Isnin, 6 April 2009

N25 Bukit Selambau...

senarai pemilih


Senarai Pemilih N25 Bukit Selambau dalam kawasan P14 Merbok
(Daerah mengundi saya di UPU Desa Aman; BN 834,PKR 810 & BEBAS 133).



Antara poster Calon bertanding....


Lambang Calon Bebas yang bertanding ialah

R. Loganathan (lambang kelapa sawit),

Tan Hock Huat (kunci),


Radzi Md Lazim (kerusi),

Mohd Fadzil Abdul Wahab (kepala harimau),

Abdul Rahim Abu (jam loceng),

L. Sarala (basikal),

A. Jayagopal (payung),

S. Moganakumar (buku),

Khamis Awang (ayam jantan),

Husaini Yaacob (bas),

M. Vanesan (ikan),


Mejar (B) Anuar Abd Hamid (telefon) dan

T.Chandrarajan (kapal terbang).


Selamat mengundi saya ucapkan kepada seluruh para pengundi yang telah menjalankan kewajipan kalian di Hari Pengundian di N25 Bukit Selambau.Saya juga adalah salah seorang dari pengundi di dun tersebut.Ikutkan sudah 2 kali saya tidak sempat menjalankan kewajipan membuang undi.

Pada PRK kali ini pula para pengundi dibayangi oleh 13 orang calon BEBAS yang yang entah dari mana mereka di timbul.Berbeza pada pada PRU lalu hanya seorang sahaja itu pun dibawah tajaan si Zamil Brahim.

Apa pun semua jentera parti telah melaksanakan tugas yang terbaik dalam meraih undi rakyat.baik di pihak Parti Pembangkang Negeri, Parti Pemerintah Negeri Kedah maupun parti Bebas yang hanya timbul tatkala PRU & PRK.

Cuma beberapa jam lagi keputusan akan diketahui.Biasalah adat DEMOKRASI BERPARLIMEN.Kalah menang biasalah.Cumanya cara perlawanan & pertandingan mestilah di padang yang rata.



Tiada ulasan: