Rabu, 23 September 2009
Rabu, 16 September 2009
2tahun berlalu ...aku masih di sini.
Hari ini sempat pergi ziarah sahabat yang akan pulang ke Malaysia; Che Li, Abd. Hadi Awang, Abang Yob & Che Mi.Hari ini juga Mesyuarat Agung Keluarga Pelajar-Pelajar Perlis (KPP) disamping perlu menghadiri Majlis Iftor Perdana Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK), Malamnya Majlis Anugerah besempena (MAT kali 34 KPP).
Pada malam ini juga Masjid Amru dikerumuni ribuan manusia yang mahu diimami oleh Sheikh Jibrail malam 27 Ramadhan 1428 - 9 Oktober 2007 juga ibunda pengasuh saya dari kecil lagi pergi mengembara mengadap Rabbnya.Genaplah 2 tahun (kalendar Islam).Apa boleh buat.Kita insan yang lemah tidak mampu menangguhkan janji Allah pada hambanya.Yang pergi akan sentiasa dikenang.Yang masih hidup pasti akan kembali.Tetapi selagi hayat dikandung jasad maka berdolah agar kita sentiasa mendapat rahmat & petunjuk daripada Allah.
Tatkala Ramdhan hampir pergi.Tatkala itulah akan mengalir kesedihan ahli makrifatullah, al-Arif billah, para Ulama' & sekian makhluk yang taat padaNYA.
Semoga Allah merahmati roh Mak Ngah.....Amin.
dah Siap........
Setelah sekian lama menunggu siap "Galabiah" jubah yang ditempah di Edfu & Komumbo, Aswan akhirnya penantian sudah selesai.Penghargaan terima kasih buat Akhi Shahrul yang menghantar persalinan tersebut di teratak saya pada 26 Ramadhan lalu.Jahitan tangan disulami sekali sekala sulaman tangan & mesin jahit menambahkan lagi seri kebudayaan & nilai tradisional masyarakat Mesir.
Bermula daripada membeli kain di Hussain, Tanta & Edfu.Saya dapat sedikit pengalaman tentang jenis kain, harga yang berbeza serta cara tawar menawar yang memungkinkan kekadang kita menjadi tidak keruan dengan karenah Arab Mesir.Tetapi itu mematngkan kita dalam berhadapan dengan kehidupan di sini.
Sudah lama saya bercita-cita untuk menyarung persalinan ini.Ada rezeki juga untuk merasai Galabiah idaman yang dinanti-nanti selama ini.Eid kali ini mungkin berlainan dari tahun lalu..
Gambar jubah...?
Jumaat, 11 September 2009
Selasa, 8 September 2009
Modal Insan?
Ahad, 6 September 2009
GenaP 2 tahun.....
Kedua-dua gambar di atas melakarkan segala-galanya tatkala 2 insan yang disayangi telah pergi buat selama-lamanya.Apa boleh saya katakan tiada siapa boleh melawan takdir Tuan punya Dunia.
6 September 2007 -2009 genaplah 2 tahun aku berada di Bumi yang mulia lagi barakah ini.Ada orang kata Mesir ini semua ada, kalau kita berniat apa yang kita hajati dengan penuh keazaman & kesungguhan maka kita pasti akan dapat apa yang kita impikan.Baik daripada perkara baik khususnya menuntut ilmu atau pun sebaliknya.
Jadinya kini sudah 2 tahun aku menetap di sini ada banyak pengalaman pahit manis semasa keberadaanku.Bermula dengan ketibaan yang disambut Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK) sehinggalah sekarang menginap di Kediaman Rumah Pelajar Perlis Hayyu Sabieq.Bermula mengenali Sheikh ku Sheikh Abd Azim B. Sya'aban tika di saat majlis pengkebumian Al-Marhum Zaid pada akhir syawal 1428 sehinggalah sekarang.
Masih banyak lagi pengalaman yang perlu ditelesuri & di terokai.Baik ilmu yang berkaitan kemasyarakatan & akademik kemahasiswaan.Itulah aku.Hidup biar berkhidmat untuk umat.Kita menpunyai cara & gaya berbeza.Pun begitu tujuan & matlamat adalah sama.
Hampir sebulan lebih keputusan sudah keluar, 2 minggu membawa citra lara mengadap Sang Pecipta.tatkala itu hanya ibu & beberapa kerat teman tempat meluah perasaan.Al-hamdulillah akhirnya "kalam wahid" ibu menjadi galang pengganti membakar semangat.Kerana hanya sanya dia sahaja memahai diri ini.Banyak jua perancangan yang tergendala akibat daripada peristiwa yang 2 kali aku terpaksa tempuhi.Pun begitu semuanya tersirat hikmah.Kita tidak dapat menyukat apatah lagi menilai segala ketentuan dari langit melainkan kita merenung & memikir sejenak kenapa ianya terjadi & berlaku sedemikian rupa.

Selasa, 1 September 2009
Pertanyaan?
Sebarang pertanyaan & semak maklum mengenai Senarai Nama Mahasiswa INSANIAH berkaitan KEPUTUSAN IKTIRAF (KHAS) perlulah dirujuk pada Bahagian Hal Ehwal Akademik INSANIAH di talian (+6047320163) atau Sdr Abu Zar di talian +60164858526 atau di email beliau azar81@gmail.com.
Langgan:
Catatan (Atom)