Rabu, 28 Januari 2009

Pulang ke Tanah Air...

Bergambar bersama Sheikh Syam


Pada 25 Januari lalu 2 kali saya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah setelah di sebelah pagi ke sana untuk menghantar Ustaz Zakaria Othman bersama keluarga pulang ke Malaysia.Di sebelah malam pula, berpeluang mengucapkan " Selamat Berangkat" di Mator Adim buat Sheikh Shamsul Bahri B. Zainal, Ilham serta sahabat saya Syafiq Mansurah (Bg Mat).

Sedikit ringkasan tentang Sheikh Sham atau gelaran pena (Gagak Rimba), beliau adalah pendokong & amilin PMRAM tika seminggu baru sampai ke Mesir pada tahun 1989 terus beliau berdaftar untuk menjadi sukarelawan PMRAM, saat berminat dengan sastera & cerpen.Di saat pengajian di Kuliah Bahasa Arab Kaherah beliau sempat berguru secara talaqqi dengan Sheikh Mutawalli Sya'rawi (rahimahullah) selama 7 tahun.Menceritakan pengalaman pertama bersama Sheikh Mutawalli, beliau menunggu kebenaran daripada sheikh untuk menjadi anak murid selama setahun.Selepas dibenarkan barulah beliau mula pengajian.

Beliau juga sempat bertalaqqi dengan Dr. Atiah Saqor (rahimahullah) selama 5 tahun.Kitab yang ditalaqqi adalah Sharah Muhazzab 23 jilid di Lujnah Fatawa Al-Azhar kekadang dekat rumah Dr. di Shoubro.Bertalaqqi bersama Sheikh Abd. Hamid Kish(rahimahullah) di Masjig Hadaiq Qubbah Kitab Tibb An-Nabawi selama 2 tahun.Selebihnya bersama para sadad As-Soiedy di Sahah Al-Arif Billah Saidi Imam Ibnu Arabi (Idfu, Aswan) & di Sahah Ridzwaniah Al-Arif Billah Sheikh Mohd Ridzwan(rahimahullah) di Luxor.

Manakala sahabat saya, Bg. Mat baru graduan Kuliah Bahasa Arab tahun lepas di Universiti Al-Azhar, Cawangan Mansurah.Buat Bg. Mat selamat menggauli masyarakat & berkhidmat buat ummah.

Kebetulan Dr. Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) bersama isteri & Ust. Hambali abang Allayarham berangkat bagi mengiring jenazah Allahyarham Adik Mohd Hatta B. Hanafi.Semoga rohnya dirahmati Allah.Amin.

Tiada ulasan: