Rabu, 15 April 2009

Moga dikau sihat....

Semasa jamuan kuliah akhir tahun 2006.

Pada 11 April lalu saya telah menerima khidmat pesanan ringkas dari Malaysia seperti berikut ;

"Salam, Ashraf xcdent...skang berada di Hospital SP..patah tulang rusuk.Doakan dia cpat sembuh...."Sbarkan"....sms daripada Zulhaimi...

Ashraf adalah sahabat sekuliah saya di Kolej Universiti Insaniah (INSANIAH) ketika menuntut di sesi 2004-2007.Cuma beliau menyambung pengajian di INSANIAH sehingga tahun 4.Saya pula musafir di kejauhan benua Afrika.Dia berasal dari keluarga sederhana di pendalaman Kuala Ketil, Kedah.

Walaupun begitu dia cekal dalam menuntut ilmu sehingga berjaya menamatkan pengajian di sana.Sekarang dengar khabarnya telah bekkhidmat di lapangan pendidikan.Mendidik anak bangsa, itulah dirinya sebagai guru J-QAF.

Saya doakan agar beliau cepat sembuh & dipermudahkan segala urusan.Semoga Allah memberi kekuatan & semangat padanya, amin.

Tiada ulasan: