Isnin, 15 Disember 2008

Eid di Aswan...

Bersama Ammu Muhamad ( pak cik) di atas kapal di tepian Sg Nil Biru, Taman Botanikal Aswan
Bergambar kenangan bersama penduduk di Musolla Al-Anwar Al- Muhammadiah.

Di ladang yang di miliki oleh ahli keluarga Sidi Imam Arabi di perkampungan Kilya...
Berdekatan Makhzan Nabi Yusouf berdekatan perkampungan tersebut...
Syed Yahya sedang menyiram pokok zaitun, sebelah kiri sekali , Syed Nazir.

Alhamdulillah pada 6 Zulhijjah yang lalu, saya telah selamat sampai di Idfu salah satu bandar kecil dalam negeri Aswan.Rombongan kami diketuai oleh Sheikh Sham, 2 orang tetamu dari Malaysia, 4 orang dari Ma'ahad Qiraat Shoubro, Pak Koq & Mat Amin.Bertolak jam 5.25 petang dari Stesyen Keretapi Ramsis.Bayangkan pertama kali menjejakkan kaki di bumi Aswan betapa gembiranya hati.Jarak dari Kaherah adalah 904 km.Perjalanan yang mengambil masa 12 jam.Semalaman kekadang terjaga adakalanya tertidur dibuai mimpi.

Tahun ini beraya di Sahah Imam Muhammad Abul Futuh Al-Arabi Al-Idrisi Al- Maghribi di Perkampungan Kilya, Idfu.Sesampainya di Stesyen Keretapi Idfu jam 5.30 pagi, terus rombongan kami disambut oleh Ustaz Shahrul dan pembantunya.Dengan menaiki van bertolak pula ke sahah tersebut yang jaraknya 12 km dari Pekan Idfu.

Ringkasnya kehidupan masyarakat di sini amat menghormati keluarga Ahli Bait Rasullah & tetamu luar.Kemesraan mereka dapat dibayangkan apabila kami sampai saja di sana terus bersalaman, dipeluk dan dicium di kedua belah pipi.Itulah budaya masyarakat di sini.

8 Zulhijjah kami bertolak pula ke BandarAswan untuk melawan sahah Sidi Imam di sana.Perjalanan 110 km dari Idfu mengambil masa selama sejam untuk sampai di Bandar Aswan.Di sana kami dijamu nasi, daging, salatoh, kuah kacang, muluqiah (makanan kegemaran) & makaroni.Habis sahaja hidangan tetiba ditambah lagi.Mesra sungguh mereka.

Antara tempat yang dilawati adalah Taman Botanikal, melayari Sungai Nil dengan kapal & Muzium Nuwaibah.

Malam Eid di sini tidak mengalunkan takbir raya, mereka mengalunkan madah-madah Sidi Imam & Rasulullah s.a.w di Masjid Imam Ali Bin Abu Tholib.Meriah sekali.Begitu juga di pagi raya, seusai solat eid terus mereka bersalaman dengan ahli keluarga Sidi Imam; Syed Ahmad, Syed Afifi dan ahli keluarga mereka berdua.Pagi itu Amu Iwadh menyembelih 5 ekor khoruf untuk korban yang dibuat oleh Sheikh, Pak Koq, Llham, Hj. Nasrudin & isteri.

Waktu petang kami dibawa oleh Syed Afifi ke ladang milik keluarga beliau, makhzan Nabi Yusouf a.s, Pusat Pentadbiran ketika zaman baginda & tempat khalwah Sidi Imam.

bersambung....



1 ulasan:

razman-radzi berkata...

ASSALAMUALAIKUM..YA AKHI,ANA RAZMAN, DARI MEMALI BALING.ADA TAK GAMBAR SYED AFIFIDAN SYED ALI BADRI DENGAN KELUARGA..LAMA SANGT DAH TAK P TEMPAT TU..SERONOK DAN TENANG SGT DISANA..
ALHAMDULILLAH ANA PUN PERNAH SAMPAI DISANA..