Sabtu, 27 Disember 2008

Kawat Takziah....




Jenazah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman dibawa keluar dari Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) diiringi Tuanku Ampuan Najihah pada pukul 6.55 petang untuk dibawa ke Istana Besar Seri Menanti,
Kuala Pilah, semalam.



Bingkisan bacaan Al-Fatihah buat Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Al-Marhum Tuanku Ja'afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman, 86, Al-Marhum mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS),kira-kira jam 11.45 pagi semalam kerana angin ahmar.

Jenazah Almarhum dibawa Ke Seri Menanti dari Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban petang Sabtu (kelmarin) untuk penghormatan terakhir oleh kerabat diraja, pemimpin dan orang ramai mulai hari ini dan istiadat pengebumian baginda akan diadakan esok (Isnin) selepas solat asar.
Semoga Allah memberi keampunan buat Almarhum, di tempatkan di kalangan orang-orang beriman dan dirahmati Allah SWT.Amin.



Jumaat, 26 Disember 2008

Imtihan Faslu Awwal....

Seperti kebiasan di keheningan pagi Khamis saya akan bertalaqqi Al-Quran dengan Sheikh Abd. Azim di rumah beliau.Selalunya naik bas 912, 80 palang, 555.Tapi pagi kemarin tumpang Nasrul "ragaih" Dayun sahaja.Seusai membaca al-quran saya terus ke kuliyah untuk berjumpa dengan Ust.Mohammad Toha, Penyelas Syu'un Tahun 4.Agak rapat dengan beliau itulah segala urusan saya mudah sekali apabila ingin berurusan dengannya.

Tujuannya satu, bukan ke muhadharah kerana kuliah sudah tamat tetapi nak tanya tentang jadual periksa.Akhirnya tahu juga apabila ternampak saat ianya dilekatkan di papan iklan kuliah kira-kira jam 10.40 pagi.

13 Januari 2009 Ilmu Dilalah
17 Januari 2009 Tarikh Adab Arab Al-Hadis
20 Januari 2009 Al-Hadis
24 Januari 2009 Qaah Bahs
27 Januari 2009 An Naqdul Adab

Semoga Allah memudahkan urusan peperiksaan pada tahun ini buat diri ini yang lemah lagi tidak terdaya menggapai ilmu tanpa redhoNya.
Tidak lupa juga amnya buat semua sahabat-sahabat yang akan menduduki "imtihan " sesi ini.Semoga kita berjaya di dunia & akhirat.
Amin...

Marhaban Ya Muharam...

Salam Hijrah 1430

Tiba-tiba engkau hadir...

Detik berlalu menanti hari peperiksaan semester 1 sesi ini.Bagi Kuliah bahasa Arab tahun 4 kami hanya tinggal satu kuliah sahaja lagi dengan Dr. Abdullah Husaini Al- Hilali (Naib Rektor Universiti Al-Azhar, Bahagian Sarjana & Penyelidikan) pada hari Sabtu ini.Baki subjek yang lain sudah selesai pada minggu lepas.Alhamdulillah, segala usaha ke arah kejayaan kian digarap sehari demi sehari.Kekadang terlelap seketika dek kepenatan.Apa pun ketibaannya dinanti-nanti oleh semua mahasiswa di sini.

Bermula 2 bulan yang lalu program mega bagi kesemua persatuan mahasiswa ditangguhkan seketika.Bagi memberi tumpuan kepada persediaan peperiksaan yang bakal tiba.Pelbagai aktiviti seperti perbincangan berkumpulan, mengumpul & menyemak nota serta silibus pengkuliahan, kelas tutorial, qiamullail, solat sunat hifzi dan sebagainya sudah sampai ke klimaksnya tika ini.Cumanya terpulanglah pada diri ini untuk membuat yang terbaik dalam hidup setelah diberi peluang pada kali kedua.

Tambahan pula sekarang pula musim sejuk, musim penuaian strawberi baru bermula menandakan sudah di tahap kesejukan terasa.Kelmarin baru sahaja ribut pasir melewati Kota Kaherah.Itulah dugaan & cubaan ketika saat peperiksaan di kala musim dingin.

Buat masa ini semua sudah lengkap baik nota, silibus subjek, perbincangan bersama sahabat sekuliah & keperluan ke arah itu .Cumanya menanti hari untuknya.Tiba-tiba kau hadir kemudian engkau datang.Kehadiranmu cuma seketika.Tetapi memberi impak yang bermakna buat hidup ini.Bersedia atau tidak, ia pasti hadir tanpa dipinta.Semoga kali ini membawa kebaikan untuk semua.

Apresiasi Tahniah...

22 Disember lalu, pesanan ringkas sampai dari Malaysia membawa khabar gembira tentang sahabat saya yang telah menerima surat tawaran KPLI, j-QAF.Ada yang dapat kursus di Maktab Kuala Lumpur, praktikal sekolah di Langkawi, kos pemulihan j-QAF, ada pula yang diterima di Maktab Perguruan di Perlis, kos Pengajian Islam.Mereka akan mendaftar kursus di lokasi yang ditetapkan pada 12 Januari depan.
Penghargaan tahniah & selamat berkursus buat rakan-rakan, kawan, teman & sahabat yang telah diterima untuk berkhidmat sebagai pendidik anak bangsa.Doa saya buat kalian, semoga dapat menyesuaikan diri di alam pendidikan dan dipermudahkan segala urusan di alam kerjaya yang bakal ditempuhi tidak lama lagi.

Isnin, 15 Disember 2008

Maaf dipinta...


Blog ini sedang diselenggara, jutaan apresiasi terima kasih di atas kesudian kalian melayari & memberi sokongan pada blog ini.

Eid di Aswan...

Bersama Ammu Muhamad ( pak cik) di atas kapal di tepian Sg Nil Biru, Taman Botanikal Aswan
Bergambar kenangan bersama penduduk di Musolla Al-Anwar Al- Muhammadiah.

Di ladang yang di miliki oleh ahli keluarga Sidi Imam Arabi di perkampungan Kilya...
Berdekatan Makhzan Nabi Yusouf berdekatan perkampungan tersebut...
Syed Yahya sedang menyiram pokok zaitun, sebelah kiri sekali , Syed Nazir.

Alhamdulillah pada 6 Zulhijjah yang lalu, saya telah selamat sampai di Idfu salah satu bandar kecil dalam negeri Aswan.Rombongan kami diketuai oleh Sheikh Sham, 2 orang tetamu dari Malaysia, 4 orang dari Ma'ahad Qiraat Shoubro, Pak Koq & Mat Amin.Bertolak jam 5.25 petang dari Stesyen Keretapi Ramsis.Bayangkan pertama kali menjejakkan kaki di bumi Aswan betapa gembiranya hati.Jarak dari Kaherah adalah 904 km.Perjalanan yang mengambil masa 12 jam.Semalaman kekadang terjaga adakalanya tertidur dibuai mimpi.

Tahun ini beraya di Sahah Imam Muhammad Abul Futuh Al-Arabi Al-Idrisi Al- Maghribi di Perkampungan Kilya, Idfu.Sesampainya di Stesyen Keretapi Idfu jam 5.30 pagi, terus rombongan kami disambut oleh Ustaz Shahrul dan pembantunya.Dengan menaiki van bertolak pula ke sahah tersebut yang jaraknya 12 km dari Pekan Idfu.

Ringkasnya kehidupan masyarakat di sini amat menghormati keluarga Ahli Bait Rasullah & tetamu luar.Kemesraan mereka dapat dibayangkan apabila kami sampai saja di sana terus bersalaman, dipeluk dan dicium di kedua belah pipi.Itulah budaya masyarakat di sini.

8 Zulhijjah kami bertolak pula ke BandarAswan untuk melawan sahah Sidi Imam di sana.Perjalanan 110 km dari Idfu mengambil masa selama sejam untuk sampai di Bandar Aswan.Di sana kami dijamu nasi, daging, salatoh, kuah kacang, muluqiah (makanan kegemaran) & makaroni.Habis sahaja hidangan tetiba ditambah lagi.Mesra sungguh mereka.

Antara tempat yang dilawati adalah Taman Botanikal, melayari Sungai Nil dengan kapal & Muzium Nuwaibah.

Malam Eid di sini tidak mengalunkan takbir raya, mereka mengalunkan madah-madah Sidi Imam & Rasulullah s.a.w di Masjid Imam Ali Bin Abu Tholib.Meriah sekali.Begitu juga di pagi raya, seusai solat eid terus mereka bersalaman dengan ahli keluarga Sidi Imam; Syed Ahmad, Syed Afifi dan ahli keluarga mereka berdua.Pagi itu Amu Iwadh menyembelih 5 ekor khoruf untuk korban yang dibuat oleh Sheikh, Pak Koq, Llham, Hj. Nasrudin & isteri.

Waktu petang kami dibawa oleh Syed Afifi ke ladang milik keluarga beliau, makhzan Nabi Yusouf a.s, Pusat Pentadbiran ketika zaman baginda & tempat khalwah Sidi Imam.

bersambung....