Khamis, 16 April 2009

Selamat Berangkat...


Kelihatan Pak Cu bersama Farid (kiri) & Hamdi (kanan).

Hati rasa terharu apabila sebelum ini saya hanya mendengar namanya tanpa pernah melihat tuan tubuh.Pelbagai ceritera yang menarik tentang peribadinya.Dari aspek perubatan, nasihat berumah tangga, tunjuk ajar & soal jawab agama.Itu antara sebab orang datang di rumahnya yang terletak di Bukit Tembaga, Pokok Sena, Kedah.
"Pak Cu Mid" satu nama yang terkenal di di utara Kedah.Bagi yang mengenalinya pasti rasa malu alah bila bersemuka dengan beliau.Sejak saya di bangku sekolah menengah lagi namanya saya dengar.Alhamdulillah akhirya dapat juga saya berjumpa dengannya sementelah beliau menginap di Rumah Tamu, Rumah Perlis, Hayyu Sabieq, Kaherah.2 hari beliau & isteri serta 3 orang lagi ahli rombongan yang lain berada di bumi barakah ini.Untung bagi Ust. Nizam,Ust Hafiz & Pak Koq serta sahabat yang sempat berkhidmat padanya ketika beliau & rombongan berada di sini.

Hari ini beliau serta rombongan bertolak pula ke Syria.Sebelum ke mator, sempat saya bersalaman dengan beliau & memohon izin untuk bergambar dengannya.Akhir sekali ketika bersalaman dengan Pak Cu saya hanya sempat mengungkap bicara ringkas"Pak Su....tolong doakan agar saya menjadi anak soleh buat ibu-bapa saya".Jawab Pak Cu"InsyaAllah".

Semoga rombongan Pak Su selamat tiba di sana, amin.

Tiada ulasan: