Rabu, 28 Januari 2009

Pulang ke Tanah Air...

Bergambar bersama Sheikh Syam


Pada 25 Januari lalu 2 kali saya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah setelah di sebelah pagi ke sana untuk menghantar Ustaz Zakaria Othman bersama keluarga pulang ke Malaysia.Di sebelah malam pula, berpeluang mengucapkan " Selamat Berangkat" di Mator Adim buat Sheikh Shamsul Bahri B. Zainal, Ilham serta sahabat saya Syafiq Mansurah (Bg Mat).

Sedikit ringkasan tentang Sheikh Sham atau gelaran pena (Gagak Rimba), beliau adalah pendokong & amilin PMRAM tika seminggu baru sampai ke Mesir pada tahun 1989 terus beliau berdaftar untuk menjadi sukarelawan PMRAM, saat berminat dengan sastera & cerpen.Di saat pengajian di Kuliah Bahasa Arab Kaherah beliau sempat berguru secara talaqqi dengan Sheikh Mutawalli Sya'rawi (rahimahullah) selama 7 tahun.Menceritakan pengalaman pertama bersama Sheikh Mutawalli, beliau menunggu kebenaran daripada sheikh untuk menjadi anak murid selama setahun.Selepas dibenarkan barulah beliau mula pengajian.

Beliau juga sempat bertalaqqi dengan Dr. Atiah Saqor (rahimahullah) selama 5 tahun.Kitab yang ditalaqqi adalah Sharah Muhazzab 23 jilid di Lujnah Fatawa Al-Azhar kekadang dekat rumah Dr. di Shoubro.Bertalaqqi bersama Sheikh Abd. Hamid Kish(rahimahullah) di Masjig Hadaiq Qubbah Kitab Tibb An-Nabawi selama 2 tahun.Selebihnya bersama para sadad As-Soiedy di Sahah Al-Arif Billah Saidi Imam Ibnu Arabi (Idfu, Aswan) & di Sahah Ridzwaniah Al-Arif Billah Sheikh Mohd Ridzwan(rahimahullah) di Luxor.

Manakala sahabat saya, Bg. Mat baru graduan Kuliah Bahasa Arab tahun lepas di Universiti Al-Azhar, Cawangan Mansurah.Buat Bg. Mat selamat menggauli masyarakat & berkhidmat buat ummah.

Kebetulan Dr. Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) bersama isteri & Ust. Hambali abang Allayarham berangkat bagi mengiring jenazah Allahyarham Adik Mohd Hatta B. Hanafi.Semoga rohnya dirahmati Allah.Amin.

Kawat Takziah...


Ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Adik Mohd Hatta Mohamad Hanafi,21, pelajar tahun 1 Kuliah Usuluddin Universiti Al-Azhar, Kaherah yang meninggal dunia pada pagi 25 Januari lalu(Ahad) telah selamat dikebumikan di negeri Terengganu.

Jenazah diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah pada jam 3 pagi.Turut mengiringi jenazah ialah Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) Prof.Madya Dr.Jamil Hashim serta abang Allahyarham, Ustaz Mohd Hambali Mohamad Hanafi.Difahamkan Allahyarham meninggal dunia akibat menghidapi penyakit tibi.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan roh para anbiya', auliya', solohin & amilin.Amin.

Serah terima tugas...




Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Kebajikan Pelajar Kedah (PKPK), Mesir di antara Ustaz Zakaria B Othman dan Ustaz Yusoff B. Ahmad telah berlansung pada 22 Januari lalu di Pejabat Kedutaan Besar Malaysia Kaherah yang turut disaksikan oleh Wakil Duta Malaysia Di Mesir Encik Mohd Puzi Dahman (Kaunselor Kedutaan Besar Kaherah Mesir).

Segala jasa, buah fikiran, sumbangan material, gerak kerja yang telah dilaksanakan bagi meningkatkan mutu, kualiti akademik & berorganisasi anak-anak Kedah, Mesir semasa beliau memegang jawatan PKPK amat dihargai dan dikenang dalam ingatan mahasiswa/wi Kedah , Mesir dan akan termaktub dalam lipatan sejarah MKKK.

Kesinambungan itu akan diteruskan oleh Sheikh Yusoff B. Ahmad (Penolong Pendaftar Sekolah-sekolah Agama Kedah, JHEAIK) yang secara rasmi telah menerima perlantikan daripada Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman melalui
surat Dato’ Wira Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman yang ditujukan kepada Ybgh. Dato’ Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman; yang meminta perlepasan agar beliau dibenarkan bertolak ke Mesir untuk urusan terima dan serah tugas daripada Pegawai Kebajikan Pelajar Kedah Mesir, Ustaz Zakaria Osman.

Pada 25 Januari lalu, Ust. Yusoff bertolak semula ke tanah air untuk urusan yang perlu diselesaikan beliau untuk persediaan ke sini.Beliau dijangka mula bertugas secara rasmi pada akhir bulan Februari akan datang.

Manakala Ustaz Zakaria Osman akan kembali bertugas di Kolej Universiti Insaniah (INSANIAH), Kedah.Sebelum ini beliau adalah Ketua Penolong Pendaftar kolej universiti tersebut.

Apa pun selamat bertugas buat keduanya.

Selasa, 27 Januari 2009

Dr. Juanda - Mufti baru Perlis


KANGAR 27 Jan. – Bekas Naib Mufti Sarawak, Dr. Juanda Jaya (gambar) hari ini disahkan sebagai Mufti Perlis yang baru bagi menggantikan Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang mengosongkan jawatan tersebut sejak November lalu.


Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu ketika mengesahkan pelantikan itu berkata, Dr. Juanda, 37, yang juga Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Sarawak dipinjamkan oleh kerajaan Sarawak bagi memenuhi kekosongan jawatan Mufti Perlis untuk tempoh dua tahun.


Katanya, pemilihan bekas Naib Mufti Sarawak itu juga telah mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.


‘‘Beliau dijangka memulakan tugasnya sebagai Mufti Perlis awal Februari ini selepas urusan pemindahannya selesai dengan kerajaan Sarawak dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).


‘‘Saya juga berterima kasih kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang sudi meminjamkan Juanda bagi berkhidmat di Perlis,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Khoon Aik di sini hari ini.

Sumber - Utusan Malaysia 28 Januari 2009.

Rabu, 21 Januari 2009

معرض القاهرة الدولى للكتب


Pesta Buku Antarabanga Kaherah kali ke 41 telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Republik Arab Mesir Dr. Ahmad Nazif turut hadir pada majlis tersebut Farouk Hosni selaku Menteri Kebudayaan Mesir di Hari Perasmian berkenaan.Pesta bermula pada 21 Januari - 5 Februari 2009 di Tapak Pameran Antarabangsa Madinah Nasr, Kaherah.Menurut sejarah bermulanya pesta buku ini bermula pada tahun ini pada tahun 1969 oleh Dr. Sohair Qolmawi merangkap Pengerusi Yayasan Penulisan & Penerbitan Mesir pada ketika itu.

Pesta buku pada kali ini disertai 765 penerbit dari 27 buah negara & 16 buah daripadanya adalah dari negara arab.Menariknya pada tahun ini adalah penyertaan kali pertama bagi negara Korea.Disamping pameran & jualan buku daripada negara terlibat.Pesta pada kali ini juga menganjurkan aktiviti kesenian & kebudayaan, 300 program berorientasikan bengkel yang akan dibentangkan oleh 1000 pembentang.Kertas kerja yang berkonsepkan kebudayaan di Mesir, Afrika & Al-Quds.

Selamat berkunjung...

*Untuk maklumat lanjut sila layari; http://www.sis.gov.eg/VR/bookfair2009/arabic/home.htm.

nilai ketimuran?


KETUA Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazali Ramly pada sidang akhbar berhubung penajaan penganjuran konsert "Rihanna Live in Kuala Lumpur" di ibu negara hari ini. - foto The Star oleh LOW LAY PHON


Himpunan Sejuta Umat membantah kekejaman Rejim Zionis dihadapan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur yang akan diadakan pada 23 Januari 2009 diganti dengan ceramah berkaitan isu Palestin.Perkara ini berdasarkan perkembangan terbaru mengenai gencatan senjata seterusnya bukti kemenangan pihak Pejuang Palestin yang diketuai Kerajaan Hamas di Genting Gaza.

Di Malaysia kita terdengar bunyi-bunyi cadangan maupun tindakan pemboikotan barangan berjenama dari Amerika apatah lagi dari Israel.Tetiba sahaja negara dikejutkan dengan penganjuran Konsert "Rihanna Live in Kuala Lumpur" di ibu kota pada jam 8.30 malam 13 Februari 2009(Jumaat) akan datang dan ditaja oleh syarikat telekomunikasi tempatan, Celcom (M) Berhad bertempat di Stadiun Bukit Jalil.Maknanya konsert ini akan berlansung pada Jumaat malam Sabtu yang pada keesokan harinya 14 Februari adalah Sambuatan Haram Valentine yang dimomokkan oleh barat bahawa hari untuk berkasih sayang.Jika di negeri Perak akan berlangsung Sambutan Jubli Perak Pemerintahan KDYMM Tuanku Sultan Perak Darul Ridzwan.

Secara peribadi, saya tegaskan bahawa adakah pihak penganjur tidak memikirkan tentang senstiviti rakyat yang majoriti beragama Islam & pelbagai kaum tidak dapat dinafikan bahawa mereka juga cintakan keamanan & kemanusiaan.Jadi apa objektifnya pihak penganjur menjemput artis barat yang namanya Robyn Rihanna Fenty merupakan artis kelahiran Kepulauan Barbados yang menempah nama di Amerika Syarikat.Si Mek ni berkecimpung dalam genre R&B, Pop,Pop-Rock, dance dan reggae sering membawakan aksi yang menghairahkan dalam penyampaian lagu-lagunya disamping mengenakan pakaian ketat dan seksi.

Aspek budaya.
Kita ada adab budaya ketimuran tersendiri. Jadinya kenapa kita perlu bangga dengan budaya barat.Adakah budaya ketimuran kita kolot? Adakah budaya akhlak Islam kita ceroi?Kalian ada jawapannya.Sepatutnya kita perlu mengkormersialkan budaya sendiri.Bukannya menumpang bangga dengan entah apa budaya songsang yang dibawa oleh rejim barat.

Aspek hiburan.

Negara kita bercambah artis yang berkaliber, merdu-mersik suaranya, lincah di atas pentas, gaya bersahaja, kos pembayaran juga berpatutan.Adakah artis kita tidak berkaliber sehinggakan pihak penganjur sanggup menjemput artis dari negara uncle Sem?Itu tidak lagi genre pop, hip hop, pop rock, irama melayu, nasyid masa kini.Kenapa mereka tidak dijemput atau ditaja.Paling kurang untuk membuat "Konsert Untukmu Gaza" untuk menggerakkan kutipan dana buat mangsa kekejaman rejim Zionis.Ini juga menunjukkan simpati kita buat mereka.Memanggil mek ini masuk ke Malaysia umpama mengiktiraf & mengagung-agungkan artis barat dari mengiktiraf kebolehan artis tempatan.Sedangkan Gaza diserang selama 23 hari.

Jangan cuba memperbodohkan masyarakat dengan hari ini kata boikot keluaran Amerika tetapi bulan depan pihak ini yang dari sekarang beria-ria berkempen di merata kaca TV, surat khabar, khidmat pesanan ringkas .Sepatutnya Syarikat Celcom juga perlu menjaga sensitiviti pelanggannya yang beragama Islam dan bukan Islam yang semuanya membenci peperangan dan sukakan keamanan sejagat.Inilah jadinya apabila luka belum pun sembuh diperah pula asam limau.Kan ianya bertambah sakit & ngilu.

Aspek ekonomi.

Dengan menjemput artis negara luar seperti dari Amerika maka akan berlaku pengaliran wang negara ke ke negara luar.Sedangkan ramai lagi artis tempatan yang boleh menjayakan konsert ini.Disamping dapat menambah sumber pendatan mereka seterusnya mengangkat martabat artis tempatan di persada seni.

Aspek moral.

Nama pun artis barat, semestinya mereka akan sajikan dengan gaya mereka.Mana ada artis barat bergaya positif dari aspek pemakaian, pergaulan, tatacara kehidupan.Aspek ini tidak diambil kira oleh golongan ini.Yang penting bagi mereka pitih, berhibur, untung, material kebendaan duniawi dan sebagainya.

Cadangan saya, masa masih berbaki, esok masih ada, jadi pihak penganjur & penaja pertimbanglah sebaik mungkin akan penganjuran konsert ini.Masih ada cara alternatif untuk menukarnya dengan konsert yang ada nilai moral yang penuh dengan adab ketimuran.Adakah kalian tidak mengambil pengajaran daripada risiko masa lalu bagaimana bantah keras rakyat ke atas konsert Mak Cik Inul, Meah Avril?

Kepada siapakah kita akan persalahkan jika generasi masa kini hanyut dek terumbang-ambing dengan kehidupan gaya bebas ala barat.Sedangkan generasi ini bakal memimpin negara.

Kita tidak tolak seni suara apatah lagi muzik itu sendiri.Kerana ianya ada nilai seni, budaya & moral sekira penggiat seni itu menjaga etika.Cuma semuanya ada had, ukuran, sempadan, etika, prosedur yang patut diikuti.Bagi saya sudah sampai masanya pihak berwajib mengguna pakai cadanangan JAKIM tentang Tatacara / Kod Etika Hiburan yang pernah dicadangkan sebelum ini kepada pihak Kerajaan Memerintah.Kerana masa kini rakyat sudah dapat berfikir mana yang terbaik dalam kehidupan buat bekalan menuju alam abadi.

Khamis, 15 Januari 2009

Majlis Doa Selamat...


Maklumat program adalah seperti berikut :-

TARIKH : 15 Januari 2009;
HARI : Khamis
MASA : 5.30 malam (selepas Maghrib)
TEMPAT : Asrama Darul Aman 3 (baru), Haiyu Sabiek.
TENTATIF ( Selepa s Maghrib )

: Bacaan Yasin, Solat Hajat Palestin,Doa Selamat & Slideshow Palestin


Selepas Isya'

: Ucapan Pegawai dan Majlis Perpisahan.

: Jamuan makan.

Beliau beserta keluarga akan berangkat ke Malaysia pada 24 Januari 2009 akan datang.Didoakan semoga segala gerak kerja beliau semasa di sini diberi ganjaran yang baik & diberkati oleh Allah.

Sabtu, 10 Januari 2009

Selamat berimtihan...

Rektor Universiti Al-Azhar, Dr Ahmad Taib memaklumkan melalui Akhbar Rasmi universiti "Sautul Azhar" pada minggu ini bahawa hampir 450 ribu mahasiswa & mahasiswi universiti ini kan memulakan Peperiksaan Semester Pbagi sesi pengajian 2008/2009 pada hari ini, Sabtu 10 Januari.Peperiksaan berjalan serentak di semua peringkat kuliah baik di Kaherah maupun di semua cawangan Al-Azhar.Kuliah yang terlibat hampir kepada 70 kuliah.

Beliau juga menasihati para dekan kuliah agar dapat membuat persediaan agar kesemua mahasiswa/wi yang terlibat dapat menhadapi peperiksaan dengan baik.

Semoga Allah memudahkan urusan kita & rakyat Gaza yang sedang menderita dek kekejaman Zionis laknatullahi alihi ajmain...Amin!

Jumaat, 9 Januari 2009

Makluman penting....

Kepada bekas mahasiswa/wi Kolej Universiti Insaniah (INSANIAH), Kedah yang masih berada di mesir dimaklumkan supaya menyerahkan butiran seperti berikut:

1. Nama penuh
2. No. kad pengenalan.
3. Kuliah & tempat pengajian
4. Sesi tahun masuk ke Al-Azhar.

Sila serahkan butiran tersebut melalui sms & emailkan kepada:

1. En. Mohd Sayuthi Bin Sanusi / sayuthi@kuin.edu.my
(+6019-4463388)

2. Kolej Universiti Insaniah ( +604-7320163)

* SILA SEBARKAN MAKLUMAT INI SECEPAT MUNGKIN KEPADA SAHABAT-SAHABAT & SERAHKAN SENARAI NAMA DENGAN SEGERA KERANA SENARAI NAMA INI AKAN DIHANTAR KE JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) SEBAGAI "GOLONGAN TERKECUALI" APABILA MEREKA PULANG KE TANAHAIR UNTUK URUSAN PENGIKTIRAFAN.

* MANA2 PELAJAR YANG NAMANYA TIADA DALAM SENARAI JPA TIDAK AKAN MENDAPAT PENGIKTIRAFAN BERIKUTAN PROGRAM KURSUS YAMG DIAMBIL (3+1) SUDAH DIMANSUHKAN.
Info ini dimaklum oleh Ust Rasul dalam email kepada saya.Alhamdulillah saya sendiri telah menghubungi Ustaz Mohd Sayuthi, Penolong Pendaftar (Akademik) merangkap Ketua Penolong Pendaftar Kolej Universiti Insaniah (INSANIAH) pada jam 9.40 pagi, 10 Januari 2009 untuk memohon penjelasan beliau.

Beliau memaklumkan bahawa pihak HEA Insaniah dalam proses mengumpul maklumat peribadi mahasiswa/wi terlibat (yang masih berada di Mesir) untuk diserahkan pada JPA.Pesan beliau pada kita, pihak HEA akan buat yang terbaik dalam menangani masalah ini disamping semua yang terlibat dapat menumpukan pada peperiksaan.Beliau juga mengutuskan salam dengan lafaz "Assalamulaikum" & selamat berimtihan semoga berjaya buat semua.

Apa pun saya berharap agar semua mahasiswa/wi yang terlibat dapat memberi kerjasama pada HEA INSANIAH disamping dapat membuat yang terbaik dalam peperiksaan kali ini.Jangan resah mengenai masalah ini.Semoga kita dipermudahkan segala urusan.

Khamis, 1 Januari 2009

Kemanusiaan entah ke mana....







Serangan Rejim Zionis laknatullahi alaihil ajmain setelah 6 hari berlalu di Tebing Gaza telah mengorbankan 400 orang syuhada' & 2000 orang yang cedera.Mengaharapkan tentera kerajaan entah kemana menghilang.Cuma yang boleh diharap adalah gerakan islam seperti Hamas & Jihad Islam untuk mempertahan kedaulatan Gaza dan seisinya.Kestabilan politik kian parah sejak Presiden ala anak patung rejim, Badut Si Abu Mazen merampas kuasa rakyat.Tambahan disokong oleh bapa tirinya, Pak Zionis serta Si Jalang Amerika.

Entah puluhan, ratusan, ribuan, jutaan sidang media, sidang parlimen, genjatan senjata, perjanjian damai.Entah apa lagi istilah yang menuju ke arah perdamaian dibuat & dimeterai tetapi natijahnya semua itu dikhianati oleh rejim Zionis.Jika madu yang diberi dibalas dengan darah & penghinaan.Maka balasanya juga mesti dengan darah.Sudah ratusan tahun bumi ini bermandikan darah para syuhada' yang berjual beli dengan Allah dan barangan mereka dibeli dengan gelaran syahid.Tetapi natijahnya adalah hanya dengan kesatuan di kalangan umat islam sahajalah dapat mengharu- birukan musuh.Malangnya bila pemimpin arab & islam masing-masing mementingkan periuk nasi entah berapa kawah.Maka inilan nasibnya.Berkumpul tanpa sepakat, berbincang tanpa tujuan hanya sebagai prasyarat bulanan.Itu tidak memadai.

Adakah sehingga turunnya Sang Imam yang ditunggu-tunggu baru masalah ini selesai?Hanya Allah sahaja yang mengetahui.Marilah kita berdoa & bermunajat agar Allah memberi kemenangan buat kita.Memberi kekuatan semangat, tenaga, aspek fizikal maupun mental untuk saudara seislam di Gaza saat berhadapan dengan rejim yang tidak pernah mengenal erti keamanan & kedamaian.

Darah mereka begitu mahal di sisi Allah.Perjuangan mereka begitu berharga.Pengorbanan mereka sangat ternilai tatkala diserang, maruah dan hak mereka pertahankan.Di manakah kita?Hendak pergi berjuang di medan jihad mungkin kita tidak mampu.Selemah-lemah bantuan berdoalah untuk mereka kerana dengan doalah ianya sebagai senjata kaum muslimin.Sudahlah mereka dijajah dinegara sendiri.Kini mereka dibunuh sesuka hati.Hanya Allah sahaja se baik-baik pembantu.