Rabu, 1 April 2009

Muhasabah Nisfu Sanah



Perjalanan kehidupan manusia tentunya mempunyai pelbagai onak dan duri. Ujian yang ditimpakan oleh Tuhan kepada manusia adalah sebagai ingatan dan petunjuk agar tidak hanyut dalam arus kealpaan. Begitulah juga, manusia memerlukan kepada korepsi diri agar dapat memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Kata Saidina Umar al-Khattab :"Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan (di hari kiamat)".Memegang kepada kesedaran demikian, MKKK akan menganjurkan program Muhasabah Nisfu Sanah yang bertujuan untuk kita menilai dan bermuhasabah perjalanan persatuan yang kita cintai ini bersama. Seterusnya memperbaiki mutu perjalanan persatuan yang kita cintai ini.




Maklumat program adalah seperti berikut :




Hari : Sabtu


Tarikh : 4 April 2009 M bersamaan 9 Rabiul Akhir 1430 H


Tempat : Dewan Tasamuh Wal Ikha', Asrama Darul Aman 3, Haiyu Sabiek (baru).




Program dijadualkan bermula pada jam 8.30 pagi.Sukacitanya MKKK menjemput seluruh ahli di Mesir untuk sama-sama hadir ke program tersebut.

Tiada ulasan: