Sabtu, 28 Mac 2009

Kenali BPN MESIR (PEKEMBAR)....



Kalau wakil mereka setiap tahun mempromosikan nama PMRAM di dalam PAU PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (PEKEMBAR).Ini giliran saya pula untuk memperkenalkan Ahli Jawatankuasa Kerja mereka di Perlembangan Nil ini.Jangan takut, blog saya tidak sehebat mana pun.Ada yang masih menyambung pengajian di sini .Ada yang sudah pulang ke Malaysia.

Saya pun tidak pasti ini jawatankuasa tersebut sesi bila.Kiranya sesi lalulah sebab nama presiden pun sudah mantan sekarang.Tapi kalau mereka ada yang sudah melepaskan jawatan AJKK & KETUA BADAN PERHUBUNGAN KELAB UMNO NEGERI-NEGERI, REPUBLIK ARAB MESIR, jangan salahkan saya libatkan nama mereka.Ini semua ada dalam web tersebut.Selamat berkenalan.

Sila taip di;

http://umnocairo.org/index.php?option=com_content&task=view&id=22&Itemid=41

Pejabat Gerakan
Badan Perhubungan Negara Mesir

(PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU)



Malaysia Hall Abbasia

(Office No. 1)

No. 26, Sabeel el-Khazindar Street,

el-Abbasia, Cairo, Egypt.


http://umnocairo.org/index.php?option=com_content&task=view&id=24&Itemid=43

Bukan niat saya mencari musuh.Tapi tidak salah untuk kita mengenali dengan lebih dekat lagi saudara seagama, seBANGSA & seNEGARA untuk hubungan silaturrahim.Jangan marah.Selamat berimtihan....

1.Kalau lihat pada lambang pun kalian sudah terlibat dengan pertubuhan politik!Kenapa sibuk dengan PMRAM?Apa kata kalau da ahli PMRAM yang hadir perhimpunan parti oposisi?
Apa kalian nak kata?Oleh itu baiklah kalian diam sahaja.Sebab kalian pun menyertai Pertubuhan Politik secara terang lagi nyata.

2. Kalau kalian kata Nadi UMNO pertubuhan kebajikan, kenapa wakil kalian berucap di perhimpunan politik PEKEMBAR?

3.Hebat ya kalian, yalah nak HARAMkan pertubuhan yang berdaftar dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir.Rasanya cita-cita kalian tercapai x?

4.Kesian kat Wakil Nadi Umno Mesir, hal rumah tangga sendiri serahkan pada wakil Nadi UMNO Britain untuk berucap.

5.PMRAM tidak pernah mengusulkan kepada pihak Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat untuk mengharamkan Pimpinan & ahli Nadi UMNO Mesir daripada menerima biasiswa (bantuan zakat).Sedangan sejak dahulu ada pelajar yang menganggotai PMRAM meeka dinafikan hak Zakat!Cuba fikir jika ada individu yang usul cadangan seperti kalian.Apa perkataan yang mula terpacul dari mulut kalian.Kerajaan ZALIMkan?amal double standard kan?Tindakan kalianlah yang menyebabkan saya kata ianya tidak adil & zalim.Sekiranya ianya dilaksanakan kelak.

6.Tidak ada lagi kes ahli PMRAM yang dipecat kerana terlibat dengan program maupun menganggotai Nadi UMNO.Bahkan masih ada ahli Nadi UMNO yang masih memegang kad keahlian PMRAM.Malah menyertai aktiviti PMRAM.Walaupun seorang dua ja yang jadi "mulut biawak"(spy).

7.Saya ucapkan ribuan penghargaan terima kasih kepada Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan yang sudi mempromosikan nama PMRAM di PAU PEKEMBAR kali ke 59.Maaflah tiada duit elaun nak bagi.Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik saudara.

8.Kepada wakil Nadi UMNO Mesir lain kali belajar bercakap daripada Bang Wan kita noo.Atau kalian takut hendak berhadapan dengan mahasiswa Mesir sekembalinya dari Malaysia.Apa pun maklumat mesti daripada kalian(Nadi UMNO, Mesir) kalau tidak masakan Bg Mat Britain kita tau.

9. Saya menjemput Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan, datanglah bercuti ke Mesir.Bersemuka & bersoal jawablah dengan Badan Pengurus PMRAM dengan lebih dekat.

10. Kalian dapat hak beroperasi di ARMA ( Dewan Malaysia Abbasiyyah), ada peruntukan kewangan, ada pejabat, ada bapa angkat.Kalian mewah.Tapi tidak pandai menarik ahli.

11. Pak Menteri pun tahu, penyertaan kalian dalam Nadi UMNO Mesir bukan kerana kalian KUAT, IKHLAS berjuang dalam PEKEMBAR.Hanya kerana program yang tidak berkos tinggi, aktiviti yang menarik bagi pandangan kalian, tajan tiket percuma balik ke PAU.Itu sebab kalian tidak terpilih menjadi wakil Nadi UMNO yang boleh berucap di PAU ke 59 itu.

12. Saya tidak bermaksud menghukum semua anggota Nadi UMNO bersalah dalam kes ini.Tapi kalian harus paham.Perkara silap di mata tetap salah dimulut.Perkara benar di hati tetap betul di mata.Tidak dinafikan saya juga mempunyai rakan-rakan dalam Nadi UMNO.Tapi apa boleh buat.Masing-masing ada arah tuju perjuangan.Kita tetap berkawan.

13. Saya telah, sedang & masih berkawan dengan rakan dari Nadi UMNO di Mesir.Kerana bagi saya kita adalah saudara sesama ISLAM.Kalian juga mengucap 2 kalimah syahadah.Jadi tidak ada sebab untuk saya memusuhi kalian.Cumanya teguran & nasihat itu yang terbaik buat kita..Adakah kerana politik saya memusuhi kalian.Tidak sama sekali.Tetapi cara berfikir & tindakan kita haruslah profesional.

14.Tujuan utama datang ke sini bukanlah untuk saya menelusuri dunia politik semata-mata.Hadafnya adalah menuntut ilmu.Membawa segala pengalaman,ilmu, budaya yang baik di sini untuk dikembangkan di Malaysia.Bukannya kita membawa "benda" di Malaysia kembangkan di sini.

15.Memang kita tidak boleh menghalang orang lain berpesatuan.Kerana kita tidak terikat dengan AUKU.Tetapi kita tidak boleh menafikan demokrasi dalam berpesatuan yang berlandaskan Hukum dari langit.

16.Saya rasa perkara begini tiada kesudahan.Sehingga hari kiamat akan berlaku krisis Nadi UMNO & PMRAM.Itu sahaja yang saya boleh ungkapkan.

17. Harapan saya pada kalian.Apa yang kami sudah cadangkan kepada Pihak Pemerintah tetapi mungkin ada tapisan.Kalianlah yang boleh sampaikan cadangan penambahbaikan bantuan & kehidupan di sini dengan lebih mudah.Sebab kalian adalah anak emas parti.Bukannya mencadang untuk menyekat basiswa.Banyak lagi isu pendidikan, pelajar muadalah INSANIAH yang tidak diiktiraf JPA sehingga sekarang(saya akan jelaskan nanti), kenaikan zakat kos sara hidup yang ian meningkat, penguasaan ilmu & bahasa, taraf hidup di sini, peluang pekerjaan graduan Al-Azhar, khidmat sosial yang boleh kita tawarkan kepada masyarakat Malaysia, dakwah di masa kini, menyelaraskan kemasukan pelajar perubatan secara bersistem bagi yang persendirian, masalah VISA dengan pihak keselamatan Mesir, setiap kali VISA tamat terutamanya bagi pelajar di Muhafazah mereka terpaksa berjumpa dengan pihak Amnu Daulah (wakil Ketua Polis Negeri di tempat masing-masing.Sedangkan mahasiswa Indonesia maupun Thailand tidak dikenakan proses tersebut & pelbagai lagi isu yang kalian boleh fokuskan.Banyak lagi masalah kebocoran pengurusan yang perlu ditambah baikkan.Sebab kalian juga sebahagian daripada mahasiswa & mahasiswi institusi pengajian tinggi luar negara.Semestinya kalian juga bakal menikmatinya.

18. Apa pun Tahniah la kepada saudara Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan yang mempromosikan Persatuan Mahasiswa Mesir di PAU kali ini.Saudara sudak menggunakan hak untuk bersuara.Sesungguhnya itu hak saudara untuk berucap.Dan saya tiada kuasa untuk menghalang pendapat saudara kerana saya juga ada buah fikiran yang perlu saudara juga fikir & renungkan.Saya juga tidak boleh memaksa saudara menerima pendapat & komentar daripada insan lemah ini.Melainkan kita bermuhasabah untuk masa depan ummah.

19. Saya terbuka dalam hal ini, jika saya silap info sila nyatakan maklumat yang betul.Kerana ini bukan satu provok buat kalian tapi ianya tersirat dengan sejarah yang kami pernah lalui.Sejarah tidak pernah tipu, ianya tidak pernah luput.Tetapi iannya tetap tersemat dalam kalbu yang pernah merasai keperitan itu.

20. Pesanan untuk semua & diri ini kalau kita hendak berpolitik.Politiklah kerana negara kita mengamalkan prinsip Demokrasi Berparlimen.Masing-masing ada hala tuju.Tetapi janganlah sampai menyekat rezeki orang lain( sekat bantuan/zakat/ biasiswa kepada orang yang berhak).

Kalau ikutkan banyak lagi persoalan yang ingin dibangkitkan.InsyaAllah.Saya akan siapkan entri khusus untuk itu.

Saya ingin nyatakan di sini bahawa semua ini adalah kenyataan saya secara peribadi.Ianya bukanlah kenyataan RASMI daripada Badan Pengurus Persekutuan Republik Arab Mesir (PMRAM).


Tiada ulasan: