Jumaat, 20 Mac 2009

Kawat Takziah

Bingkisan Al-Fatihah buat Al-Marhum Ustaz Khairul Azhar Kamaruddin 35, telah kembali menemui ALLAH jam 11.20 malam (Khamis) di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.Al-Marhum meninggal akibat serangan denggi.


Al-Marhum juga meninggalkan seorang isteri yang sedang menunggu hari untuk bersalin anak ketiga dan anak sulungnya baru berusia empat tahun.Sama-samalah kita mendoakan rohnya dan kesejahteraan keluarganya.


Al-Marhum dikejarkan ke hospital berkenaan semalam selepas jatuh pengsan di Klinik Ampangan ketika mendapatkan rawatan susulan di klinik berkenaan sejak tiga hari lalu.


'Perginya' juga dalam keadaan mulia, walaupun dalam keadaan amat lemah dia meminta dibawa ke bilik air hospital untuk berwudu'. Selesai berwudu' dia ditolak isterinya atas kerusi roda. Tiba di katil dia telah dipanggil dalam keadaan berwudu'.


Menurut salah seorang ahli keluarganya, pihak doktor mendapati buah pinggang Al-Marhum gagal berfungsi, selain hati membengkak dan darahnya dimasuki kuman.


Semoga roh Al-Marhum dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama para Anbiya' syuhada' dan solohin. Sejambak Al-Fatihah buat Al-Marhum daripada kita semua & ucapan takziah buat ahli keluarga Al-Marhum agar sabar & diberi kekuatan.Sesungguhnya jasa Al-Marhum dalam menggerakkan pergerakan mahasiswa di Mesir amat dikenang sampai bila-bila.



Tiada ulasan: