه جُمَل، غير أن عزاءنا أنه لقي ربه ثابتًا على دربه، متمسكًا بحبله، محتسبًا كل ما لاقاه قُربى لرضا بارئه، وإننا إذْ نودع اليوم هويدي فلا يسعنا إلا أن نقول فيه ما يرضي ربنا فإنا لله وإنا إليه راجعون.


وأضاف: نقول لكل محبي هويدي سيروا على ما سار عليه؛ حيث سار على درب الدعوة المباركة قبل 66 عامًا؛ حيث ارتبط بها عام 1943م، فكان خير حاملٍ لرايتها داخل سوريا وخارجها، سطر بعلمه وعمله في صرحها سطورًا نفيسة، وترك بسيره على دربها أثرًا لا تخطئه العين، وما لانت له يومًا قناة بسبب محنة أو ابتلاء.


واختتم عاكف نعيه لهويدي داعيًّا الله- عز وجل- أن يشمله برحمة واسعة، وأن يجعل نُزُله اليوم أولى خطواته في رحلة إلى جنة عرضها السماوات والأرض.


هذا ومن المقرر أن يُشيَّع جثمان الفقيد عقب صلاة الجنازة عليه عصر اليوم الجمعة 13 مارس 2009م بالعاصمة الأردنية عمَّان.


وكان الراحل قد اُختير نائبًا للمرشد العام في عهد المرشد العام الأسبق الأستاذ محمد حامد أبو النصر، وهو من مواليد دير الزور بسوريا عام 1925م، درس الطب كما درس العلوم الشرعية على يد الشيخ حسين الخالدي، وبدأ رحلته مع الإخوان عام 1943م معاصرًا الأستاذ مصطفى السباعي، واعتُقل عام 1967م بدير الزور، وسُجن في سجن المُزة بدمشق عام 1973م.


Selasa, 10 Mac 2009

Sukatan Hafazan Quran?


Setelah saya meneliti iklan yang telah dikeluarkan oleh Setiausaha kepada Ketua Hal Ehwal Akademik Universiti Al-Azhar, Ustaz Ahmad Husain Hasan Saqor berkaitan Sukatan Hafazan Al-Quran selepas peperiksaan semester lepas.Dapatlah dibuat kesimpulan bedasarkan pada surat bertarikh 21 Januari lalu bahawa mahasiswa yang najah / mustajid maka sukatan mereka seperti sukatan yang baru diperkenal pada tahun lepas iaitu:

Tahun 1 : 1 juzu'
Tahun 2 : 2 juzu'
Tahun 3 : 3 juzu'
Tahun 4 : 4 juzu'.

Sukatan lama bagi pelajar (wafidin).

Tahun 1 : 2 juzu'
Tahun 2 : 4 juzu'
Tahun 3 : 6 juzu'
Tahun 4 : 8 juzu'.

Tetapi bagi mahasiswa yang mengulang (ia'dah) matapelajaran Al-Quran ianya tetap seperti sukatan lama.Sebagai contoh jika individu mahasiswa itu mengulang Al-Quran di tahun 4 maka sukatannya seperti yang lama iantu 8 juz'.

Apa pun kepada yang berkenaan sila merujuk perkara tersebut kepada Bahagian Akademik di (syu'un) kuliah masing-masing.

Apa pun masa untuk menggapai kejayaan masing terbentang luas buat kita untuk melakar kejayaan bagi semester ini.

Sekian dimaklumkan.....

Membuat Arang secara tradisional....

Arang yang telah siap.Menunggu masa untuk dipasarkan secara komersial.



Kayu yang bakal dibakar untuk dijadikan arang....
Kayu yang telah disusun rapi ditutup pula dengan jerami padi/gandum kering untuk tujuan membakar.
Setelah ditutupu dengn jerami kering, proses seterusnya kayu tadi dilitupi pula dengan abu kayu.Tujuannya agar bara jerami membakar kayu tersebut secara berperingkat.

Proses membakar bermula..bara membakar dari dalam secara berperingkat-peringkat.

Ketika pulang dari Ladang Aisam kami melalui kawasan perusahaan Arang Kayu secara komersial untuk penduduk Meit Abu Hussain.Inilah mata pencarian rezeki mereka dalam meneruskan kehidupan.Selain bertani & bercucuk tanam.

Jaulah Mansourah...


Bersama Aisam kawan baik Faizul (Mat Arab) Mansourah sejak di tingkat 1.


Menyelerakankan; ayam goreng setelah direbus, sup, salatoh, kentang goreng (batotis)....

Pam Ayaq.....


Ful Ahdhor...Ni kat pokok Kacang Pis Masir..


Bersama Islam & Firdous Hat di kawasan penanaman pokok barsin sejenis tumbuhan untuk makanan haiwan ternakan; keldai, kambing, kuda & sebagainya.....
Gandum yang masih putik lagi......

Pada 24 Februari yang lalu saya teah mengikuti jaulah Mansourah bersama Akhi Firdous Hat, Faizul(Mat Arab Soghir), Man Bri.Tujuan ke sana untuk mengambil barang Ustaz Faizul kita yang akan berangkat ke Tanah Besar Malaysia pada 18 Mac ini.Disamping itu sempat kami berziarah ke rumah sahabat beliau, Aisom di Meit Abu Hussain berdekatan Meit Fadhilah dalam kawasan Markaz Aga, Mansourah.Orangnya peramah, mesra & mudah didekati.

Sempatlah menjamah makanan arab Masir sebagai santapan tengah hari.Memang sedap air tangan ibu Aisom.Terharu kami dibuatnya.Persahabatan Aisom dengan kawan kami ini memang lama.Bermula di tahun satu lagi.Inilah kelebihan bersahabat dengan rakan-rakan arab sini.

Selain itu kita dapat bertukar-tukar budaya, makanan, kehidupan seharian, dapat mendalami bahasa harian mereka & sebagainya.Apatah lagi mereka ini adalah orang yang menghormati tetamu dan penuh dengan gaya mujamalahnya.

Selasa, 3 Mac 2009

Kenangan Eksploris Sinai..09'


Kawasan Jabal Lembu Samiri...
Di tepian Pantai Dahab....

Tika masih kecil sudah diajar untuk mencari rezeki...
Berhampiran kawasan penginapan di Dahab.
Dengan harga LE25, kami disajikan 3 sesi hidangan makanan..sedap ooo...
Kemuncak Jabal Musa...
Berhenti setika menjamu selera tengah-hari di kawasan Al-Quds Tika berjalan menuju Wadi Arbain... Bukan senang nak bergambar dengan pasukan tentera Mesir, Kawasan Bekas Kubu Israiel. Berhampiran Makam Nabi Harun A.S. Resort yang sempat kami bermalam di Taba. Sebelum nak bertolak ke Sinai pada jam 3pagi...