Rabu, 27 Januari 2010

معرض القاهرة الدولي للكتاب الثاني والأربعون



Pesta Buku Antarabangsa Kaherah kali ke 42.

Tarikh : 28 Januari 2010 - 10 Februari 2010

Tempat :Tapak Pameran Antarabangsa Madinah Nasr, Kaherah

Menu Musim Imtihan+sejuk


Menu malam semasa bertandang di rumah sahabat Arab.....nasi,udang(gambari) & salad (salatoh)

Menu pagi di rumah beliau...

Menu malam di rumah sendiri,Mulukhiah, keju(gibnah Rumi), telor goreng,jeruk sayur(turshi), roti(eish) & air Halbah.

Menu pagi...roti, kuah parpu( addas),Terung goreng,kentang & salatoh.


Minuman Sahlab .....

Ahad, 24 Januari 2010

Sembah Takziah.....


Al-Marhum DYMM Seri Paduka Baginda Almutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail.
(1932-2010)





  1. Diputerakan pada 8 April 1932 di Istana Semayam, Johor Bahru
  2. Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajarannya di English College (sekarang Sekolah Sultan Abu Bakar) di Johor Bahru.
  3. Baginda seterusnya melanjutkan pelajarannya di Trinity Grammer School Australia dan selepas itu ke United Kingdom.
  4. Setelah menamatkan pengajiannya, baginda berangkat pulang ke Johor pada tahun 1956 dan terus berkhidmat sebagai Pegawai Kadet Johor Civil Service.
  5. Baginda telah dilantik sebagai Tengku Mahkota pada 29 April 1981.
  6. Pada 11 Mei 1981 baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang keempat
  7. Baginda telah dilantik sebagai Canselor Universiti Teknologi Malaysia pada 5 April 1982
  8. Baginda ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong VIII pada 15 November 1984
  9. Baginda pernah mendapat latihan asas ketenteraan dalam Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (Johore Military Forces) yang diasas dan ditubuhkan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar
  10. Pada masa lapang baginda gemar bermain polo, papan layar, memburu dan bermain golf.
  11. Baginda Sultan telah bernikah dengan Sultanah Hajah Zanariah binti Tengku Ahmad dan telah dikurniakan 10 orang anakanda - dua orang putera dan lapan orang puteri.

Baginda disahkan mangkat pukul 7.15 malam pada 22 Januari 2010 yang lalu semasa dirawat di Hospital Pakar Puteri.


Semoga roh Al-Marhum dicucuri rahmat & tergolong dalam golongan hamba yang beriman.

Sembah Takziah buat DYMM Sultan Johor Darul Takzim Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj serta ahli kerabat diraja baginda, rakyat Johor amnya.




Ahad, 3 Januari 2010

Jadual Imtihan...


Suasana ketika para mahasiswa sibuk menyalin Jadual Imtihan di Kuliah Bahasa Arab.


Kuliah Syariah.


Kuliah Usuluddin.


Suasana ketika mahasiswa sedang berurusan berkaitan kuliah di Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Kuliah Syariah Kaherah.

Berurusan di Kuliah Bahasa Arab.

Kuliah Bahasa Arab Kaherah ada yang lewat mengeluarkan jaual Imtihan berbanding kuliah Syariah & Usuluddin.